December 17, 2013

.saat detik waktu kamu melihat dunia

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Esok genap 4 bulan umur anakanda tercinta.
Jom review jap pengalaman 4 bulan lepas.
Due date : 8 Ogos 2013
Check in hospital atau lebih best dipanggil serah diri : 17 Ogos 2013
Kena jugak serah diri, baby tak mau keluar.
Selamat dilahirkan pada 18 Ogos 2013 jam 8.16pm secara pembedahan pada usia kandungan 40 minggu 10 hari dengan berat 3.25kg.
Kenapa C-zer ?
Contraction sangat tinggi dan buatkan bacaan CTG sangat tidak cantik.
Doktor tak mau tunggu dah sebab dari pagi subuh dah bagi masa.
Bukaan dari 7cm jam 5.00 pm jadi 4cm jam 6.30 pm.
Okeh statement doktor yang ni memang buat aku terkejut. Mungkinkah ?
Tak sangka aku akan c-zer tapi alhamdulillah selamat semuanya.


Izzul Adam : 2 hari

Nak bersalin, nak bertarung nyawa untuk satu nyawa yang lain sesungguhnya amat payah.
Perit menahan sakit ni terasa - rasa lagi tahu.
Sudahnya kena toreh jugak perut ni. Eh perut ke ?
Tak kisahlah hehehe...
Doktor bius separuh badan, serius tak jalan.
Boleh rasa tajam pisau dia toreh kat perut tu.
Last - last, dia bius penuh, tak sedar diri la daku.
6 jam lepas tu baru sedar baru la tengok anak.
Hewhewhew....



Izzul Adam : 3 bulan 23 hari

December 13, 2013

.adam : sesi meniarap

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Semalam baru balik outstation. Balik je terus kemas rumah dengan suami, sambil-2 lah tengok anak.  Terkial-kial nak mengiring. Dia dah mengiring lama dah. Aku tunggu waktu dia nak meniarap je ni. Jenguk-2 jugak kalau-2 dah sampai waktu dia nak meniarap. Tapi hampa aje la. Dia mengiring tersengih-sengih pulak macam nak main-2 kan aku. Takpe la wahai anak.

Lepas makan, aku gigih sambung berkemas lagi sebab suami nak masuk keje dah malam tu. Suami balik je, aku ambik baju pergi gosok. Sambil-2 gosok tengok dia mengiring balik. Sempat la ambik gambar 2 3 snap. Letak phone, sambung menggosok balik. Tengah terkial-kial mengiring tu tiba-2 je dia plup...! Meniarap...! Mata terkebil-kebil......

Aku pulak lembab sangat nak capai phone. Excited sangat masa tu anak dah pandai meniarap. Terus pergi dekat anak, cium dahi dan pipi. Ucap tahniah la kononnya sebab dia dah berjaya. Last-2 baru tersedar nak capai phone nak snap gambar 1st time anak meniarap. Dapat jugak snap sebelum dia guling balik... Fuhhh.......




Good job, well done my dear. Wahh sumpah semangat aku tengok dia dah meniarap. Berdebar-debar macam kena loteri RM 1juta tu. Erk...tak pernah rasa kena loteri. Tak main....tak main....
Indah seronok perasaan ni sejak jadi ibu.... Rasa sayang tu melimpah ruah je. Mak, orang faham dah apa mak rasa kat anak-2 mak =)

Sayaaaaaaaaang sangat kat mak....kat arwah abah.....

November 15, 2013

4 bulan dah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Lama gila tak update blog. 4 bulan tu rasa macam kejap je. Tengok blog ni pun dah makin sunyi. Pemalas betul aku sekarang ni. Dari mengandung 7 ke 8 bulan ntah haritu, sampai dah ada anak dah, tak pernah update blog. Dalam masa 4 bulan tu macam-macam cerita ada. Nanti lah. Pelan-pelan aku aktifkan balik blog ni. Macam-macam ni nak cerita ni. Anak pun dah nak masuk 3 bulan.

Next week anak aku dah masuk 3 bulan...wahwah... Cepat betul masa berlalu. Lain post aku cerita panjang ye. Bagi fresh sket blog ni, meh aku tempek sikit gambar 'kesayangan' aku.