November 30, 2012

.perut kempis, badan kurus, hati pun senang

Assalamualaikum w.b.t

Nak kurus, slim? Gunalah Felinna Inchloss Lotion. Pasti puas hati! Ceh dah macam iklan je...
Aku baru dengar je produk ni. 
Mana-2 ruang dalam FB mesti penuh dengan Felinna Inchloss Lotion ni.
Bergegar jugak hati ni tengok rata-2 pakai berkesan.
Dah sampai tahap terkinja-kinja nak beli lah.
Aku ni satu jer la perangai hampeh bab-2 membeli.
Pantang tengok produk-2 baru ni, tengok pula testimoni super duper berkesan, macam pantas je tangan ni nak keluarkan duit. Cissss....


Sepantas aku menaip entry ni, sepantas tu juga aku membeli. Malah lagi pantas. Hohoi...... Entry ni keluar lepas aku dapat barang tu. Gegege....... Tak sempat nak pikir panjang dah, beli terus. Bohong la... Aku ada baca la sikit-2 pasal lotion ni dulu sebelum beli. Tak de la sampai aku beli benda ni secara meng'khinzir' buta. Yeay....! Apa bagus sangat ke pasal lotion ni, sila klik link bawah ni ye. Beli pantas kan, nak story kat orang malas. Ceh..!


Aku nak rasakan sendiri. Mau ke tak lotion tu dengan badan aku. Kalau tak jalan, kebanyakan salah nya memang atas aku. Malas dan tak konsisten! Peh!

November 29, 2012

.dalam berjuta, aku terpilih ke sana

Assalamualaikum w.b.t

Satu beg plus satu bakul plus satu woven beg dah siap kemas. Dah bertapak pun depan pintu menanti hari dan waktu untuk aku bawak pergi. Antara tak sabar dan berat hati, aku tak tau mana yang nak pergi dulu.  Tak sabar nak mulakan hidup dengan Suami terchenta. Cis! Padahal dah nak masuk 5 bulan dah kawen. Berat hati sebab nak tinggalkan mak. Sob...sob...sob.... Yang aku rasa, kali ni tak de dah berdebar macam nak pecah dada. Boleh lah kot nak bongkak saat ni sebab kau ada kat Ipoh lagi! Kah kah kah..... Owh jangan la rasa tu ada lagi. Tak silap aku, semua benda dah settle awal dah.

Dah sebulan aku tinggalkan UPNM. Cubit pipi! Hoi sungguh rasa tak percaya. Padan la aku asyik malas-2 kambing je dari awal bulan Oktober haritu. Rupanya nak keluar dah. Mati-2 aku ingat tak dapat dah job tu. Rezeki Allah nak bagi, tak ada siapa boleh halang dah. Allah bantu dengan gerak kan hati diorang, dapat contact aku even dah tukar no. phone. Nak jugak diorang call rumah kan. Kalau orang lain kot, dah tak dapat, tukar jer lah ambik calon lain. Sudahnya karang, aku pulak yang melopong. Tapi Alhamdulillah..... Aku sangat-2 mensyukuri REZEKI hebat yang satu ni!




Suami..... Sungguh aku sayang kamu!

Aku mahu menghitung hari, saat-2 aku akan tinggal sekali dengan suami. Alhamdulillah... Tak pernah putus doa aku untuk tinggal satu bumbung dengan Suami. Lepas ni, tak payahlah Suami susah payah datang KL semata-mata nak jumpa Isteri terchenta ni. Gegegege...... ('',)

# Mak.... Pasni lagi rajin la orang balik rumah mak hujung-2 minggu. He he he......

November 27, 2012

pergilah.......jangan ganggu aku lagi

Assalamualaikum w.b.t

Pergilah.....
Kenapa kau masih ada lagi
Tak penat ke masih berlari dan mencari
Aku dah tak marah, jauh sekali membenci
Cuma yang aku nak, pergilah...
Jangan ganggu aku lagi

Ingat....
Kita tak pernah janji apa-apa
Bahagia tu cuma sekejap aje
Rasa yang tak pernah kita halang
Malah tak pernah kita akui
Semuanya sia-sia
Hanya yang ada kata-kata bodoh
Yang kita sendiri tak fahami

Pergilah....
Biarkan aku cari bahagia aku disini
Jangan dikejar, jangan dicari apa yang sudah milik orang
Kisah kita telah lama berakhir
Tak ada apa lagi yang tinggal untuk kau disini
Hanya ini yang aku mahu, pergilah....
Jangan pernah cari aku lagi

November 23, 2012

.dari dulu, kalau..........

Assalamualaikum w.b.t


# Credit to : WeHeartIt

Dari dulu, kalau.......
Aku balik dari mana-2 dan rasa letih gila, aku akan ambik bantal, ambik selimut, dengan langkah longlai aku landing depan TV, terlentang, ambik remote bukak TV, bukak je siaran ape pun. Mula dari tu, aku akan baring tanpa bergerak sikit pun, merelakan badan aku memberat dan .....Zzzzzzzzzz..........!

Dari dulu, kalau.......
Aku naik kereta ke bas ke keretapi ke kapalterbang ke, aku mesti nak duduk tepi tingkap. Tak kisah la sebelah kiri ke kanan ke, asalkan tepi tingkap. Aku banyak diam sepanjang perjalanan. Kalau orang tanya pun aku akan jawab dua tiga patah je. Kalau berjalan jauh, untung-2 kejap je aku lelap!

Dari dulu, kalau.......
Aku jumpa kedai stationery, aku la yang paling teruja. Masa naik kereta ke, jumpa dalam shopping complex ke, aku akan menonong/meluru je masuk dalam kedai tu. Selalunya memang tak ada apa pun nak beli. Saja suka nak masuk sebab suka tengok segala jenis pen, pensil, notebook, fail etc. Silap-2 mesti terbeli satu pen!

Dari dulu, kalau.......
Time makan, family kitorang akan makan berjemaah. Tunggu semua ada kat meja makan, baru mula makan. Rasanya semua orang macam tu kan. Tapi aku, suka sangat larikan diri, bawak pinggan duduk makan depan TV. Alasan, meja dah penuh, tak muat! Padahal ada space lagi. Yang betulnya, aku memang suka makan sambil tengok TV!

Dari dulu, kalau.......
Aku nak tido, aku suka goyang kaki dulu. Kalau nak tau aku dah lena ke tak, kalau kaki bergoyang tu tanda tak lena lagi la. Tapi kakak aku cakap, tak de maknanya. Tengah lena pun hang goyang kaki jugak. Lagi best, masa asrama dulu, pakai katil double decker, tak kira la aku tido atas ke bawah ke, bila tido kaki bergoyang dengan katil pun ikut sekali bergoyang!

Dari dulu, kalau.......
Aku dah lena, aku wajib mengigau. Aku repeat, WAJIB mengigau! Pernah dulu, masa sekolah rendah, aku tido dalam bilik mak. Tengah-2 malam entah pukul berapa, aku bangun pergi dapur, ambik penapis dan kononnya buat jadi kanta pembesar. Berangan jadi Sherlock Holmes agaknya! Esoknya, mak cerita, aku bantai gelak je la. Mana aku ingat! Paling ngeri, malam tadi, aku main cak-2 dengan kakak aku! Aku dah lena, dia baru masuk bilik lepas ke toilet, dia tido tekup bantal kat muka konon ambik feel nak tido. Aku boleh tiba-2 angkat bantal tu dan buat cak kat dia dan tido balik! Dan sumpah seingat aku, aku tak buat benda tu malam tadi.

November 21, 2012

.habis sini saja ye...tak larat dah rasa...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..........! Awal Disember aku dah boleh mula bekerja. Hoyeh-hoyeh!! Tak mau dah cuti panjang. Serik duduk rumah bina badan sampai kembang setaman dah ni. Tapi sementara aku dapat cuti panjang ni, biarlah enjoy habis-habisan dulu. Nanti esok-2 lusa entah dapat ke tak cuti macam ni lagi. Setuju??



Tidak mengidap apa-apa penyakit dan disahkan sihat untuk dilantik.

Owh my.... Sebulan menunggu doctor sahkan benda ni saja. Sangat lama, sangat letih. So sekarang simpan diam-2 dokumen ni, tak mau tengok dah sampai lapor diri nanti. Ok! Thanks a lot untuk doctor dan nurse yang bertugas hari tu. Sangat peramah. Tak de la macam itu hari, dengan muka masam moncong, nada suara pun asyik nak meninggi je. Rileks la kan. Korang service untuk community. Senyum tu kena sentiasa ada. Baru la kami ni senang hati.

Ramai yang pergi pun bukan selalu datang. Mungkin baru 1st time. Bila orang tanya, jawab dengan sopan kan bagus. Sejuk sikit hati. Ni nasib baik musim hujan. Sejuk sikit la hati customer. Kalau kena musim panas, yang datang pun dah panas, siap kena sembur lagi, lagi panas la jadinya.

Dan oleh kerana mood aku baik, happy dan ceria, maka aku pun berpergian untuk shopping. Hooreeyyy..... Ala, setakat shopping barang dapur je pun nak kecoh bagai. Tapi barang dapur yang cute tau. Bukan biasa-2 punya. Ni ha tengok..............






















Ha comel kan.....Comel la bagi aku sebab dia warna PINK! Pink...pink....dan akan pink lagi. Haritu dah banyak memborong kat Sg Besi. Tak puas lagi rasa, balik Ipoh pun memborong lagi. He he he..... Sangat seronok tengok bekas-2 plastik warna pink ni. Teruja kau nyah!

November 19, 2012

.aku terima nikahnya | majlis resepsi

Assalamualaikum w.b.t

Majlis Sebelah Pengantin Perempuan | 7 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta

Majlis sebelah perempuan bertemakan warna pink. Segala-galanya pink. Dari scallop khemah + lapik meja + goodies + ahli keluarga dan penanggah pun pakai tshirt pink tau. Baju penanggah tu bukan idea aku, tapi abang. Dia pulak yang lebih semangat dari aku. 

Cess....! Serius tercengang budak-2 penanggah tu bila kitorang mintak tukar baju. Eh ok what, dapat tshirt free tapi pink la kot. Nasib la korang... Dah macam gula-2 kapas lak aku tengok. Ha ha ha....... Gambar diorang aku upload untuk next entry ok! Kali ni layan gambar je ye. Tak ada description sangat lah.







































Majlis Sebelah Pengantin Lelaki | 8 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta

Memandangkan aku kawin dengan orang dekat, so kami tak ada jarak-2 seminggu ni. Hari ni majlis belah aku, esoknya majlis sebelah suami. Penat kot! Tapi bagi aku biar la habis cepat-2. Owh sangat tak larat dah nak fikir. Nak cepat habis nak kemas dan nak rehat.

Ok. Back to the story. Majlis sebelah suami kami ambik tema warna purple. And even baju pun purple. Aku dah agak risau sebelum tu takut nanti pengantin tenggelam, tak menonjol. Macam kenduri belah aku, aku tukarkan baju ambik off-white sebab nak bagi menonjol. Tak de la nanti orang datang melilau cari pengantin sebab dah kiri kanan atas bawah segala-galanya warna pink.

Tapi alhamdulillah. Semuanya ok. Walaupun warna baju agak gelam (gelap + kelam) tapi sweet sebenarnya. Kena la bila duk dekat meja makan, dekat pelamin. Tak de la nampak tenggelam. He he he.....






























"Semoga ikatan ini akan terus diredhai Allah. Sejauh mana ia pergi, sekuat mana ia bergoyah, tetapkan lah hati kami Ya Allah untuk terus bertahan keranaMu. Semoga dia akan terus menjadi pokoknya dan semoga aku akan terus kuat bertahan di dahannya.
Kerana dia yang aku pilih keranaMu Ya Allah."

.aku terima nikahnya | majlis akad nikah

Assalamualaikum w.b.t

4 bulan dah berlalu, aku dah sah menjadi isteri kepada sang suami terpilih. Eceh! Gila lama baru aku nak update entry pasal ni ek. Eh ok kot sebab kitorang masih dalam mood bulan madu.. Hu hu hu..... Aku pilih tarikh 6 dan 7 Julai sempena birthday arwah abah. Mengingatinya dengan menjadikan haritu istimewa untuk aku. Kali ni kita review untuk majlis akad nikah dulu ye..

Serius banyak benda nak kena buat. Ambik masa berbulan-bulan, setiap hari memang tak lepas aku punya checklist. Yup! Checklist tu memang banyak membantu. Tak rugi buat seh. In fact, buku tu masih ada lagi aku simpan termasuk segala-gala bil dan resit beli barang-2 tau. Yang paling best aku berjaya guna semua source yang ada, untuk jadikan majlis aku tu yang paling indah walaupun bajet ciput. He he he.........

Majlis Akad Nikah | 6 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta


 Bertemakan warna grey untuk baju nikah. Masing-2 muka dah cuak ok. Ya Allah, Tuhan je yang tau debar ni. Fuh...fuh...fuh....



 Bakal Suami...eh Encik Suami yang tenang melafaz kan akad. Abang aku yang paling kuat kot debaran nya. Maklum la first time bertugas sebagai wali. Terima kasih banyak-2 ye abang! Menggalas tanggungjawab abah dengan penuh dedikasi.



Batal air sembahyang. Aku dapat gelang emas. Bukan la mahal sangat pun. Cukup la ada sebagai harta pertama suami letakkan pada aku. Untuk dia, hanya cincin yang tak ternilai harganya. =)


Haaaa....... Lelaki perasan hensem. Serius! Serius dia memang kuat perasan. Oh ada aku kesah??? Ye..! Sangat aku kesah sebab telinga ni kerap dengar : Abang hensem kan? Iyaiiii......


Dress yang simple, tapi pada aku ok je. Memang yang simple yang aku suka. Ramai tanya, kenapa tak nak buat baju nikah sendiri. Tak nak la. Nanti bila lagi aku nak pakai. Cukup la untuk aku yang cut cost ni, sewa je baju. Murah! Dan berbaloi.


 Keluarga sebelah perempuan. Semua ada. Terima kasih sangat-2!







 Keluarga sebelah lelaki. Juga semua ada. Dua-2 family cuma tinggal mak!

Wah...cukup lah setakat ni. Mata dah berat tanda mengantuk. Cukup jugak la dengan gambar-2 ni ye. Esok-2 kita sambung lagi untuk majlis dua-2 belah pihak. Ringkas! Cukup ringkas kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku tak punya bajet berpuluh ribu untuk buat majlis gilang gemilang. Ini saja yang termampu setakat yang arwah abah tinggalkan untuk aku. Ini pun dah lebih dari cukup!


Gambar terakhir untuk tutup post ni. Juga gambar pertama sampai pada pandangan mata aku selepas majlis selesai. Eh boleh review pasal persiapan aku sebelum majlis kat sini ye : 


# Rindukan encek suami. 2 minggu dia tak ada, pergi kursus...sob...sob...

November 17, 2012

.sayang....bukan susah pun nak habiskan duit...

Assalamualaikum w.b.t

Tolong jangan ajak or bawak aku pergi kedai-2 yang comey-2. Habis kopak duit laki aku nanti. Hu hu hu..... Harini pergi Tokutokuya. Dah lama teringin sangat nak pergi Tokutokuya. Asyik dengar kakak dengan anak buah cakap je. Berjaya jugak pergi akhirnya. Macam mana rupa Tokutokuya???? Tokutokuya tu sama je macam Daiso dan 100Yen. Yang penting aku tak pulang dengan tangan kosong. Ha ha ha........ 






















Beli ni je? Ye... Ini saja.... Cukup! Nanti boleh pergi dan habiskan duit lagi. Tak lari pun Tokutokuya tu. Abis kuat pun bankrap, tutup! Tengok...obses pada warna pink takkan pernah pudar ok! Padahal kat rumah dah ada pun kitchen scissors tu. Warna hitam. Memang tabiat suka membazir lah kan. Tak kira, janji comey. Belakang yang terselit tu, bekas untuk minyak masak. Tak jumpa warna pink, aku ambik warna putih.






















So cute! Suka aku! Tak sabar nya nak masuk rumah dan mengemas. Aku rasa selagi tak balik Seri Iskandar ni, mau macam-2 lagi aku nak borong ni. Hah, sorry la suami, saya excited sangat-2! Teeeheeee...... 

# Mmmmmuuummmmuuummm........... Siyes rasa nak pergi lagi !

November 16, 2012

.saya cuti sebulan...ada siapa-2 nak jealous tak ???

Assalamualaikum w.b.t..........

Pertengahan bulan November yang indah. Masa ni orang tengah sibuk bekerja, aku tengah sedap goyang kaki sambil online. Senang hati kau ye Peah.....! Ni la padahnya bila medical check up tak complete lagi. Pergi lapor diri, kena reject pulak. "Cik punya medical check up tak complete lagi la. Nanti 16hb baru datang balik ye." Aku dah buat semua urine test dengan x-ray. Cuma tak jumpa doctor je lagi. Appointment aku 8hb. So terpaksa la tangguh lapor diri tu. Memang prosedur kerajaan macam tu eh sekarang? Nampak sangat jakun nya aku ni... Apa pun tak boleh !

Hurm tapi ok jugak sebab boleh la tolong-2 suami kemas rumah yang tak macam rumah tu. Ok! Sambung cerita...... Bila sampai 8hb tu, aku berkobar la ke hospital. Nape entah semacam gila teruja lak nak ke hospital, konon dengan yakin medical check up aku akan complete by that day. Berharap aje la. Bila sampai je kat sorang nurse ke ape entah, dia reject aku punya form, atau dalam erti kata yang sebenarnya dia suruh turun balik buat blood test! Masa register untuk medical check up dulu tak ade pulak dia suruh buat blood test. Hantu kacang botol sungguh!

Argghhhh....! Benci gila seh, sebab tau dah kalau dah kena buat blood test bermakna aku kena tunggu beberapa hari nak dapatkan result tu. Bermakna appointment aku dengan doctor akan ditangguh pulak. Semangat teruja aku hilang terus bila dapat tarikh appointment baru 19hb November. Macam mana aku nak lapor diri lagi kalau jadi macam ni. Nak tak nak, aku kena terima jugak la sebab itu tarikh paling awal dapat sebab minggu sebelum tu doctor ramai cuti. Oklah kan! Nak buat macam mana lagi.

Balik tu, contact la tempat aku patut lapor diri. Syukur la diorang masih terima aku dan benarkan aku lapor diri awal Disember nanti. Parah jiwa aku macam ni. Harap sangat next appointment ni tak ada ape-2 masalah dah. Secara tak rasminya aku pun dapat la cuti sebulan pasal aku dah berhenti keje hujung bulan Oktober haritu...!!!!! Best kan????? Goyang kaki la lepak kat rumah tapi gaji tak ada. Owh yang tu tak berapa nak best!


















Nak jugak letak gambar yang dah tentu tak ada kena mengena. Ok! Nak tengok rumah bersepah??? Silakan........ Sebab aku dan suami dalam proses mengemas lagi ni. Mengecat rumah tak habis-2. Nanti dah cantik, aku upload ye!

# Suami bising la...sakit mata agaknya bila masuk rumah semuanya warna Pink! Dari dinding, langsir, perkakas rumah dan kalau boleh peti ais, mesin basuh dengan tv sekali nak tukar warna pink..... Oh suami, sila lah paham isteri mu nan satu ni. He he he.......