June 29, 2011

wordless wednesday yang tak jadi

Nak buat wordless wednesday
tapi tak boleh nak upload gambar pulak
dah cuba banyak kali tapi asyik error je

Hurmm miss la wordless wednesday hari ni
Haish!

June 28, 2011

student dan memori # 1

Hari ni pergi keje dengan penuh semangat! Lama sangat tak rasa berdebar-2 semangat macam ni since last 2 months. Apa tandanya? #teeeheeee.. Yang penting aku sangat suka hati. Datang je, keje dah menunggu. Tapi menjadi masalah lak bila aku tak dikurniakan PC lagi memandangkan keje-2 yang aku kena buat memerlukan penggunaan PC. Mungkin sebab aku ni terlampau semangat, aku tetap gak melilau pegi sana sini buat keje. Ntah ape yang aku buat pun aku tak tau. Haish! #owh dengar-2 tadi tak lama lagi dapat la PC.

Waktu makan pagi aku tadi terisi dengan keje + santai. Tadi pegi edar jadual waktu kuliah kat student baru kat dewan. Ngam-2 kitorang sampai masa tu budak-2 facilitator tengah bukak Maharaja Lawak Final. Wah, sempat lagi diorang ni ek! Yang kitorang ni bantai layan gak la memandangkan akak opismate aku ni tak sempat tengok aritu. Abeh part ke-2 Sepah, baru la kitorang buat sesi mengedar. Macam nak pecah peti suara aku ni terpekik jerit panggil nama sorang-2 student! Amat lah tidak layak aku nak jadi kadet macam diorang kalau macam tu la gayanya. Haish! Nasib baik slip yang aku pegang tu sikit je. Kalau tak, mau naya aku bisu seminggu.

Tengok suasana dalam dewan tu kan, teringat pulak zaman-2 sekolah dulu. #rindu. Korang rindu tak? Alah, korang pun nakal gile dulu kan. \tapi bukan aku la, aku tetap tak nakal/. Aku kan budak baik. Hoish sekolah agama tau. Baik. Baik macam setan aku la.

Aku rasa aku tak nakal la dulu. Sebab aku tak la pemes sangat macam budak-2 nakal lain. Setakat jalan itik depan Aspura #ianya shortform bagi asrama putera, tak la dikira denda hebat tuk budak nakal kan. Heh!

ni la muka budak-2 nakal
ce teka mana satu aku =)
Sekolah + asrama seronok! Paling besh yang aku ingat time bulan puasa masa tu aku form 5. Musim exam SPM tapi rasenye masa tu dah abes kot. Kerek gile budak pompuan main mercun. Main mercun waktu yang paling besh tapi yang jadi tak beshnya sebab mercun roket aku melayang masuk dalam dorm dan jatuh betul-2 atas buku kawan aku yang tengah study dekat atas katil dia! Hoish selamat aku mercun tu tak meletup. Kalau tak, jadi satu hal pulak aku nak menjawab kat mak dia. #apo kono anak aku kono lotup dek ekau ni ha! Haha..nasib aku la. Sapa suh main tengah-2 laman asrama tuh.

Sudahnya, esok-2 tu main kat laman belakang lak. Sekali tengah nak nyalakan mercun roket tu, pengetua datang daa. Mau tak cukup tanah kitorang lari. Yang paling aku tak tahan, aku lari sambil dekat tangan aku ade mercun roket yang aku nak cucuh tadi tu siap sumbu dia dah terbakar tunggu mase nak berlepas je! Melopong menganga aku tengok mercun tu kat tangan. Tak pikir panjang aku buang je lam longkang. Sampai ke sudah aku tak tahu ape jadi kat mercun tu. Bantai! Janji tak meletup kat tangan aku sudah.

ni gambar masa form bape ntah
aku tak sure la
yang aku ingat time ni minggu balik kampung

aku rase gambar ni dan yang kat atas tu masa form 5 kot

Gambar-2 ni pon aku amek dalam FB #yang kawan-2 aku rajin tag kan tuk aku. Gambar lain banyak dalam album. Rindu ah! Banyak lagi aku nak cerita. Nanti aku sambung lagi ye. Kalau cite panjang-2 nanti bosan lak nak baca.

Ok! Babai!

June 24, 2011

Seronok tau kalau dapat balik kampung

Assalamualaikum....

Huah! Dah bersawang agaknya blog aku ni. Dah semakin kurang aku berblogging ni.... Asyik blogwalking je. Owh for ur information, aku balik kampung last week. Balik kampung dengan rasa #hepi teramat lah! Dan aku balik dengan hati berdebar-2 nak bukak cerita kat mak aku pasal hal tu. Hal ape? Haish..yang ini la. #korang dapat pick up tak maksudnya?

Bukan main susah lagi aku nak cari waktu seswai nak bagitau mak pasal cerita tu. Tiap waktu abang dan akak-2 aku asyik kepung mak aku je. Ngeri la nak bukak cerita tu depan diorang. At last, bila dapat bukak cerita, aku rasa macam tak berape nak #besh lak. Macam tak berapa nak bincang secara seriusnya. Time aku bukak cerita je, de je yang menempek kat mak aku. Haish!

Asalkan mak aku dah tau, kira ok lah. Abah pun dah tau gak. Maybe mak borak-2 berdua je kot dengan abah sebab ade certain-2 time aku perasan yang abah perli-2 aku. Hehe... Minggu ni aku balik Ipoh lagi. Sorang diri. So aku boleh la bincang dengan seriusnya pasal tu. Dan aku nak pegi tempah baju untuk raya. Korang dah tempah belum?

June 22, 2011

wordless wednesday # 1


June 17, 2011

chill up! kamu tenang bukan?

Yang terjadi sepanjang minggu ni setakat hari ni :

1. Masih rasa geram dengan 'budak tu'. Sedang belajar untuk jadi lebih tenang, lebih matang and positive

2. Officially dah ditukarkan unit. Kuatkuasa July 2011. Berita baik dan peluang baik !

3. Dapat naik kereta jabatan pusing-2 ke Pusat Marin

4. Motor tak dapat parking tempat selalu. Haish !

5. Main-2 dengan debu kat blok D, blok B dan terutamanya di BPA

6. Pendrive aku hilang tadi ! Tak dapat jumpa lagi aduss

7. Softner Downy Passion aku dah nak abeh. Lari bajet !

8. Aku nak balik ipoh kejap lagi !

June 15, 2011

JPA bekukan pengambilan kakitangan awam : kenapa aku baru tau ye

Mesti korang nak cakap yang aku ni tak ekut perkembangan semasa kan ? Baru aku sedar yang aku ni tetiba jadi katak bawah polistrin... Haish ape nak jadi la dengan aku ni. Wake up ! Kena gerak pantas sket and be more creative ok !

Aku ade dah dengar pasal ni dalam bulan lepas kot. Tapi masa tu aku buat tak reti je. Tadi aku dengar lagi pasal ni. Sampai umah je terus aku google cari pasal cerita ni. Haish tak terlambat lagi la rupanya aku ni. JPA telah umumkan pemansuhan semua jawatan kosong (jabatan kerajaan) berkuatkuasa 1 Jun hari tu hingga Ogos. So semua urusan pengambilan dibekukan kecuali jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik.

Pembekuan pengambilan ni merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Dalam waktu ekonomi sekarang yang agak tak stabil, kadar pengangguran yang tak berkurangan, hurm apa agaknya yang akan jadi kan ? Mungkin kerajaan ada sesuatu yang diorang rangkakan untuk kita.. Mungkin.. Lagipun sehingga Ogos je. Apa-2 pun harapnya akan ada berita baik untuk semua.

p/s : entry ni tak ade gambar la kan. apa yang korang nak tengok kan. logo JPA ? haish tak perlulah kot. cukup dengan kata-2.

June 13, 2011

Kau ingat kau bagus !

Kau ingat kau bagus sangat ke ??!!

Muka cantik otak KOSONG !!

Delete aje la FB kau tuh !

Berlagak ingat kau femes sangat !

Ke mana hala tuju blog aku

Assalamualaikum bloggers

Ini entry khas aku buat untuk semua orang tau apa pekdah nya untuk korang dan aku sejak terbinanya blog aku yang tak seberapa ni. Ada yang buat blog untuk bisnes, untuk bagi maklumat kat orang tak kesah la pasal jawatan kosong ke, petua-2 ke, macam-2 la kan dan aku buat blog ni sekadar suka-2. Suka-2 macam mane tu ?

Blog ni aku buat untuk aku luahkan and ceritakan apa yang aku rasa yang aku tak mampu nak luahkan dengan bersuara pada someone. Dari dulu, aku memang tak pandai nak cakap itu ini cerita itu ini kat sape-2 pun. Kenapa ntah. Tapi lepas aku kenal dunia blog ni, aku rasa seronok lak. Bagaikan satu diari yang kita boleh hiaskan ia, contengkan ia tanpa batas ! Owh ada batas nya. Asalkan korang tak masukkan isu-2 sensitif, yang melanggar undang-2 dan agama, should be fine !

Senang cerita, aku klasifikasi kan blog aku ni sebagai blog peribadi yang akan sepenuhnya aku cerita hal idup aku la kan but semua orang boleh baca.

Hey kau ! Kalau dah blog peribadi, kenapa perlu bagi orang baca ?

Lagi bagus orang baca. Mungkin ada pengalaman hidup aku yang boleh di jadikan pengajaran untuk orang-2 kat luar sana tu. Dan maybe aku akan provide sikit-2 pasal certain-2 information ke kan. Hey beb, semua orang perlukan pendapat, guide. Berblogging ni la salah satu medium perantaraan (ayat skema ok !) yang sangat-2 membantu kan.

Sesetengah blogger kadang-2 buat post pasal sesimple-2 benda ! Dan korang tau tak, mungkin masa tu kita rase benda tu alahai..... kecik punya pasal pon nak nak buat entry ke. But tanpa kita sedar benda tu nanti banyak bantu kita. 2 3 patah perkataan je pun tapi bila kena masanya ayat-2 dia tu la yang sangat-2 menusuk kalbu beb !

Aku memang tak kesah sangat dengan semua blog yang kadang-2 or kebanyakkan nya yang aku jumpa sket-2 cite pasal pakwe dia. Pakwe dia itu, pakwe dia ini. Pastu cerita pasal orang tu, pasal orang ni. Pedulik la. Dia tak kacau hidup korang pun. Blog dia, suka hati dia la nak cite ape pon. Tak suka jangan baca ! Setuju ?!

Sedar tak sedar kita pun selalu gak jumpa jenis -2 orang yang diorang cerita tu. Betul tak ? Kadang aku suka aku baca, kalau tak suka aku tutup. Kita ada hak beb ! Button (x) kaler merah ade hujung belah kanan tu, gunakan !

Macam tu la yang aku mintak kat korang. Kalau suka blog aku, bacalah. Kalau tak suka, tutuplah. Tak yah follow. Aku tak kesah pun. Aku lagi suka kalau korang suka baca apa yang aku tulis kat sini.

June 12, 2011

Hey kau... Terima Kasih....

Aku ada rasa marah tu lagi tapi aku tetap nak ucap terima kasih. Sakit tu makin dalam terasa tiap kali aku ingat kau tapi aku tetap nak ucap terima kasih.

Terima kasih sebab datang dan senyum.
Terima kasih sebab selalu menemani.
Terima kasih sebab sakitkan hati aku dan aku tak pernah sedar.
Terima kasih sebab selalu tak hiraukan aku dan aku tak pernah sedar.
Terima kasih sebab hancurkan hidup aku dan aku tak pernah sedar.
Terima kasih sebab tinggalkan aku saat aku tak sedar kau memang tak bererti dalam hidup aku.
Terima kasih sebab buat aku terpinga-pinga bila aku tak lagi dengar suara kau.
Terima kasih sebab buat aku termangu merenung handphone sambil tunggu panggilan dan mesej-2 kau.
Terima kasih sebab kau pergi tiba-tiba dari hidup aku, tinggalkan aku dengan seribu tanda tanya.
Terima kasih sebab kau pergi dari hidup aku dan akhirnya aku jumpa insan yang jauh jauh jauh jauh jauh lebih baik dan sempurna dari kau.
Terima kasih juga sebab buatkan aku lebih bermakna dalam hidup dia.

Aku kini tak membenci... Sedikit rasa benci pun aku tak simpan dalam hati buat kau. Untuk apa kan ? Aku dah maafkan. Dah lama. Dah sangat lama aku maafkan.

Aku pun harap kau maafkan aku. Biarkan aku pergi dan biarkan aku bahagia. Itu juga doa aku untuk kau. =)

.Aktiviti yang tak pernah wujud dalam list perkara yang aku nak buat dalam hidup aku but I Do Love It

Semalam Terengganu vs Kelantan dan Terengganu menang ! Haish, aku bukan penyokong untuk kedua-dua team tu. But congratz tuk team Terengganu sebab menang semalam. Korang memang ROCK lah ! Hooo ini tak bermakna aku penyokong Terengganu k. Aku cuma sokong mana yang menang. Teeheee

Ok fine.. Korang rasa aku pergi stadium ke semalam tengok bola ? Nope ! Semalam waktu semua penyokong dua negeri tu berkumpul kat stadium, aku merempit ke i-City. Yeeebaaaaa...... Aku tak pernah sangka sejauh tu perjalanan dari Tasek Selatan ke Shah Alam ok !

Aku dengan menaiki AHD (sejenis skooter kaler itam) dengan dibonceng oleh kakak aku juga ditemani dua mat rempit tegar WVE (abang aku) dan AGS (anak kakak aku yang sulong) bergerak ke i-City lebih kurang pukul 8.30 malam. Lewat keluar semalam tapi masih semangat nak rasa jalan waktu malam. Kakak aku bagitau area-2 sana ada jalan moto. 1st time rasanya dalam hidup aku bawak moto ekut jalan moto. Teruja ? Owh ! Sudah tentu. Aku rasa sepanjang perjalanan tu aku menjerit keseronokkan. Buruk punya perangai kan !

Aku punya perangai buruk kalau bawak moto. Aku ni fobia bawak moto masa selekoh ! Korang tak rasa buruk ke perangai camtu ? Owh fobia tak dikira buruk ye. Kira macam ni lah. Bila masuk selekoh je aku akan menjerit-2 "Alamak takutnya ..... takutnya ... " berulang-ulang kali sebab aku nak imbangkan moto tu supaya tak jatuh sampai la selekoh tu abeh. Teruk kan aku. Apa nak buat, fobia punya pasal. Dah jatuh banyak kali masa selekoh buat aku serik kot.

Sampai i-City pun aku tak sedar pukul berapa. Yang aku tau memang seronok sangat masa tu sebab berjaya sampai dengan selamat dengan MEREMPIT ok ! Giler ramai orang kat sana buatkan aku tambah penat. Kejap je pun kitorang jalan-2 sebab masing-2 dah kelaparan.


Gambar ni aku pinjam dari sha al jamalullail.
Gambar yang kitorang ambik masih ada pada mat rempit tegar AGS.
Tak dapat di upload untuk sementara waktu.
This is one of de most beautiful scene kat sana.

Sebab kelaparan terasa menggigit-2 perut, kitorang pun gerak la ke PJ. Mat rempit tegar WVE ajak makan MEE RAJA. Once dengar agak pelik bunyinya. Terkebil-2 la gak aku ni bila dengar macam tu. Owh for your information, mat rempit tegar WVE ni aku memang suka gelarnya "suka makan" plus "suka cuba sumthin' new" dalam bab makan-2 ni. No wonder la kalau keluar dengan dia, aku memang akan kuat makan.

Restoran SS2 Murni kot kalau tak silap aku nama dia. Kedai kecik biasa but punya tempat makan yang sangaaaaaaaaaaaaaat panjangnya. Hard to explain. Korang pergi sendiri dan rasainya. It is de most crowded restaurant in de whole of SS2. Owh kitorang memang makan MEE RAJA. Order 2 pinggan makan 3 orang. Enough, urm maybe full house ! Heeeee..... Mat rempit tegar AGS tu order western food - Chicken Chop Special !


Ok ! Macam biasa la.
Disebabkan terlampau lapar, kami lupa amek gambar.
Hehehehe ... Atas ni rupa depan kedai tu

Yang ni la rupa MEE RAJA. Sedap ?
Aku bagi 5 star !
Gambar dua ni aku pinjam dari blog Jacqueline

Perut dah kenyang kami mula jalan balik. Tapi bukan jalan balik ke rumah ok ! Kami merempit lak ke dataran. Mat rempit tegar WVE yang jadi pemandu pelancong. Tengah sonok menyelit bagai tengah KL tu, ada roadblock lak. Apa kan daya. Weekend. Tambah lak malam tu warga KL bertambah dengan orang-2 Terengganu Kelantan yang turun padang.

Seronok sangat dapat merempit tengah bandar KL malam-2. Sesetengah jalan sesak, menjerit-2 la aku sebab takut langgar side mirror kete orang. Dalam pukul 2 pagi la gak baru kitorang sampai rumah.

Penat, sakit pinggang, tengok mat-2 rempit, penyokong-2 Terengganu kibarkan bendera, mat-2 RELA join merempit sekali, semua tu pengalaman dan ini satu-2 nya aktiviti yang tak pernah terlintas aku nak buat dalam sepanjang hidup aku ni. Tapi aku berjaya buat !

Seronok dan teruja !

p/s : owh ... agak-2 nya kalau bakal mak mertua aku tau, err dia terkejut tak bakal menantu dia begitu ?

June 8, 2011

.bila kawan korang dengki



Korang ada tak kawan-2 yang macam aku cakap tu? Kalau ada, penah tak korang rasa macam nak lempang diorang laju-2 ? Aku bukan takat kata nak lempang je, rasa nak tarik-2 je idung dia pulas tinge sebab keje dia yang dengki mendengki tu. Geram!

Kalau dulu masa sekolah aku ada gak kawan yang macam ni. Alah masa sekolah-2 menengah dulu kan kita familiar dengan istilah 'pulau' ni.

Pulaukan si A sebab si B cerita something kat si C yang buatkan si C ni meluat kat si A. Boleh paham ke? Bedal la ye. Pastu si C ni pulak yang kaki dengar je bertindak maha bijak dengan terima bulat-2 apa yang si B ni cerita tanpa selidik dulu. Jadi tinggal la si A yang terpinga-2 tak tau ape salah dia. Padahal yang sebenarnya, si B tu memang simpan dengki kat si A tu sebab si A tu ada apa yang si B tak ada.

Tapi kalau zaman sekolah dulu, situasi ni tak dikira hebat sebab masing-2 otak sweet lagi, tak matang. Kadang tak boleh nak beza baik buruk satu-2 keputusan dan tindakan tu. Tapi kau kalau dah besar panjang dah tahap boleh panggil mak orang bapak orang korang boleh wat perangai camni lagi apa kes!

Kalau korang sorang pekerja yang diterima baik kawan-2, bos-2 dan mesti akan ada hati-2 yang dengki. But dengki tu dapat diterima kalau dia begini :

"Eh, dia ni bagus betul. Semua orang suka. Dia buat keje pun bagus. Aku nak usaha la jadi macam dia."

Tapi bila dengki tu datang macam ni :

"Hish semua orang suka dia. Macam la dia tu buat keje bagus sangat, Aku ni tak bagus ke? Aku pun bagus gak la. Tak boleh jadi ni. Aku mesti wat sesuatu biar orang lain pandang aku bagus dan pandang dia teruk."

Harus la korang buat sesuatu. Kalau tak mahu tunggang terbalik hidup korang sebab masa tu akan ada mata-2 memandang dengan penuh makna dan sok sek belakang yang arghhh tak sanggup nak dengar!

Tapi harus la kena caranya. Kita tak boleh la nak ekut cara dia yang penuh kedengkian tu. Apa caranya?

Sabar

Tarik nafas dalam-2 dan bersabarlah. Bila kita sabar, hati kita tenang. Bila hati kita tenang, baru la kita boleh fikir rasional. Bila dah boleh fikir rasional, kita akan tau yang dengki dia tu salah dan kita kena halang kedengkian orang tu dari merebak macam virus yang boleh rosakkan hidup kita.

Lawan dengan Psikologi

Aku penah baca. Umpamanya macam sorang kanak-2 bila diejek dia beri reaksi marah, melenting dan nangis-2, esok2 nya dia akan tetap diejek lagi. Dan kalau kanak-2 ni dia beri respon yang rileks je dan tak ambek kesah, lama-2 orang mesti tak ejek dia dah. Maksudnya, jangan ambik kesah langsung apa dia kata dia buat, anggap la dia tak wujud depan mata, lama-2 dia akan rasa dia tu and apa dia cakap tu tak penting tak bagi effect langsung kat kita. Mesti pastu dia yang akan terasa. Apesal budak ni rilek je aku dah bagi dia hangin pun dia ok je!

Selagi kita amek kesah selagi tu la dia seronok dan kita la pulak yang akan sakit hati melayan dengki dia yang takkkan penah sudah sebab selagi dia tengok kita dah hancur sikit dia takkan teragak-agak nak hancurkan lebih.

Redha, Tenang dan Buat yang Baik dan Betul

Macam mana? Korang buat macam biasa je. Korang teruskan apa pekerjaan dan perbuatan baik yang korang buat selama ni. Kalau masa dan saat tu, ada makhluk-2 Tuhan lain yang dah mula pandang korang serong, perli korang dengan ayat-2 yang korang tak fahami, tetapkan hati redha lah. Kadang-2 kita tak perlu nak pergi jelaskan kat orang-2 tu duduk perkara sebenar, dan bagitau korang bukan macam ni macam tu tapi orang tu yang buat cerita bukan-2. Percayalah! Diorang takkan dengar and percaya. Even diorang dengar pun, diorang takkan percayalah.

Korang biarkan aje keadaan macam tu. Memang sakit awalnya tapi percayalah sakit tu takkan lama bila orang-2 tu datang balik pada kita dan cakap :

"Weh beb. Sorry la. Aku salah sangka kat kau ..bla....bla...bla...bla...bla...bla..."

Sebab masa tu diorang baru tau cerita sebenar. Masa tu korang akan senyum lebar la! Sebab korang tak payah bersusah payah nak explain merayu-2 kat diorang supaya dengar and percaya ape korang cakap. And de best thing is, korang pun tak turut memburukkan diri dan orang lain.

“Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120)

Post ni tak dituju kepada sesiapa. Aku pun share apa yang aku penah rasa dulu dan dari pengalaman kawan-2 je. Hope kita tak tergolong di kalangan insan dengki ni dan harap post ni dapat membantu la sket sebanyak untuk korang-2 yang jadi mangsa orang dengki keji ni untuk korang terus tabah! Ini hidup kita kan. Persetankan diorang yang perangai macam setan ntah hape-2 tu.

Sekian. Babai.

June 6, 2011

.Kami Blogger Utagha

Aku orang PERAK ! Even lahir kat Selangor, aku tetap orang PERAK kot. Kenapa aku ngaku aku orang PERAK ? Aku membesar kat ipoh, dari aku lahir, bumi ipoh, PERAK ni la yang aku kenal even kadang-2 dah besar panjang ni pun aku buleh sesat ag kat ipoh tu. Parents aku pun asal PENANG. Menjadikan kamgpung rasmi aku kat PENANG la.

Kenapa statement kat atas tu aku merapu pasal aku ni asal mana ? Sebab GKSB tengah mengumpulkan umatnya geng-2 blogger yang berasal dari utagha ! Kalau korang nak tau, diorang ada group sendiri di FB dan hanya terbuka kompem la untuk blogger (s) utagha.

Korang rasa korang ni boleh tergolong dalam blogger utagha tak ?
Kalau nak tau korang boleh tekan-2 picit-2 banner kat bawah ni.



Dare to click ??? Muahahahaha.....
Sila-2... Kita memeriahkan ag group blogger utagha ni.
Untung-2 next gathering boleh join !
Jom ramai-2 !

June 5, 2011

.Kami Kaki Blogging !

Korang penah join mana-2 contest tak? Kalau selalu, jom la join contest ni lak. This is my 1st experience join contest blogger. Al maklum la... Aku ni kan new blogger! Hehe... Seronok gak bila tengok ramai bloggers join contest sana sini. Teruja kot aku nak join! Untuk newbie blogger macam aku ni, biar lah aku join contest yang simple-2 dulu k ! =)

Dan contest yang aku nak join ni, memang sangat-2 simple lah.
Just buat entry pasal contest ni.
Link kan balik kat blog Farez.
Tag kan pada 3 blogger lain.
Simple kan ??
Apa lagi, jom la klik banner kat bawah !



Anda di tag :
Epy Zhafri
Mysara
Sarashinee

Hah lupa lak !
Tarikh tutup : 2 Julai 2011

Cepat ! Jom join ramai-2 !

June 2, 2011

.operasi pindah rumah. ada sape2 nak tolong tak


Korang ingat tak yang dulu aku penah mention aku dah dapat umah sewa? Actually, aku dah ready dah nak pindah umah ni. Ada sape-2 nak tolong tak? Sebab aku nak pindah umah penuh bergaya macam gambar kat atas tu hehehehehe... Haish, larat ke aku nak buat camtu weh! Tapi kalau rumah-2 lama dulu memang macam tu kan. Kalau sebut pindah umah, macam tu la gayanya. Angkat umah pi letak tempat lain. Haaa...mau patah tulang temulang!

Rumah dah siap sapu and mop. Tinggal nak cuci tingkap and sesi menyental bilik mandi. Kemudian baru nak packing barang-2 dan.......boleh terus angkat dan pindah secara formalnya! Haish! Banyak lagi ni keje nak buat.



Ha tengok... Banyak ag barang nak packing ni... Huaaaaaaaaaaaa!!!!

Ok babai! Nak mula packing barang! Eh ade lagi 1 citer!?



Apa dia?? Tungguuuuuu!!!!!!! Ok done! Babai..!