August 26, 2011

.senyuman sebelum raya


Minggu ke-3 bulan ramadhan aku dah berjaya kurangkan 6kg
Ya Allah seronoknya. Raya ni tak boleh la aku nak makan macam dulu lagi. 
Dah mula kena jaga badan dan paling penting kesihatan.
Aku tau mak tak kesah aku comel macam ni.
Mak kata : mana ade tembam, hang je yang perasan. elok dah macam ni.
Si Dia pun tak kesah. Tapi aku cukup kesah.
Aku nak sehat, tak mau sakit-2. 
Walaupun Allah dah tetapkan, Dia nak kita sakit, kita tetap akan sakit. 
Tapi kita kan boleh usaha.
Dan itu la yang aku sedang usahakan.
Mak pun tak mau aku dapat sakit dalam usia yang muda.
Menjaga kesihatan itukan bagus!

.dah nak raya weh

Salam syawal semua !

Dah boleh wish Selamat Hari Raya tak? Wish la banyak mana pun kau nak! Sebab tinggal lagi beberapa hari je nak raya weh. Keterujaan dah membuak-buak. Telinga, hati, otak semua dah kena sumbat dengan lagu raya, mood raya, kad raya dan macam-2 raya lagi lah. Tunggu masa nak sumbat mulut dan perut dengan juadah-2 raya je.

Perasan tak masa announcement nak puasa hari tu, pakcik yang announce tu dah tukar kan? Ha selamber je aku panggil dia pakcik kan. Hik hik! Penyimpan Mohor Besar Raja-2. Tetiba teringat kat PMBRR #singkatan pada Penyimpan Mohor Besar Raja-2 yang lama tu. Dia cakap penuh sopan slow. Masa nak announce puasa + raya, masa tu semua tekun sopan senyap je nak dengar. Yang PMBRR ni pulak cakap sepatah-2 buatkan semua orang yang menunggu ni tak sabar. Tapi saat tu la baru terasa dia punya feel dan mood nak raya tu. Rindulah!

 Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Cuti raya seminggu. Rasanya ramai gak yang cuti seminggu. Ada yang cuti lebih ke? Terbaiklah! Malam ni nak packing barang plus shopping last minit dengan my sista. Tak sabar nak makan ketupat dan rendang mak buat!

 ketupat daun palas masakan mak

 rendang ayam masakan mak

 juadah raya semua mak masak
kami adik beradik tolong menyibuk je

Semua tu gambar lama. Ambik dari non-datin-diaries. Nak gambar fresh, tunggu lepas raya. Ni last entry sebelum aku balik raya. Aku akan kembali berblogging selepas cuti seminggu. Lamanya!


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi, setulus hati aku nak minta ampun dan maaf pada semua bloggers, readers andai ada kata-2 aku dalam blog aku ni yang ada mengguriskan perasaan korang semua. Yang mana nak balik raya, hati-2 memandu. Raya nanti jangan pelahap gelojoh sangat. Haish aku baru mintak ampun tadi. Happy.....happy juga, jangan sampai lupa diri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin

August 24, 2011

.janji yang tak ditepati

Hello bloggers !

Tak nak buat wordless wednesday hari ni. Rasa ditindan, dihimpit dan ditindih perasaan lampau. Mak pesan kalau dah BERJANJI kita mesti tepati. Ya! Aku dah banyak kali berjanji dengan diri sendiri untuk berubah dalam certain-2 perkara dan perangai aku yang buruk-2 tu. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri aku sendiri and even masa depan aku sendiri. Tau yang dah banyak waktu yang berlalu aku buat sambil lewa je. Bertekad kononnya nak berubah tapi habuk pun tak de, tak jalan. Bila buat semuanya jadi separuh jalan je.

Kali ni InsyaAllah, aku nak kuatkan hati dan berazam nak langsaikan semua janji-2 tu. Janji yang aku kena tepati untuk kebaikan banyak pihak. Terutamanya untuk diri aku sendiri. Selagi aku tak langsaikan janji-2 tu, aku takkan cukup kuat untuk tempuhi dunia lain selain dari dunia kosong aku sendiri.

Cukuplah selama ni aku dah mengabaikan diri dan hidup aku sendiri. Kuat semangat dan bertabahlah ye!

August 23, 2011

.cepat betul masa berlalu


Salam Ramadhan
Cepat kan masa berlalu. Tinggal berapa hari je lagi kita akan berpuasa. Dalam kesibukan kita sehari-hari, tambah pulak bila masuk je minggu kedua ramadhan ramai dah mula pikir baju raya, kueh raya dan segala macam hal pasal raya sampai sedar tak sedar, bulan puasa dah nak habis. Sekejap je sebulan ni rasenya.
Setahun sekali, tahun depan pulak kita jumpa lagi. Mungkin lebih berseri sebab aku mungkin dah berkahwin masa tu. InsyaAllah.

Owh...esok mungkin sebuk sket. BPA kelola untuk masak dodol. Dodol di bulan puasa? Hurm YUMMY.

August 22, 2011

.yummy : Chocolate + Peanut Butter Waffle

 Ai-ai bloggers!

Bila dah selalu sangat balik kampung bulan-2 puasa ni, akan jadi selalu jugak la berbuka puasa dalam perjalanan. Nak kejar masa punya pasal. Sejak duk merantau ni, waktu berbuka puasa tak la proper macam duk dengan mak abah dulu. Duk ramai-2, hidang susun cantik-2. Tapi sekarang, sejak duk rumah bujang yang serba tak lengkap lagi, makan berbuka pun duk bersila depan TV. Haish!

 credit picture : google

Semalam, again, aku merasa lagi berbuka dekat RnR. Seronok! Makan bekal mak masak sambil tengok bas, kereta or lori lalu lalang. Last 2 weeks, berbuka kat RnR Tapah. Kali ni lajak ke depan lagi, RnR Ulu Bernam. Sampai before 7pm. Giler laju abang aku bawak kete. Nasib baik masa tu aku tido.

Sampai je situ, aku terpandang kiosk yang jual waffle. Alamak! Meluap-luap je rasa nak pegi beli. Bau dia je dah buat air liur aku meleleh. Sebab tak tahan daulat punya pasal, lepas berbuka terus pegi beli. Tak sempat sampai simpang keluar RnR, aku dah lahap dulu waffle tu.

Sangat la TAK BEST! Segala-galanya kurang. Aku suka inti coklat + peanut butter tapi semalam aku mintak inti coklat je tapi punya la ciput dia letak. Aku agak ade la dalam sesudu kecik yang dia sapu atas waffle tu. Reject terus! Kompem lepas ni aku tak beli dah. Nak rasa ape kalau sket punya ciput dia letak.

Paling best waffle yang aku pernah makan sepanjang hidup aku ada 3 tempat je. Satu, kat café asrama masa aku belajar kat Arau dulu. Peh! Masa tu memang tak de yang boleh lawan la. The Best Waffle ever! Mungkin sebab dia satu-2 nya kedai yang jual waffle dan mungkin sebab dulu peluang aku nak pegi merata cari waffle amat lah terhad. Tapi sekarang, kalau nak di letak ranking, dia jatuh no. 3 je la.

Hospital Putrajaya - credit picture : google

Yang paling best kat Kem Terendak. Tak rugi rasenya aku pergi keje jauh-2 terperuk dalam Kem Terendak hari tu. Beli kat kiosk dekat Pernama. Coklat + peanut butter dia letak memang banyak. Memang sedap! Lagi satu kat Hospital Putrajaya. Kat café dalam-2 tu la. Kebetulan kakak aku masuk wad situ last month, merasa jugak la waffle yang sedap tu. Hee…memang tip top. Lain kali nak pegi lagi lah. Nak ke Kem Terendak jauh sangat.

Note : ada sape-2 lagi tau kat mana ada waffle yang sedap?

August 17, 2011

.wordless wednesday # 2


August 15, 2011

.dengan baju hujan tanpa baju hujan

credit picture : cherrybam

Jumaat lepas KL hujan. Aku tak pasti seluruh KL atau ada certain-2 tempat je. Yang aku pasti Sg Besi hujan, dekat 2 jam aku terperuk dalam opis dengan kilat sabung menyabung kat luar. Nak balik gerun! Nanti ada yang tak pasal-2 paper besoknya keluar pasal aku yang dipanah petir. #Sigh

Kalau bukan bulan pose, hujan-2 camtu seronok duk lepak-2 sambil minum kopi makan goreng pisang. Hadoi nikmat tol! Dalam kepala ni dah bergenang air hujan, dah jammed.

“Hape la aku nak makan berbuka ni karang! 
Nak pi bazar ramadhan dah hujan lebat lak. Dah kompem kuyup neh!”

Kenapa kuyup? Sebab aku naik moto. Even jarak umah aku dengan opis dekat tapi sebab hujan ni terlampau lebat peluang sangat tipis la kalau nak sampai  rumah tanpa basah kuyup.

“Itu la gunanya baju hujan. Apa hal kau naik moto tak de baju hujan”

Baju hujan pointless! #cuma pada aku. Ada atau tak baju hujan aku still kebasahan. Orang kata:

“Pakai baju hujan tak la basah sangat.”

Ye betul! Kalau korang pakai baju hujan satu set dengan seluar, aku yakin yang tu memang selamat. Paling teruk pun ade la setompok dua je basah kat baju. Aku ni berbaju kurung. Kalau aku nak pakai baju hujan macam tu, cuma baju je aku dapat sarung. Seluarnya? Al-kesahnya, atas tak basah, bawah lak yang basah.

Ada satu baju hujan tu yang macam kot labuh tu. Pakai yang tu, aku sangat tak selesa. Mengganggu pergerakan kaki aku.Silap-2 aku jatuh moto nanti.  Dan aku pasti kena hujan jugak. Basah jugak aku.
credit picture : weheartit

At the end memang sampai sekarang la aku tak pernah pakai dan tak pernah ada baju hujan. Orang lain aku tengok elok je pakai. Pada diorang, biar basah sedikit, jangan basah lencun. Tapi pada aku alang-2 dah basah sedikit, biar basah lencun. Baru ROCK!

p/s : Aku kena beli kereta la kan.

August 13, 2011

dah lama menyepi

Hello bloggers !

Memang aku dah sangat lama menyepi kan ? Agaknya busut anai-2 yang menempek kat blog aku pun dah tinggi melangit. Bukan tak nak berblogging, tapi dah hampir putus asa bila nak edit-2 blog ni asek tak jadi je. Mengetap bibir gak aku geram dengan coding. Macam mana la korang-2 boleh mengadap lama nak edit blog. \alamak korang memang kompem terer la kan/

Sekarang tengok ade perubahan tak ? Beshnya aku dah berjaya ! Even tak secantik shomel macam orang lain memadai la korang senang baca. Haaa sedap mata memandang la..

"Macam la blog kau santek sangat !'

Kalau tak cantik pada mata korang, sorry la banyak-2. Takat ni je yang aku mampu buat.

August 1, 2011

Dah start puasa dah!

Hari ni dah mula umat Islam seluruh dunia berpuasa.. Ada yang dah nak berbuka dah kot sekarang. Tapi orang-2 kat Malaysia ni masih ade beberapa jam lagi la nak berbuka. Ni first time aku merasa berpuasa dalam suasana baru, tempat keje baru. Tak de lagi la merasa jalan-2 ke bazar ramadhan belakang opis dulu. Dan tak de lagi la pi nge'date' dengan orang tu kat bazar ramadhan. Sob..sob..sob..!
Owh ye. Kepada semua bloggers dan seluruh umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa ye!

Sama-2 la kita tempuhi Ramadhan kali ni dengan penuh bermakna. Jangan ponteng puasa! Heee....