July 26, 2012

.yummy : Buka Puasa Makan Megi Ok Tak ?

Assalamualaikum Bloggers...........

Ini entry pertama untuk bulan puasa. Kalau boleh, setiap hari mahu post sesuatu yang bermakna. Tapi..... Sebuk sangat sekarang. Nak buat post pasal wedding pun x kesampaian lagi. Puasa pertama sebagai seorang isteri tak lah indah tanpa berbuka bersama sang suami tersyang. Sob....sob...sob.... Eh tapi Encek Suami datang KL hari tu semata-mata nak berbuka dengan isterinya \ Ouch... Terharu sangat......... /

Tapi selepas tu, hari-2 yang berlalu tetaplah sebagai orang bujang. Dan disebabkan itu, aku ni hampir setiap hari mati kutu pikir nak berbuka apa la agaknya. Tetiba je hari ni teringin nak makan Murtabak Maggi

Apa yang beshnya dengan murtabak maggi ni sebab ni la antara memori aku kat sekolah menengah. Selain tu, rasa dia pun sangat la sedapnya. Orang lain time gaji macam ni teringin makan Pizza la. Nandos la. Tapi aku teringin nak makan ini je.. Alahai tekak....!



Gambar pinjam : spontantun


Senang nak buat senang nak makan sedap pun sedap !
Anda cuma perlukan Megi dan telur. 



Gambar pinjam : sharpexmuddy


1 - Rebus megi sampai lembut. 

2 - Kacau telur dengan serbuk megi kemudian gaulkan dengan megi yang dah direbus tu.

3 - Kemudian gorengkan saja. Nak buat bentuk bulat ke petak ke tiga segi ke ekut suka la.

Paling besh goreng nipis-2 dan garing-2. Dah siap, cecah dengan sos cili dan makan !
Beshlah....... 

July 20, 2012

.saat aku mulai berubah


Assalamualaikum w.b.t

1 Ramadhan 1433H
Sabtu 21 Julai 2012

Selamat berpuasa semua....!! Ini tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Dan juga tanpa arwah abah. Ini post pertama selepas aku bergelar isteri ek. Rasa macam tak la lama sangat tinggalkan blog ni.

Esok-2 bila senang baru buat post pasal wedding aku ye. Sebuk sangat haritu even banyak benda yang aku nak story kat sini.

Apa pun, aku harapkan ramadhan kali ni, aku dapat berubah sepenuhnya untuk menjadi lebih baik dari semalam. Berubah untuk menjadi seorang anak, seorang menantu, seorang isteri yang baik. Berubah untuk lebih menghargai orang-2 disekeliling dan hidup aku sendiri. Harap-2 nya bulan ramadhan ni aku dapat berita baik yang menggembirakan dan bahagia. ('',)


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  
dan 
Selamat Berpuasa