June 12, 2011

Hey kau... Terima Kasih....

Aku ada rasa marah tu lagi tapi aku tetap nak ucap terima kasih. Sakit tu makin dalam terasa tiap kali aku ingat kau tapi aku tetap nak ucap terima kasih.

Terima kasih sebab datang dan senyum.
Terima kasih sebab selalu menemani.
Terima kasih sebab sakitkan hati aku dan aku tak pernah sedar.
Terima kasih sebab selalu tak hiraukan aku dan aku tak pernah sedar.
Terima kasih sebab hancurkan hidup aku dan aku tak pernah sedar.
Terima kasih sebab tinggalkan aku saat aku tak sedar kau memang tak bererti dalam hidup aku.
Terima kasih sebab buat aku terpinga-pinga bila aku tak lagi dengar suara kau.
Terima kasih sebab buat aku termangu merenung handphone sambil tunggu panggilan dan mesej-2 kau.
Terima kasih sebab kau pergi tiba-tiba dari hidup aku, tinggalkan aku dengan seribu tanda tanya.
Terima kasih sebab kau pergi dari hidup aku dan akhirnya aku jumpa insan yang jauh jauh jauh jauh jauh lebih baik dan sempurna dari kau.
Terima kasih juga sebab buatkan aku lebih bermakna dalam hidup dia.

Aku kini tak membenci... Sedikit rasa benci pun aku tak simpan dalam hati buat kau. Untuk apa kan ? Aku dah maafkan. Dah lama. Dah sangat lama aku maafkan.

Aku pun harap kau maafkan aku. Biarkan aku pergi dan biarkan aku bahagia. Itu juga doa aku untuk kau. =)

.Aktiviti yang tak pernah wujud dalam list perkara yang aku nak buat dalam hidup aku but I Do Love It

Semalam Terengganu vs Kelantan dan Terengganu menang ! Haish, aku bukan penyokong untuk kedua-dua team tu. But congratz tuk team Terengganu sebab menang semalam. Korang memang ROCK lah ! Hooo ini tak bermakna aku penyokong Terengganu k. Aku cuma sokong mana yang menang. Teeheee

Ok fine.. Korang rasa aku pergi stadium ke semalam tengok bola ? Nope ! Semalam waktu semua penyokong dua negeri tu berkumpul kat stadium, aku merempit ke i-City. Yeeebaaaaa...... Aku tak pernah sangka sejauh tu perjalanan dari Tasek Selatan ke Shah Alam ok !

Aku dengan menaiki AHD (sejenis skooter kaler itam) dengan dibonceng oleh kakak aku juga ditemani dua mat rempit tegar WVE (abang aku) dan AGS (anak kakak aku yang sulong) bergerak ke i-City lebih kurang pukul 8.30 malam. Lewat keluar semalam tapi masih semangat nak rasa jalan waktu malam. Kakak aku bagitau area-2 sana ada jalan moto. 1st time rasanya dalam hidup aku bawak moto ekut jalan moto. Teruja ? Owh ! Sudah tentu. Aku rasa sepanjang perjalanan tu aku menjerit keseronokkan. Buruk punya perangai kan !

Aku punya perangai buruk kalau bawak moto. Aku ni fobia bawak moto masa selekoh ! Korang tak rasa buruk ke perangai camtu ? Owh fobia tak dikira buruk ye. Kira macam ni lah. Bila masuk selekoh je aku akan menjerit-2 "Alamak takutnya ..... takutnya ... " berulang-ulang kali sebab aku nak imbangkan moto tu supaya tak jatuh sampai la selekoh tu abeh. Teruk kan aku. Apa nak buat, fobia punya pasal. Dah jatuh banyak kali masa selekoh buat aku serik kot.

Sampai i-City pun aku tak sedar pukul berapa. Yang aku tau memang seronok sangat masa tu sebab berjaya sampai dengan selamat dengan MEREMPIT ok ! Giler ramai orang kat sana buatkan aku tambah penat. Kejap je pun kitorang jalan-2 sebab masing-2 dah kelaparan.


Gambar ni aku pinjam dari sha al jamalullail.
Gambar yang kitorang ambik masih ada pada mat rempit tegar AGS.
Tak dapat di upload untuk sementara waktu.
This is one of de most beautiful scene kat sana.

Sebab kelaparan terasa menggigit-2 perut, kitorang pun gerak la ke PJ. Mat rempit tegar WVE ajak makan MEE RAJA. Once dengar agak pelik bunyinya. Terkebil-2 la gak aku ni bila dengar macam tu. Owh for your information, mat rempit tegar WVE ni aku memang suka gelarnya "suka makan" plus "suka cuba sumthin' new" dalam bab makan-2 ni. No wonder la kalau keluar dengan dia, aku memang akan kuat makan.

Restoran SS2 Murni kot kalau tak silap aku nama dia. Kedai kecik biasa but punya tempat makan yang sangaaaaaaaaaaaaaat panjangnya. Hard to explain. Korang pergi sendiri dan rasainya. It is de most crowded restaurant in de whole of SS2. Owh kitorang memang makan MEE RAJA. Order 2 pinggan makan 3 orang. Enough, urm maybe full house ! Heeeee..... Mat rempit tegar AGS tu order western food - Chicken Chop Special !


Ok ! Macam biasa la.
Disebabkan terlampau lapar, kami lupa amek gambar.
Hehehehe ... Atas ni rupa depan kedai tu

Yang ni la rupa MEE RAJA. Sedap ?
Aku bagi 5 star !
Gambar dua ni aku pinjam dari blog Jacqueline

Perut dah kenyang kami mula jalan balik. Tapi bukan jalan balik ke rumah ok ! Kami merempit lak ke dataran. Mat rempit tegar WVE yang jadi pemandu pelancong. Tengah sonok menyelit bagai tengah KL tu, ada roadblock lak. Apa kan daya. Weekend. Tambah lak malam tu warga KL bertambah dengan orang-2 Terengganu Kelantan yang turun padang.

Seronok sangat dapat merempit tengah bandar KL malam-2. Sesetengah jalan sesak, menjerit-2 la aku sebab takut langgar side mirror kete orang. Dalam pukul 2 pagi la gak baru kitorang sampai rumah.

Penat, sakit pinggang, tengok mat-2 rempit, penyokong-2 Terengganu kibarkan bendera, mat-2 RELA join merempit sekali, semua tu pengalaman dan ini satu-2 nya aktiviti yang tak pernah terlintas aku nak buat dalam sepanjang hidup aku ni. Tapi aku berjaya buat !

Seronok dan teruja !

p/s : owh ... agak-2 nya kalau bakal mak mertua aku tau, err dia terkejut tak bakal menantu dia begitu ?

June 8, 2011

.bila kawan korang dengki



Korang ada tak kawan-2 yang macam aku cakap tu? Kalau ada, penah tak korang rasa macam nak lempang diorang laju-2 ? Aku bukan takat kata nak lempang je, rasa nak tarik-2 je idung dia pulas tinge sebab keje dia yang dengki mendengki tu. Geram!

Kalau dulu masa sekolah aku ada gak kawan yang macam ni. Alah masa sekolah-2 menengah dulu kan kita familiar dengan istilah 'pulau' ni.

Pulaukan si A sebab si B cerita something kat si C yang buatkan si C ni meluat kat si A. Boleh paham ke? Bedal la ye. Pastu si C ni pulak yang kaki dengar je bertindak maha bijak dengan terima bulat-2 apa yang si B ni cerita tanpa selidik dulu. Jadi tinggal la si A yang terpinga-2 tak tau ape salah dia. Padahal yang sebenarnya, si B tu memang simpan dengki kat si A tu sebab si A tu ada apa yang si B tak ada.

Tapi kalau zaman sekolah dulu, situasi ni tak dikira hebat sebab masing-2 otak sweet lagi, tak matang. Kadang tak boleh nak beza baik buruk satu-2 keputusan dan tindakan tu. Tapi kau kalau dah besar panjang dah tahap boleh panggil mak orang bapak orang korang boleh wat perangai camni lagi apa kes!

Kalau korang sorang pekerja yang diterima baik kawan-2, bos-2 dan mesti akan ada hati-2 yang dengki. But dengki tu dapat diterima kalau dia begini :

"Eh, dia ni bagus betul. Semua orang suka. Dia buat keje pun bagus. Aku nak usaha la jadi macam dia."

Tapi bila dengki tu datang macam ni :

"Hish semua orang suka dia. Macam la dia tu buat keje bagus sangat, Aku ni tak bagus ke? Aku pun bagus gak la. Tak boleh jadi ni. Aku mesti wat sesuatu biar orang lain pandang aku bagus dan pandang dia teruk."

Harus la korang buat sesuatu. Kalau tak mahu tunggang terbalik hidup korang sebab masa tu akan ada mata-2 memandang dengan penuh makna dan sok sek belakang yang arghhh tak sanggup nak dengar!

Tapi harus la kena caranya. Kita tak boleh la nak ekut cara dia yang penuh kedengkian tu. Apa caranya?

Sabar

Tarik nafas dalam-2 dan bersabarlah. Bila kita sabar, hati kita tenang. Bila hati kita tenang, baru la kita boleh fikir rasional. Bila dah boleh fikir rasional, kita akan tau yang dengki dia tu salah dan kita kena halang kedengkian orang tu dari merebak macam virus yang boleh rosakkan hidup kita.

Lawan dengan Psikologi

Aku penah baca. Umpamanya macam sorang kanak-2 bila diejek dia beri reaksi marah, melenting dan nangis-2, esok2 nya dia akan tetap diejek lagi. Dan kalau kanak-2 ni dia beri respon yang rileks je dan tak ambek kesah, lama-2 orang mesti tak ejek dia dah. Maksudnya, jangan ambik kesah langsung apa dia kata dia buat, anggap la dia tak wujud depan mata, lama-2 dia akan rasa dia tu and apa dia cakap tu tak penting tak bagi effect langsung kat kita. Mesti pastu dia yang akan terasa. Apesal budak ni rilek je aku dah bagi dia hangin pun dia ok je!

Selagi kita amek kesah selagi tu la dia seronok dan kita la pulak yang akan sakit hati melayan dengki dia yang takkkan penah sudah sebab selagi dia tengok kita dah hancur sikit dia takkan teragak-agak nak hancurkan lebih.

Redha, Tenang dan Buat yang Baik dan Betul

Macam mana? Korang buat macam biasa je. Korang teruskan apa pekerjaan dan perbuatan baik yang korang buat selama ni. Kalau masa dan saat tu, ada makhluk-2 Tuhan lain yang dah mula pandang korang serong, perli korang dengan ayat-2 yang korang tak fahami, tetapkan hati redha lah. Kadang-2 kita tak perlu nak pergi jelaskan kat orang-2 tu duduk perkara sebenar, dan bagitau korang bukan macam ni macam tu tapi orang tu yang buat cerita bukan-2. Percayalah! Diorang takkan dengar and percaya. Even diorang dengar pun, diorang takkan percayalah.

Korang biarkan aje keadaan macam tu. Memang sakit awalnya tapi percayalah sakit tu takkan lama bila orang-2 tu datang balik pada kita dan cakap :

"Weh beb. Sorry la. Aku salah sangka kat kau ..bla....bla...bla...bla...bla...bla..."

Sebab masa tu diorang baru tau cerita sebenar. Masa tu korang akan senyum lebar la! Sebab korang tak payah bersusah payah nak explain merayu-2 kat diorang supaya dengar and percaya ape korang cakap. And de best thing is, korang pun tak turut memburukkan diri dan orang lain.

“Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120)

Post ni tak dituju kepada sesiapa. Aku pun share apa yang aku penah rasa dulu dan dari pengalaman kawan-2 je. Hope kita tak tergolong di kalangan insan dengki ni dan harap post ni dapat membantu la sket sebanyak untuk korang-2 yang jadi mangsa orang dengki keji ni untuk korang terus tabah! Ini hidup kita kan. Persetankan diorang yang perangai macam setan ntah hape-2 tu.

Sekian. Babai.