July 11, 2013

.Berpantang tu wajib !

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Hari ke-2 Ramadhan dan puasa hari ni berjalan lancar. Walaupun baru sekerat hari tapi badan masih bertenaga. Cuma mengantuk lebih. *Sigh. Harini genap 36 minggu ibu bawak si comel ni dalam perut. Cepatnya masa berlalu. Petang ni check-up dengan doctor, dia nak scan. Oh baby tak sabarnya nak tengok kamu. Harap-2 semuanya okay !

Nak cerita pasal berpantang, set bersalin sebenarnya. Dalam banyak-2 benda, cuma barang yang satu ni je yang aku belum beli. Bukannya masih ragu-2 memilih. Aku dah ada pun pilihan set bersalin yang aku nak cuma tunggu orang belikan je. He he he..... Pening jugak masa awal-2 nak pilih dulu. Gila tak pening kalau dah ada berpuluh jenis set bersalin kat pasaran sekarang. Dah jenuh survey kat orang, aku suvey kat internet, baca pengalaman mommies pakai set bersalin yang bermacam-macam entah.

At last, aku pilih set bersalin Tropical Herbs Amway. Set bersalin ni pada aku dah sangat lengkap. Kakak aku yang suggestkan. Memang berhabuk la dia kipas aku suruh beli set ni sebab dia ni ahli Amway.



Tropical Herbs Amway

Untuk makan :
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2

Untuk kegunaan luaran :
1) Herba Pembersih Wanita
2) Herba Mandian
3) Minyak Urut Herba
4) Minyak Bayi
5) Campuran Peramping Perut
6) Campuran Penghangat Badan
7) Campuran Penenang
8) Bengkung


Lain-2 penerangan boleh tengok sini ye ------> Set Bersalin Amway (Tropical Herbs)

Ada 11 barang semuanya dan complete lah. Ada bengkung, minyak, pilis, param bagai dan yang best ada minyak baby dia yang sangat wangi. Serius wangi ! Kakak aku ada sorang pakai set ni dulu. Sedap sangat bau anak dia lepas sapu minyak tu. Tak la macam sesetengah minyak tu bau minyak angin. Suami nak aku berpantang cara lama. Elok dia kata. Nak aku ni kembali cergas dan badan tak la lembik-2 nanti. Aku pun nanti tak nak badan dah macam dipam-pam lepas bersalin kan. Siap dia suruh aku continue sampai bila-2 pakai je bengkung tu. Huk huk.... Baik abg !

Kenapa mesti set bersalin Amway ?

1) Harga masih tidak buat poket aku rabak. Aku dapat set ni dengan harga RM250.00 sahaja. Memang banyak lagi yang lebih la murahnya dari set ni. Even boleh dapat dengan RM50.00 pun tapi ini yang paling aku mampu bila aku tengok-2 balik combine semua barang-2 apa yang aku perlu dan aku nak.

2) Lengkap ! Semua ada dalam satu pek saja. Pakej tu. Param, pilis, bengkung, minyak untuk aku, minyak untuk baby... Eh boleh kata semua ada la. Tak payah nak pening-2 pergi beli asing-2. Kenapa nak bayar mahal-2 kalau terpaksa tambah itu ini lagi.

3) Jamu senang nak makan. Ada 2 botol tu je la. Tak susah aku nak ingat nak makan yang mana, dah makan ke belum. Sikit dan mudah.

Nanti aku buat post lepas aku guna set ni ye. Nak siap-2 nak pergi check-up dah. Tak sabar ni nak tengok baby !

July 3, 2013

.barang baby lagi ツ

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Semalam pergi check-up lagi. Alhamdulillah dah nak masuk 35 minggu dah. Wah tak sabar nak jumpa si kecik ni dalam perut ni. Berdebar takut pun ada. Mudah-mudahan selamat la semua ye. Saya kuat !!! Hoyeh-2 ! Nurse kata semua ok. BP, HB dan denyut jantung baby pun normal. Bagusnya anak ibu ni. Sihat-2 selalu ye sayang. =)

Heee... Last week tengok balik checklist untuk barang baby dan ibu nya sekali. Alhamdulillah, dah berjaya pun lengkapkan semua barang baby. Yang basic-2 lah dan yang penting-2 je. Barang ibu pun dah habis beli ! Jom tengok barang baby yang aku dah lengkapkan minggu lepas. Balik weekend ni, boleh la mula kemas beg baby dan beg ibu.



Yang ni aku tak beli minggu lepas. Diapers beg ni aku beli mula-2 dulu masa aku 5 bulan kot. Disebabkan ketaksuban melampau aku pada warna pink, aku rembat diapers beg ni warna pink jugak. Eh... Cute apa. Lagi pun senang, kakak aku punya sebijik macam ni warna biru. Aku kena beli warna pink supaya tak la tertukar. Alasan je kan ! Ha ha ha...................

Aku beli online ni. kat Lovely Babies Shop. Dia jual macam-2 lagi. Aku beli set ni dapat 3 barang tu beg besar, beg kecik dan travel changing mat dalam RM70.00++ kot. Aku lupa la. Kakak aku punya dia beli beg besar tu je. Aku beli pakej terus, senang. Yang kecik tu boleh guna masa bawak baby keluar jalan-2.























Janji dengan Suami tak nak beli baju dah, tapi dah terbeli kan. Nak buat macam mana. He he he... Sepasang je kot. Memang bising la Suami sebab bini dia ni taksub sungguh kalau pergi tempat jual barang-2 baby ni. Aku rembat ni kat Aeon Station 18. Memang tak sengaja beli okay ! Tengok macam comel je lagi pun aku memang tak belikan langsung baju lengan panjang seluar panjang untuk baby lagi. Dan sebab dia warna merah. Cantik.....! Sepasang ni dalam RM25.00++ jugak.




Owh baju lagi........................ Tapi ini bukan aku beli. Ini kakak aku yang rembat kat belakang office dia. Murah dia kata dan comel. Sebab geram, dia ambik jugak la. Harga dalam RM15.00 macam tu. Comel kan. Warna pink lagi. Kelas kau jah !





Yang sebelah kiri tu Rompers dengan 6 pasang stokin. Tak puas hati sungguh aku tengok stokin tu. Kecik sangat. Berapa lama boleh pakai pun. Tapi rompers tu aku suka sangat. Lembut je kain dia. Aku mintak kakak aku belikan kat belakang office dia. Dapat la dalam RM40.00. Belah kanan tu bedung baby. Harganya RM 40.00. Material kain ok tapi mak kata kecik sangat. Tak puas bedung budak kain kecik-2 ni. Mak siap suruh cari kain lain, buat bedung sendiri lagi bagus. Oh baik la mak. Tapi bila kita nak cari tu ? Sempat lagikah ? Macam tak je mak huk huk huk...........................





Cotton balls tu dalam RM6.90 kan ? Tak nampak pulak aku. Grooming set baby tu dalam RM8.50 kot. Aku suka yang kosong sweet macam tu. Ada pun gambar Pooh yang comel tu. Memang sangat cute. Mitten dan booties tu aku beli sepasang je lagi sebab tak ada lagi yang kosong macam tu. Ada pun yang aku beli yang lubang-2 dengan corak-2. Ni nak pakai masa duk kat hospital nanti. Nampak putih suci je. Pacifier tu aku saja beli standby je. Pun beli yang murah je. Kot-2 nak guna. Aku berkenan yang Avent punya sebab dia simple, design jenis transparent tapi bapak mahal gila. Last-2 aku rembat Pureen punya je la. Murah. RM8.50 je kot. He he he...............





Berus basuh botol tu aku suka sebab warna pink. He he he.... Kakak aku suruh beli design macam tu. Senang katanya nak basuh botol nanti. Harga tak cecah RM10.00 rasanya. Lupa jugak la. Cotton bud tu aku beli 1 botol dulu. Dah habis nanti suruh je ayah baby belikan lagi. Baby wipes tu aku ambilk jenama Anakku je. Aku beli dalam 4 pack je dulu. Tak cukup nanti, ayah baby la kena lari pergi beli. Memang nak pakai banyak kan benda alah tu ? Nape entah aku tak beli jenis botol yang boleh refill tu.






















Finally.............. Ni la barang terakhir untuk baby. Yang hijau tu changing mat. Aku dah ada pun changing mat travel punya yang beli sekali dengan diapers beg tu tapi kakak aku suruh beli jugak yang besar sikit. Dia tak bagi beli yang jenis getah tu, dia kata panas. Entah la betul ke tak. So aku rembat je la yang jenis plastik punya tu juga dengan harga murah RM10.00 sahaja. Pampers baby aku pilih Petpet je. Ingat dulu nak beli Huggies sekali tengok alamak apasal kecik sangat pampers nya. Compare punya compare, aku ambik Petpet je la RM25.90 untuk 64 keping NB punya. 

Dan yang paling aku suka, botol susu comel tu, Tommee Tippee. Comel gilak ah ! Sekarang kan dah ada macam-2 warna tapi bagi aku warna asli dia ni lagi adorable aku tengok. Beli yang 9oz punya. Aku berkenan yang ketot comel 5 oz tu tapi macam biasa Suami bantah. Beli besar terus katanya. Huh....! Puas aku cari harga murah tapi dapat jugak harga RM50.00++ tu. Tak pe lah. Janji dah lengkap barang-2 baby.

Ye.... Aku akui membeli barang baby bukan mudah. Banyak cabaran dan godaan. Punya la banyak aku nak kena tau. Memandangkan kami laki bini pun bukan la bergaji besar, banyak faktor-2 lain nak kena fikir, jadi kami decide beli yang penting-2 dan fikir banyak untuk jangka masa panjang. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, banyak yang aku nak beli lagi untuk baby, yang mana penting sangat-2 untuk baby. Mudah-mudahan. Amin....!