Assalamualaikum w.b.t..........
Pertengahan bulan November yang indah. Masa ni orang tengah sibuk bekerja, aku tengah sedap goyang kaki sambil
online. Senang hati kau ye Peah.....! Ni la padahnya bila
medical check up tak
complete lagi. Pergi lapor diri, kena
reject pulak.
"Cik punya medical check up tak complete lagi la. Nanti 16hb baru datang balik ye." Aku dah buat semua
urine test dengan
x-ray. Cuma tak jumpa
doctor je lagi.
Appointment aku 8hb. So terpaksa la tangguh lapor diri tu. Memang prosedur kerajaan macam tu eh sekarang? Nampak sangat jakun nya aku ni... Apa pun tak boleh !
Hurm tapi ok jugak sebab boleh la tolong-2 suami kemas rumah yang tak macam rumah tu. Ok! Sambung cerita...... Bila sampai 8hb tu, aku berkobar la ke hospital. Nape entah semacam gila teruja lak nak ke hospital, konon dengan yakin
medical check up aku akan
complete by that day. Berharap aje la. Bila sampai je kat sorang nurse ke ape entah,
dia reject aku punya form, atau dalam erti kata yang sebenarnya dia suruh turun balik buat blood test! Masa
register untuk
medical check up dulu tak ade pulak dia suruh buat
blood test. Hantu kacang botol sungguh!
Argghhhh....! Benci gila seh, sebab tau dah kalau dah kena buat
blood test bermakna aku kena tunggu beberapa hari nak dapatkan result tu. Bermakna
appointment aku dengan
doctor akan ditangguh pulak. Semangat teruja aku hilang terus bila dapat tarikh
appointment baru 19hb November. Macam mana aku nak lapor diri lagi kalau jadi macam ni. Nak tak nak, aku kena terima jugak la sebab itu tarikh paling awal dapat sebab minggu sebelum tu
doctor ramai cuti. Oklah kan! Nak buat macam mana lagi.
Balik tu, contact la tempat aku patut lapor diri.
Syukur la diorang masih terima aku dan benarkan aku lapor diri awal Disember nanti. Parah jiwa aku macam ni. Harap sangat
next appointment ni tak ada ape-2 masalah dah. Secara tak rasminya aku pun dapat la cuti sebulan pasal aku dah berhenti keje hujung bulan Oktober haritu...!!!!! Best kan????? Goyang kaki la lepak kat rumah tapi gaji tak ada. Owh yang tu tak berapa nak best!
Nak jugak letak gambar yang dah tentu tak ada kena mengena. Ok! Nak tengok rumah bersepah??? Silakan........ Sebab aku dan suami dalam proses mengemas lagi ni. Mengecat rumah tak habis-2. Nanti dah cantik, aku upload ye!
# Suami bising la...sakit mata agaknya bila masuk rumah semuanya warna
Pink! Dari dinding, langsir, perkakas rumah dan kalau boleh peti ais, mesin basuh dengan tv sekali nak tukar warna pink..... Oh suami, sila lah paham isteri mu nan satu ni. He he he.......