June 15, 2011

JPA bekukan pengambilan kakitangan awam : kenapa aku baru tau ye

Mesti korang nak cakap yang aku ni tak ekut perkembangan semasa kan ? Baru aku sedar yang aku ni tetiba jadi katak bawah polistrin... Haish ape nak jadi la dengan aku ni. Wake up ! Kena gerak pantas sket and be more creative ok !

Aku ade dah dengar pasal ni dalam bulan lepas kot. Tapi masa tu aku buat tak reti je. Tadi aku dengar lagi pasal ni. Sampai umah je terus aku google cari pasal cerita ni. Haish tak terlambat lagi la rupanya aku ni. JPA telah umumkan pemansuhan semua jawatan kosong (jabatan kerajaan) berkuatkuasa 1 Jun hari tu hingga Ogos. So semua urusan pengambilan dibekukan kecuali jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik.

Pembekuan pengambilan ni merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Dalam waktu ekonomi sekarang yang agak tak stabil, kadar pengangguran yang tak berkurangan, hurm apa agaknya yang akan jadi kan ? Mungkin kerajaan ada sesuatu yang diorang rangkakan untuk kita.. Mungkin.. Lagipun sehingga Ogos je. Apa-2 pun harapnya akan ada berita baik untuk semua.

p/s : entry ni tak ade gambar la kan. apa yang korang nak tengok kan. logo JPA ? haish tak perlulah kot. cukup dengan kata-2.

June 13, 2011

Kau ingat kau bagus !

Kau ingat kau bagus sangat ke ??!!

Muka cantik otak KOSONG !!

Delete aje la FB kau tuh !

Berlagak ingat kau femes sangat !

Ke mana hala tuju blog aku

Assalamualaikum bloggers

Ini entry khas aku buat untuk semua orang tau apa pekdah nya untuk korang dan aku sejak terbinanya blog aku yang tak seberapa ni. Ada yang buat blog untuk bisnes, untuk bagi maklumat kat orang tak kesah la pasal jawatan kosong ke, petua-2 ke, macam-2 la kan dan aku buat blog ni sekadar suka-2. Suka-2 macam mane tu ?

Blog ni aku buat untuk aku luahkan and ceritakan apa yang aku rasa yang aku tak mampu nak luahkan dengan bersuara pada someone. Dari dulu, aku memang tak pandai nak cakap itu ini cerita itu ini kat sape-2 pun. Kenapa ntah. Tapi lepas aku kenal dunia blog ni, aku rasa seronok lak. Bagaikan satu diari yang kita boleh hiaskan ia, contengkan ia tanpa batas ! Owh ada batas nya. Asalkan korang tak masukkan isu-2 sensitif, yang melanggar undang-2 dan agama, should be fine !

Senang cerita, aku klasifikasi kan blog aku ni sebagai blog peribadi yang akan sepenuhnya aku cerita hal idup aku la kan but semua orang boleh baca.

Hey kau ! Kalau dah blog peribadi, kenapa perlu bagi orang baca ?

Lagi bagus orang baca. Mungkin ada pengalaman hidup aku yang boleh di jadikan pengajaran untuk orang-2 kat luar sana tu. Dan maybe aku akan provide sikit-2 pasal certain-2 information ke kan. Hey beb, semua orang perlukan pendapat, guide. Berblogging ni la salah satu medium perantaraan (ayat skema ok !) yang sangat-2 membantu kan.

Sesetengah blogger kadang-2 buat post pasal sesimple-2 benda ! Dan korang tau tak, mungkin masa tu kita rase benda tu alahai..... kecik punya pasal pon nak nak buat entry ke. But tanpa kita sedar benda tu nanti banyak bantu kita. 2 3 patah perkataan je pun tapi bila kena masanya ayat-2 dia tu la yang sangat-2 menusuk kalbu beb !

Aku memang tak kesah sangat dengan semua blog yang kadang-2 or kebanyakkan nya yang aku jumpa sket-2 cite pasal pakwe dia. Pakwe dia itu, pakwe dia ini. Pastu cerita pasal orang tu, pasal orang ni. Pedulik la. Dia tak kacau hidup korang pun. Blog dia, suka hati dia la nak cite ape pon. Tak suka jangan baca ! Setuju ?!

Sedar tak sedar kita pun selalu gak jumpa jenis -2 orang yang diorang cerita tu. Betul tak ? Kadang aku suka aku baca, kalau tak suka aku tutup. Kita ada hak beb ! Button (x) kaler merah ade hujung belah kanan tu, gunakan !

Macam tu la yang aku mintak kat korang. Kalau suka blog aku, bacalah. Kalau tak suka, tutuplah. Tak yah follow. Aku tak kesah pun. Aku lagi suka kalau korang suka baca apa yang aku tulis kat sini.