September 20, 2011

.people don't like you

Do i look like i CARE what people think ?!!!
I won't give up !!

September 15, 2011

Gubahan hantaran unik, serius korang akan suka

Salam bloggers !

Malam semalam even dalam kebasahan dan  kekuyupan meredah hujan, aku pergi jugak rumah kakak aku (Kak Tora) kat Tasek Height Apartment. Sebenarnya aku dah janji dengan dia nak bayar duit Tupperware yang aku beli masa bulan puasa aritu. Aku dah datang tapi duit pulak tak bawak. Haish !

Masa lepak rumah dia, dia de cerita pasal hantaran. Dia ni memang rajin sket bab-2 mencari gubahan hantaran yang sweet-2 dan comel-2. Dia ada tunjuk beberapa blog yang de cerita pasal hantaran, gubahan, kad jemputan, guest book dan macam-2 lagi la yang ade kena mengena dengan pengantin dan kenduri-2 kawen ni.

Yang paling aku teruja tengok bile ade satu entry ni ade gambar gubahan hantaran dari kain perca + butang. Serius paling cantik + unik + comel aku pernah tengok ! Mungkin korang-2 pernah kot tengok gubahan hantaran ni. Aku ni kan biasanya akan terlepas ‘tren’. Ketinggalan je selalu.

Gambar-2 tu aku ambik dari blog Dia Terima Nikahnya. Tuan punya blog ni pun dapat gambar tu dari sorang kawan dia yang dapat gambar tu dari emel. As mentioned, sumbernya tak diketahui.


 
 
 
 
  Cantik + comel + sweet kannnn...... !

Geram betul aku tengok semua-2 tu. Ni yang nak balik Ipoh nak kumpul balik semua perca-2 kain pastu nak suruh mak ajarkan. Makkkk.......ajar la orang buat macam atas ni. Mak kan terer !

September 14, 2011

.buang mak buang saudara, kerana kasih aku turutkan.

 Salam Bloggers !

Bukan main panjang aku punya tajuk entry kan. Ni ikutkan rasa sedih dan sayu masa aku tengok berita semalam. Korang bayangkan la, budak perempuan baru umur 15 tahun sanggup lari tinggalkan mak ayah dia sebab nak ikut pakwe. Kasih sayang dan cinta punya bahana. Tu belum kira yang lari ikut makwe tu. Ada weh! Korang jangan ingat tak ada.


Aku pun pernah muda. Dan dulu pun aku pernah buat silap. Bila mengenang salah aku dulu, memang aku menyesal sangat-2. Aku tak lari ikut pakwe pun. Biasa la silap orang muda-2. Ada pakwe or ade makwe, kita mudah lupa benda-2 lain. Lupa nak kol mak ayah, balik kampung pun jarang-2. Selalu kol pakwe, bila cuti tak fikir nak balik kampung, tapi siap plan nak keluar dengan pakwe je. Masa tu bukan main indah la hidup kau. Tambah-2 pakwe or makwe kau hensem, cantik. Pakwe kau ada moto EX5 je pun, kau belasah je. Sebab dia la paling romantik, paling baik, paling sayang kau waktu tu. Waktu tu je la! Tapi makwe sekarang lain. Demand!
Wa layan yang ade bumbung je!

Bila dah sayang sangat, kita lupa orang sekeliling. Kadang cakap mak ayah pun dah tak dengar. Prefer dengar cakap kawan-2 kita yang sentiasa back-up kita. Tau tak, masa tu kawan-2 kita tu sama naik jugak dengan kita. Baru nak belajar banyak lagi benda pasal hidup.

Bila mak ayah tegur, adik beradik tegur, kita selalu ignore. Kononnya diorang-2 tu tak sporting, kolot. Masa tu kita cakap main ikut sedap mulut je. Tak fikir perasaan diorang yang memang sangat-2 risaukan kita. Masa umur baru belasan tahun dulu, kita fikir kita la yang betul. Tunggu la bila dah meningkat dewasa sikit, aku jamin 100% korang confirm menyesal ! Macam aku sekarang.


Dulu selalu melawan, cakap aku je yang betul. Sumpah aku rasa mak ayah aku cukup tak sporting cukup kolot. Aku tak boleh keluar malam even dengan kawan perempuan pun.Masa tu aku cakap, bukan aku keluar dengan jantan pun. 
Kira ok la tu.

Nak jugak aku rasa mak ayah aku yang salah. Bila ada pakwe, mak ayah tak bagi kerap keluar. Tak elok katanya. Nak jumpa, datang jumpa kat rumah je. Masa tu rasa darah muda tu membuak je.

Apa kolot sangat kan jumpa kat rumah je.Dating depan mak ayah pulak.


Korang rasa mak ayah aku kolot tak? Dulu mungkin aku rasa ye. Sekarang persepsi aku dah lain. Sungguh aku rasa biar la mak ayah aku kolot macam mana sekalipun sebab ape yang diorang buat semata-mata untuk kita, hidup kita dan masa depan kita. Dulu nak dating je, mesti selalu bertekak dengan pakwe. Bila cakap mak ayah tak bagi keluar, dia pun buat ayat macam ni :

Ala…jangan la cakap awak nak keluar dengan saya.

Ok ! Itu pun dah menunjukkan dia bukan la lelaki yang baik kan. Tapi sayang punya pasal kita lupa pasal tu. Tak pun akan ada ayat macam ni :

Awak ni sikit-2 tak leh keluar…susah sangat nak keluar.
Bukan buat ape pun. Tengok wayang je.

Lepas tu akan ada adegan gaduh-2. Si pakwe akan selalu cari pasal. Genap sebulan, putus ! Alasan nya tak serasi, susah nak jumpa. Nak couple macam mana dating pun susah. Wah !!! Masa tu kau memang frust menonggeng la. Muka tak cantik, bergaya pun tidak, ada pakwe pun dah cabut.

Serius rugi hidup korang kalau turutkan kata hati dan tak nak ekut cakap mak ayah. Kalau korang dapat mak ayah yang sporting, memang untung la. Tu maknanya mak ayah korang percayakan korang, yang korang boleh jaga diri.


Tapi jangan ingat kalau mak ayah korang tak sporting or kolot, diorang tak percayakan korang. Diorang percayakan korang tapi diorang tak percayakan situasi dan orang-2 yang korang akan mengadap tu. Diorang nak kan yang terbaik. Korang anak dia, susah payah diorang besarkan korang, jangan la korang balas dengan herdikan, makian dan buat diorang menangis.

Yang lari dari rumah tu. Tak ingat nak exam ke ? Tak ingat ke susah payah mak ayah korang tu ? Korang dah tinggal dengan diorang bertahun-2 tapi tinggalkan diorang macam tu untuk lelaki @ perempuan yang korang baru kenal setahun dua ? Hadoi…. Sangat tak berbaloi.

Tolong la ! Waktu tu, rasa bahagia, bebas sekejap je. Setahun dua je. Selebihnya korang akan menyesal seumur hidup ! Jangan nanti esok-2 korang dah menyesal, nak balik, masa tu mak ayah dah tak ada, baru nak meraung-2 mintak ampun. Pastu menderita kemurungan. Bertahun-2 tak nak bercakap. Sebab tak leh nak terima hakikat mak ayah dah tak ada dan rasa diri tu berdosa sangat-2.

Bak kata Nabil : Lu Pikir lah Sendiri !!!

Alhamdulillah sekarang dah jumpa yang betul-2 memahami.
Dan yang penting memenuhi ciri-2 yang mak ayah nak dan boleh terima.

September 9, 2011

.Raya Orang Bujang 2011 : yang ni real punya cerita

Salam Bloggers !

Raya macam mana semua ? Besh ke tak ? Rasanya dah banyak orang update entry-2 pasal raya ni. Aku jugak yang ketinggalan. Haish ! Tapi ni tetap gambar fresh dari ladang tau. Tapi yang aku terkilan kan sangat tak ada satu pun gambar juadah Hari Raya. Ini la jadinya kalau dah balik ramai-2 pastu semua kaki giler bergambar. 

 Si Tukang bakar bunga api.

Masa ni malam raya. Lepas orang surau balik je, semua pakat keluar nak main bunga api. Alaaaaa.....bukan bunga api yang kita selalu pegang dan pusing-2kan tu. Ni bunga api besar tu. Urm...bunga api yang first masuk angin tapi bunga api yang kedua, PECAH. Kelakar ! Aku kelam kelibut lari sebab takut. Alih-2 kakak aku yang terbakar kakinya. Nasib baik la luka tak teruk.

 Ini gambar pagi raya.
Oren kan..... Sangat sweet !
Sedondon

 Raya kedua di rumah terbuka Y.B Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan II
Abah dan mak di sebelah kanan.

Masih di rumah Y.B Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Amat pelahap ye aku makan!

Every year raya kedua, memang kami 1 family akan pergi rumah terbuka YB tu. Memang dapat jemputan dan kalau tak silap aku since aku sekolah menengah kot. Peh ! Gila lama kan aku SETIA pergi rumah dia. Menu wajib aku akan makan adalah sate dan kuey teow goreng.
Memang rezeki kau lah jahhh !


 Raya kedua kat rumah maksu ni kat Bukit Mertajam, Penang.
Perempuan sebelah aku tu anak sedara aku.
Yang Lelaki tu abang aku.
Nape dia berdiri begitu ? Silalah jangan tanya aku.

 
 Kat rumah maksu juga !
Posing lain pulak ye.

 Masih di rumah maksu lagi.
Dengan mak.

 Kat rumah maksu nak balik dah.
Tak dapat bergambar ramai-2 dengan maksu.
Sebuk melayan kazen-2 yang baru sampai.

Masih raya kedua kat rumah makcik pulak di Bukit Mertajam, Penang.
Dengan anak sedara aku yang sulong.

Berkumpul ramai-2 tapi aku nampak family aku je.
Mana yang lain ni ?
Dah malam pun dah.

Kakak di sebelah kanan dan anak sedara di sebelah kiri.
Muka penat ni sebenarnya. 
Tak sabar nak balik.

Itu aje gambar tuk hari raya. Banyak lagi tapi malas nak upload dah. Sikit-2 cukup ! Malam tu balik agak lewat. Kereta abang buat hal. Tersadai la jap 2 hari kat kampung. Kesian abang ! Untuk penutup entry ni aku nak bagi gambar cukup special. Yogi the Pirate Cat.

Comel bukan ?

Kenapa Yogi the Pirate Cat ? Sebab dia cuma ade sebelah mata je. Kucing paling baik aku pernah jumpa. Hai la Yogi, tabah lah engkau yerk. Sayang kau kuat-2 !

September 7, 2011

.wordless wednesday # 3

September 2, 2011

.prolog 'raya orang bujang'


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Aku nak buat entry Hari Raya. Tapi masih tak ada mood lagi. Happy-2 lagi dengan hari raya dan cuti yang gembira. Tunggu lah kot balik opis nanti, aku akan buat. Cukup la sekadar entry prolog ni dulu aku lekatkan kat blog ye. 

Picture atas ni aku try edit kat picnik. Tak jadi sangat sebab aku tak terer lagi. Kelembapan menggunakan picnik. Aku still nak kena pakai photoscape gak. Nak kena resize sket picture ni, size dia yang agak besar sebab guna camera anak gajah. Camera anak gajah? Alaaaa....camera DSLR tu la.

Tunggu la ! Picture raya tak banyak. Aku bukan fotogenik bukan juga fotoholic !