November 19, 2012

.aku terima nikahnya | majlis akad nikah

Assalamualaikum w.b.t

4 bulan dah berlalu, aku dah sah menjadi isteri kepada sang suami terpilih. Eceh! Gila lama baru aku nak update entry pasal ni ek. Eh ok kot sebab kitorang masih dalam mood bulan madu.. Hu hu hu..... Aku pilih tarikh 6 dan 7 Julai sempena birthday arwah abah. Mengingatinya dengan menjadikan haritu istimewa untuk aku. Kali ni kita review untuk majlis akad nikah dulu ye..

Serius banyak benda nak kena buat. Ambik masa berbulan-bulan, setiap hari memang tak lepas aku punya checklist. Yup! Checklist tu memang banyak membantu. Tak rugi buat seh. In fact, buku tu masih ada lagi aku simpan termasuk segala-gala bil dan resit beli barang-2 tau. Yang paling best aku berjaya guna semua source yang ada, untuk jadikan majlis aku tu yang paling indah walaupun bajet ciput. He he he.........

Majlis Akad Nikah | 6 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta


 Bertemakan warna grey untuk baju nikah. Masing-2 muka dah cuak ok. Ya Allah, Tuhan je yang tau debar ni. Fuh...fuh...fuh....



 Bakal Suami...eh Encik Suami yang tenang melafaz kan akad. Abang aku yang paling kuat kot debaran nya. Maklum la first time bertugas sebagai wali. Terima kasih banyak-2 ye abang! Menggalas tanggungjawab abah dengan penuh dedikasi.



Batal air sembahyang. Aku dapat gelang emas. Bukan la mahal sangat pun. Cukup la ada sebagai harta pertama suami letakkan pada aku. Untuk dia, hanya cincin yang tak ternilai harganya. =)


Haaaa....... Lelaki perasan hensem. Serius! Serius dia memang kuat perasan. Oh ada aku kesah??? Ye..! Sangat aku kesah sebab telinga ni kerap dengar : Abang hensem kan? Iyaiiii......


Dress yang simple, tapi pada aku ok je. Memang yang simple yang aku suka. Ramai tanya, kenapa tak nak buat baju nikah sendiri. Tak nak la. Nanti bila lagi aku nak pakai. Cukup la untuk aku yang cut cost ni, sewa je baju. Murah! Dan berbaloi.


 Keluarga sebelah perempuan. Semua ada. Terima kasih sangat-2!







 Keluarga sebelah lelaki. Juga semua ada. Dua-2 family cuma tinggal mak!

Wah...cukup lah setakat ni. Mata dah berat tanda mengantuk. Cukup jugak la dengan gambar-2 ni ye. Esok-2 kita sambung lagi untuk majlis dua-2 belah pihak. Ringkas! Cukup ringkas kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku tak punya bajet berpuluh ribu untuk buat majlis gilang gemilang. Ini saja yang termampu setakat yang arwah abah tinggalkan untuk aku. Ini pun dah lebih dari cukup!


Gambar terakhir untuk tutup post ni. Juga gambar pertama sampai pada pandangan mata aku selepas majlis selesai. Eh boleh review pasal persiapan aku sebelum majlis kat sini ye : 


# Rindukan encek suami. 2 minggu dia tak ada, pergi kursus...sob...sob...

November 17, 2012

.sayang....bukan susah pun nak habiskan duit...

Assalamualaikum w.b.t

Tolong jangan ajak or bawak aku pergi kedai-2 yang comey-2. Habis kopak duit laki aku nanti. Hu hu hu..... Harini pergi Tokutokuya. Dah lama teringin sangat nak pergi Tokutokuya. Asyik dengar kakak dengan anak buah cakap je. Berjaya jugak pergi akhirnya. Macam mana rupa Tokutokuya???? Tokutokuya tu sama je macam Daiso dan 100Yen. Yang penting aku tak pulang dengan tangan kosong. Ha ha ha........ 






















Beli ni je? Ye... Ini saja.... Cukup! Nanti boleh pergi dan habiskan duit lagi. Tak lari pun Tokutokuya tu. Abis kuat pun bankrap, tutup! Tengok...obses pada warna pink takkan pernah pudar ok! Padahal kat rumah dah ada pun kitchen scissors tu. Warna hitam. Memang tabiat suka membazir lah kan. Tak kira, janji comey. Belakang yang terselit tu, bekas untuk minyak masak. Tak jumpa warna pink, aku ambik warna putih.






















So cute! Suka aku! Tak sabar nya nak masuk rumah dan mengemas. Aku rasa selagi tak balik Seri Iskandar ni, mau macam-2 lagi aku nak borong ni. Hah, sorry la suami, saya excited sangat-2! Teeeheeee...... 

# Mmmmmuuummmmuuummm........... Siyes rasa nak pergi lagi !

November 16, 2012

.saya cuti sebulan...ada siapa-2 nak jealous tak ???

Assalamualaikum w.b.t..........

Pertengahan bulan November yang indah. Masa ni orang tengah sibuk bekerja, aku tengah sedap goyang kaki sambil online. Senang hati kau ye Peah.....! Ni la padahnya bila medical check up tak complete lagi. Pergi lapor diri, kena reject pulak. "Cik punya medical check up tak complete lagi la. Nanti 16hb baru datang balik ye." Aku dah buat semua urine test dengan x-ray. Cuma tak jumpa doctor je lagi. Appointment aku 8hb. So terpaksa la tangguh lapor diri tu. Memang prosedur kerajaan macam tu eh sekarang? Nampak sangat jakun nya aku ni... Apa pun tak boleh !

Hurm tapi ok jugak sebab boleh la tolong-2 suami kemas rumah yang tak macam rumah tu. Ok! Sambung cerita...... Bila sampai 8hb tu, aku berkobar la ke hospital. Nape entah semacam gila teruja lak nak ke hospital, konon dengan yakin medical check up aku akan complete by that day. Berharap aje la. Bila sampai je kat sorang nurse ke ape entah, dia reject aku punya form, atau dalam erti kata yang sebenarnya dia suruh turun balik buat blood test! Masa register untuk medical check up dulu tak ade pulak dia suruh buat blood test. Hantu kacang botol sungguh!

Argghhhh....! Benci gila seh, sebab tau dah kalau dah kena buat blood test bermakna aku kena tunggu beberapa hari nak dapatkan result tu. Bermakna appointment aku dengan doctor akan ditangguh pulak. Semangat teruja aku hilang terus bila dapat tarikh appointment baru 19hb November. Macam mana aku nak lapor diri lagi kalau jadi macam ni. Nak tak nak, aku kena terima jugak la sebab itu tarikh paling awal dapat sebab minggu sebelum tu doctor ramai cuti. Oklah kan! Nak buat macam mana lagi.

Balik tu, contact la tempat aku patut lapor diri. Syukur la diorang masih terima aku dan benarkan aku lapor diri awal Disember nanti. Parah jiwa aku macam ni. Harap sangat next appointment ni tak ada ape-2 masalah dah. Secara tak rasminya aku pun dapat la cuti sebulan pasal aku dah berhenti keje hujung bulan Oktober haritu...!!!!! Best kan????? Goyang kaki la lepak kat rumah tapi gaji tak ada. Owh yang tu tak berapa nak best!


















Nak jugak letak gambar yang dah tentu tak ada kena mengena. Ok! Nak tengok rumah bersepah??? Silakan........ Sebab aku dan suami dalam proses mengemas lagi ni. Mengecat rumah tak habis-2. Nanti dah cantik, aku upload ye!

# Suami bising la...sakit mata agaknya bila masuk rumah semuanya warna Pink! Dari dinding, langsir, perkakas rumah dan kalau boleh peti ais, mesin basuh dengan tv sekali nak tukar warna pink..... Oh suami, sila lah paham isteri mu nan satu ni. He he he.......