August 15, 2011

.dengan baju hujan tanpa baju hujan

credit picture : cherrybam

Jumaat lepas KL hujan. Aku tak pasti seluruh KL atau ada certain-2 tempat je. Yang aku pasti Sg Besi hujan, dekat 2 jam aku terperuk dalam opis dengan kilat sabung menyabung kat luar. Nak balik gerun! Nanti ada yang tak pasal-2 paper besoknya keluar pasal aku yang dipanah petir. #Sigh

Kalau bukan bulan pose, hujan-2 camtu seronok duk lepak-2 sambil minum kopi makan goreng pisang. Hadoi nikmat tol! Dalam kepala ni dah bergenang air hujan, dah jammed.

“Hape la aku nak makan berbuka ni karang! 
Nak pi bazar ramadhan dah hujan lebat lak. Dah kompem kuyup neh!”

Kenapa kuyup? Sebab aku naik moto. Even jarak umah aku dengan opis dekat tapi sebab hujan ni terlampau lebat peluang sangat tipis la kalau nak sampai  rumah tanpa basah kuyup.

“Itu la gunanya baju hujan. Apa hal kau naik moto tak de baju hujan”

Baju hujan pointless! #cuma pada aku. Ada atau tak baju hujan aku still kebasahan. Orang kata:

“Pakai baju hujan tak la basah sangat.”

Ye betul! Kalau korang pakai baju hujan satu set dengan seluar, aku yakin yang tu memang selamat. Paling teruk pun ade la setompok dua je basah kat baju. Aku ni berbaju kurung. Kalau aku nak pakai baju hujan macam tu, cuma baju je aku dapat sarung. Seluarnya? Al-kesahnya, atas tak basah, bawah lak yang basah.

Ada satu baju hujan tu yang macam kot labuh tu. Pakai yang tu, aku sangat tak selesa. Mengganggu pergerakan kaki aku.Silap-2 aku jatuh moto nanti.  Dan aku pasti kena hujan jugak. Basah jugak aku.
credit picture : weheartit

At the end memang sampai sekarang la aku tak pernah pakai dan tak pernah ada baju hujan. Orang lain aku tengok elok je pakai. Pada diorang, biar basah sedikit, jangan basah lencun. Tapi pada aku alang-2 dah basah sedikit, biar basah lencun. Baru ROCK!

p/s : Aku kena beli kereta la kan.

August 13, 2011

dah lama menyepi

Hello bloggers !

Memang aku dah sangat lama menyepi kan ? Agaknya busut anai-2 yang menempek kat blog aku pun dah tinggi melangit. Bukan tak nak berblogging, tapi dah hampir putus asa bila nak edit-2 blog ni asek tak jadi je. Mengetap bibir gak aku geram dengan coding. Macam mana la korang-2 boleh mengadap lama nak edit blog. \alamak korang memang kompem terer la kan/

Sekarang tengok ade perubahan tak ? Beshnya aku dah berjaya ! Even tak secantik shomel macam orang lain memadai la korang senang baca. Haaa sedap mata memandang la..

"Macam la blog kau santek sangat !'

Kalau tak cantik pada mata korang, sorry la banyak-2. Takat ni je yang aku mampu buat.

August 1, 2011

Dah start puasa dah!

Hari ni dah mula umat Islam seluruh dunia berpuasa.. Ada yang dah nak berbuka dah kot sekarang. Tapi orang-2 kat Malaysia ni masih ade beberapa jam lagi la nak berbuka. Ni first time aku merasa berpuasa dalam suasana baru, tempat keje baru. Tak de lagi la merasa jalan-2 ke bazar ramadhan belakang opis dulu. Dan tak de lagi la pi nge'date' dengan orang tu kat bazar ramadhan. Sob..sob..sob..!
Owh ye. Kepada semua bloggers dan seluruh umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa ye!

Sama-2 la kita tempuhi Ramadhan kali ni dengan penuh bermakna. Jangan ponteng puasa! Heee....