May 24, 2013

.barang-barang baby ツ

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Aku dah mula membeli barang-2 baby masa kandungan cecah 6 bulan haritu. Beli tak banyak pun masa tu. Pening tak tau nak mula dari mana dan nak beli apa. At last, aku google pasal preparation untuk baby ni, aku jumpa la satu checklist yang sangat-2 la berguna untuk orang yang zero macam aku. Bukan tak boleh tanya kat kakak or mak, tapi kalau dah jenis tak pandai, aku asyik tanya berulang-ulang dan asyik lupa. He he he.....



Ni la barang pertama aku beli untuk baby. Masa tu pakai rembat je tak tau nak pilih apa. Suami asyik ikut dan cakap, takkan sikit sangat kot? Ni je ke? Lain nak beli apa lagi? Owh banyak nya tanya. Aku dan pening kepala tak tau nak beli apa. Tapi berjaya jugak la rembat sebanyak tu.



Kali kedua keluar aku tak fokus pada baju-2 dah. Lepas je aku shopping hari tu kakak aku dah pesan, jangan beli banyak sangat sebab dia nak bagi baju-2 anak dia. Haaa memang baju anak dia banyak, tapi banyak nya rompers je aku tengok. Haish! Aku recycle guna baju-2 anak dia je. Tapi tetap la aku nak rembat baju-2 baru jugak untuk anak aku kan. Anak 1st, mesti la......



Yang ni aku borong last week rasanya. Gatal pergi jenjalan pastu memang laju je la aku pergi bahagian baby ni. Dapat la rembat barang-2 tersebut. Aku beli socks tu dekat jenama Disney dan harus la ada muka Mickey, dan lagi 2 socks tu aku beli Pureen je. Rembat jugak mitten dan booties Anakku dan..........blanket Pooh dari Disney yang memang aku target lama dah. Hai senang hati aku dah dapat blanket tu.



Itulah hasilnya..... Penuh satu drawer je. Agaknya kalau orang lain dah membukit menggunung kot tak muat-2 drawer dah. Ikutkan hati aku memang nak memborong lagi. Tunggu je la nanti. Nak mintak duit kat Suami nak shopping! Aku shopping sorang dia tak ikut pun takpe. Sanggup!



Yang ni hand wrist yang anak buah aku suka nak menghisap dulu. Eh tapi ni bukan la anak buah aku punya. Aku beli baru la. Dia punya entah mak dia dah baling tong sampah agaknya. Asyik nak menyonyot je benda tu. Aku mintak kakak aku belikan yang ni. Malas nak beli online bila dah ada orang rela hati tawar diri nak belikan. He he he......



Tilam kekabu baby! Aku cemerlang kerana berjaya beli sendiri tanpa menyusahkan mak aku untuk belikan dan jahit sarungnya. Plan awal memang nak suruh mak belikan kat pasar pagi sabtu je, pastu nak mintak mak jahitkan sekali sarung dia. Tapi tiap kali tengok mak, tak sampai hati pulak. Tambah-2 nak dekat puasa ni. Kesian pulak nak susahkan mak. Biarlah mak rehat puas-2 pulak. Sok aku jugak nak susahkan dia nak jaga aku masa berpantang.

Simple tapi comel kan? Aku beli online je ni. Murah je. Tak mampu kot nak beli yang mahal-2. Even baby cot pun aku tak beli. Nanti baby tido dengan ibu je la ye. Aku beli tilam ni kat BantalKabu. Boleh la nak pergi tengok-2 kot berkenan. =)

# Aduhai anak, hormon ibu membuak-buak nak pergi shopping lagi ni. 

May 22, 2013

.Ibu comel kerana 'kamu'


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi pergi check-up kt KKIA Seri Iskandar. Aku senang hati buat check-up kt sini. Nurse dengan doctor semua ramah-2, cakap pun lembut, borak-2 je. Memang service dia pada aku superb la. Mungkin ni area kampung sikit so tak berapa sibuk dan tekanan tak banyak kalau nak compare dengan KKIA kat pekan-2 besar tu. Jadi kerja diorang lebih santai kot dengan patient !

Esok kandungan aku genap 29 minggu ! Hoyeh...anak ibu dah semakin membesar, cuma  ibu risau, anak ibu ni tak berapa bergerak aktif. Kenapa ye ? Nurse check jantung kamu normal. Kamu ok kah di dalam sana ? Jangan risaukan ibu sakit kalau kamu menendang pun. Sebab ibu takkan pernah sakit. Nurse dah bagi carta gerak baby. Jadi kamu aktif-2 la mulai sekarang dan sampai kamu keluar nanti ye !

Segalanya normal tadi kecuali HB turun balik. Tak turun banyak sangat tapi nurse tegur la. He he he.... Kaki pun dah membengkak, badan pun dah makin comel je. Kalau dulu, berat naik ke perut naik ke kompem aku merungut. Sekarang rasa bahagia pulak tengok perut makin besar dan makin besar.


Wahai kamu budak comel di dalam tu, ibu semakin comel kerana 'kamu' tau... !

May 21, 2013

.cuti bersalin : ambil awal atau ikut EDD


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Bila dah masuk 7 bulan ni, yang paling banyak benda aku pikir adalah barang baby. Baju la seluar la alat mandi la pampers la.... Semua nya pasal dia je. Setiap waktu pikir cukup ke tak barang-2 aku beli semua tu. Sampai lupa hal aku. Barang-2 aku tak prepare lagi, tungku + set bersalin + kain batik semua la! Hadoyai......

Paling penting jugak, Cuti Bersalin dan GL! Alamak... Banyak lagi nak kena buat ni. Bab cuti bersalin ni yang membebankan sikit. Tekanan, sebab aku tak dibenarkan ambik cuti 90 hari....sob....sob....sob!  Cuti 60 hari je mana cukup. Huaaaaaa... Tak dapat nak berlama-lama bermanja-manja dengan baby. Even orang kata, keje Government ni banyak kemudahan, tapi kalau bos ko cerewet, terima je la kan! 

EDD aku 8/8, 1st day raya tu. Tapi instinct aku sebagai bakal ibu ni *cewah* kuat la rasa bahawasanya aku bakal bersalin awal. Gila kau confident menggunung!  Basic medic pon nan hado, confident je lebih. Haish....! Ini cuma apa yang aku rasa. Apa pun, percaturan dan perancangan Allah kan lebih hebat.

Awal-2 dulu memang ada decide nak ambik cuti awal. Berangan, ingatkan memang confirm lah aku akan cuti bersalin 90 hari. Angan-2 memang terbang lah kan! Terasa rugi nak ambik cuti bersalin awal memandangkan cuti aku dapat pun 60 hari je. So last nya aku decide tak payah la kot ambik cuti awal. Tunggu je la sakit bersalin tu datang, bersalin dan cuti terus. Malas dah nak pikir. Nasib...nasib...!

Suami ada minta guna je cuti tahun, ambik seminggu awal sebelum EDD tu. Boleh feel-2 raya terus. Tapi kan sayang la pulak nak guna. Cuti tahun pun tak banyak. Isk tetapkan hati, redha dan tawakal je la!

Anak Ibu, nanti kamu nak keluar awal tak? Kalau nak keluar pun, tunggu biar Ayah ada ye. Dan biar masa tu Ibu ada kat Ipoh. Tak jauh sangat dah nanti. =)

May 20, 2013

.hati sentap...teh ais punya angkara

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend balik rumah MIL. Lama sangat kot tak balik rumah dia. Sang suami pun dah asyik bertanya, 
"Bila nak balik rumah mami ni? Hati dia nak kena jaga. Sok-2 dia nak jaga anak kita...bla.........bla........bla.......". 
Suami dah mula membebel ye! Huish...parah ok kalau para suami dah mula membebal. Siapa yang pernah rasa tu paham la kan. *Eh.....ni bukan nak cerita pasal membebel.*

Hari sabtu Suami keluar kejap dengan kawan dia lepas kitorang balik shopping. Entah kenapa, petang tu rasa teringin sangat nak minum teh ais. Yang lemak-2 manis tapi bukan manis gula. Haish...terasa-rasa je dalam mulut ni bila bayangkan. So pesan la kat Suami, dia pun balas;
"Ok....balik nanti abg tapaukan..."
Sekali dia balik, tangan kosong... Aku pandang dia, dia tengok aku muka selambe je. *Eh...dia ni lupa ke? Takkanlah kot.* Niat nak bertanya, aku pendamkan dulu. Takkan nak sound depan-2 MIL dengan SIL kot hohoho. Tak pasal-2 je nanti.

Sekali memang dia lupa daaa.... Sayunya hati. Dan-2 tu jugak aku nangis. Laju je air mata aku ni turun. Suami pandang semacam, aku dah bajet dia nak marah tu. Terus aku berpaling sambil cakap kat dia;
"Tak per la... Esok orang pi beli la..."
Alahai! Awat la sensitif sangat sejak mengandung ni. Teh ais je la, itu pun nangis ke. Tak kesah la! Aku nak teh ais je. Huk huk huk..... Down gila tak dapat teh ais. Malam tu jugak Suami belikan. Tengah-2 basuh pinggan, dapat teh ais. *Shukenya hati mak nok!*

Suami kata susah hati dia tengok aku nangis sebab teh ais je. He he he... Sorry la ye abg. Menyusahkan pulak nangis bagai sebab teh ais tu je.


Credit picture : Cerita Kia

# Teringat Lawak Ke Der 2, Harith Iskandar : Teh ais pun nak upload masuk pesbuk!

May 17, 2013

.mari mendobi baju baby sesi 1 =)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Last week dah mula sesi dobi mendobi baju-2 si kecik. Terasa macam awal sangat nak basuh baju dia, aku baru nak masuk 7 bulan kot tapi dah sebab malas dan letih dengar ceramah kecil-kecilan Sang Suami, aku turutkan jugak  kata-2 dia, "prepare awal-2 kan senang". Baik pak!

Aku tak banyak membeli baju-2 si kecik ni. Ada yang aku beli pun baru 5 pasang rasanya, adik angkat aku bagi sepasang. Sarung tangan dengan kaki baru 4 pasang. Cukup ke makcik oiii... Hehey.. Berita gembira ye, baju-2 anak buah aku yang lahir last year masih banyak dan elok lagi. Kakak aku pun awal-2 dah pesan, jangan beli banyak sangat, pakai je baju Mikhail tu. Baby cepat besar. Tapi aku tetap akan belikan lagi baju-2 untuk si kecik aku ni. Mestilah..... Ni kan anak 1st. Rasa teruja tau, dan tambah lagi, takkan nak sambut orang baru pakai baju lama. Kecik hati dia nanti, ingat ibu dengan ayah dia tak sayang dia pulak. *Sigh.... Jangan pikir macam tu ye anak ibu =)

Baju-2 yang lama tetap aku guna. Memandangkan anak ibu ni nanti lahir nak dekat raya @ maybe hari raya, ibu akan belikan banyak baju raya cantik-2 lagi ye. Baju-2 anak buah aku dah selamat pun aku basuh, lipat dan susun kemas-2 dalam box. Cuma tinggal sarung tangan dengan kaki, barut dan baju-2 yang aku beli je yang masih tak berbasuh lagi. Tunggu la...... Ada lagi yang nak beli ni, kumpul-2 dulu, basuh sekali je nanti.


1st round ni baju putih plus berwarna yang baju dia agak-2 kepudaran sikit. Disebabkan anak buah aku muak dan susu meleleh la. So ada bekas-2 tompok-2 kotor sikit. Mak aku suggestkan rendam dalam klorox dulu kemudian baru basuh. Serius suci gila warna dia masa aku angkat dari ampaian. Nampak baru je he he he..... Lepas rendam semalaman guna klorox, aku cuci bilas balik guni pencuci khas baju baby dari Cosway tu... Kiddie Wash.....


Ye... Itulah Kiddie Wash tersebut... Masa aku basuh, aku rasa tak puas sebab tak banyak buih. Aku dah la suka main buih-2 ni. Tapi bau dia memang sedap... Dah kering baju-2 tu, aku siap cium-2 lagi. Feel konon tengah cium anak sendiri la tu. Cait!


Ni 2nd round. Baju-2 berwarna. Ada yang kakak aku bagi baju-2 yang 6-12 month punya. Tapi tak kesahlah. Boleh jugak si kecik pakai nanti. Ada jugak baju-2 tu yang anak buah aku baru pakai sekali @ tak pakai langsung. Yer la, kakak aku tak bajet pun dulu anak dia besar. Sekali keluar kau 3.6kg. Debab dan tulang besar dan dia panjang. Sudahnya, banyak la baju dia pakai kejap je. Tak sempat nak lasam. Tau kan lasam tu ape??? Tak tau google sendiri la ye.


Sesi melipat baju. Peh.... Naik kematu bontot aku, nak patah pinggang rasanya melipat baju-2 ni semua. Tapi puas la sangat-2. Geram pun ada pegang baju kiut miut ni. Wangi je bau baby. He he he.....

# Feel macam dah ada anak... Ngueh ngueh ngueh..... Nanti sambung lagi sesi mendobi =)

May 16, 2013

.bertahan itu satu kekuatan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Alahan.....! Berperang dengan alahan sewaktu mengandung ni memang dugaan besar untuk bakal-2 ibu. Owh.... Sungguh tak mudah ok nak jadi ibu, mama, mak... Dari mula mengandung pun dah diuji mental dan fizikal. Aku antara bakal-2 ibu yang mengalami alahan-2 biasa orang mengandung. 




1st trimester

Seminggu selepas  aku disahkan pregnant, aku dah mula rasa mual-2. Hidung ni rasa tak sedap je. Ada je bau-2 sekeliling aku ni yang busuk. Aku langsung tak boleh nak memasak. Busuk sangat Allah je yang tau. Selera makan putus sama sekali. Kalau makan even sikit pun mesti muntah lepas tu. Pastu aku mula nangis-2 tak larat. Kepala kerap sakit dan badan pun lesu je. Yang mampu aku telan masa tu biskut dan roti je. Jemu??? Apakan daya... Itu bahagian aku yang aku harus terima.

2nd trimester

HB rendah! Dan aku diomok-omokkan oleh nurse tentang pelbagai kemungkinan buruk yang berlaku bila HB aku rendah. Nekad punya pasal lepas 3 kali check-up masih rendah, Suami belikan aku kismis dan prune. Dan hampir setiap minggu balik rumah mak makan sambal daging masakan mak. Saat ni, selera makan dah ada. Tapi tak la banyak mana pun. Aku pun kerap sakit ulu hati. Pedih dan perit sangat-2. Walaupun dah ikut suggestion doctor untuk makan lebih kerap, tapi nampak la sakit tu tak mau pergi dari aku.

3rd trimester

Aku baru masuk je fasa ni. Selera makan masih biasa. Dan yang aku perasan, sakit ulu hati dah tak ada. Alhamdulillah........ Aku dah berangan-angan dah nak melalui minggu-2 akhir sebelum bersalin ni dengan indah. Tapi Tuhan sangat sayangkan aku. Aku mula gatal-2 seluruh badan! Seluruh badan kecuali perut. Aduuuhhhhh......... Rasa gatal tu miang dan merenyam sangat-2. Ingatkan sebab kulit kering. Aku pun usaha sapu losyen letak minyak, tapi tak jalan.

Yang peliknya, gatal-2 tu datang lewat petang sampai ke malam je. Naik macam ruam penuh tangan dengan kaki. Dan sangat-2 gatal. Entah berapa malam aku duduk berteleku tahan gatal dan menangis. Bila tak tahan sangat, aku bangun, mandi. Sambil gosok-2 badan dengan sabun, mesti aku nangis dan merapu "Kenapa ni? Kenapa ni?".

Puas aku Google pasal ni, aku pun jumpa doctor. Dia bagi aku ubat sapu Calamine Lotion dengan ubat makan Piriton. Doctor kata ubat tu selamat untuk ibu dan kandungan, cuma effect dia mengantuk je. Macam mana pun, aku tetap takkan ambik ubat tu terlalu kerap. Banyak jugak mana yang aku Google tu, diorang pun ada pengalaman macam aku. Alahan mengandung katanya. Bertahan je la. Kalau sampai 9 bulan macam ni, ini juga bahagian aku yang aku harus terima.




Doa aku cuma permudahkan lah waktu aku bersalin nanti, selamat dan sihat sempurna kedua-duanya. Bahagian aku yang Tuhan minta aku lalui selama ni, alhamdulillah aku dapat tempuhinya tanpa rungutan. Ada 2 bulan lagi yang masih berbaki untuk aku tempuh. Moga ibu dan baby kuat ye! Keluarlah jadi anak yang soleh. Ibu dan ayah menunggu. =)

May 15, 2013

.bukan sengaja aku abaikan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Happy untuk ber'blog' semula. Berbulan lama betul aku buat derk je kan dengan blog ni. Aduyai...! Cerita panjang tak guna ye. Meh aku tempek beberapa keping gambar yang buatkan aku sibuk dan malas nak jenguk blog.


Rasa indah bila dapat tau ada 1 nyawa yang sedang membesar dalam rahim ni. Alhamdulillah.... Penantian yang sekian lama \ lama ke ?? / akhirnya berakhir dengan berita gumbira ! Yeay...! Ini la hadiah birthday paling bermakna Allah hadiahkan buat Suami. Dari dulu tak putus-2 berdoa, nakkan si kecil ni sebagai hadiah birthday. Allah maha mendengar sayang !


Alhamdulillah... Sekarang dah masuk 7 bulan. Another 2 months to go. Membesar dengan sehat ye anak ibu. Eh....bahagia pulak rasa. Macam mimpi. Bersedia ke aku nak jadi ibu ni? Mampu ke aku? Allah lebih mengetahui segalanya. Kalau tak, takkan lah dia bagi aku anak ni. Yakin dengan takdir Allah, ye aku mampu jadi ibu. Ibu yang baik.


Tiap kali tengok bau-2 si kecik ni, rasa teruja je nak tunggu dia lahir, ada depan mata aku. Tak sabarnya. Dan nanti mesti aku rindukan saat-2 indah si kecik ni main-2 golek-2 dalam perut ni.


Dah 85% barang-2 dan kelengkapan untuk si kecik kami siapkan. Tapi tangan ni tetap tak boleh sangat duk diam bila pergi tengok barang-2 baby ni... Tengok sana sini suka. Adoi.... Memang teruja kot tengok baju-2 si kecik.

Harapnya bila sampai waktu tu, semuanya selamat. Ibu selamat sihat, anak ibu pun selamat dan sihat. Mudah-mudahan Allah permudahkan saat-2 aku bersalin nanti.... Amin.....