Assalamualaikum w.b.t..........
Pertengahan bulan November yang indah. Masa ni orang tengah sibuk bekerja, aku tengah sedap goyang kaki sambil online. Senang hati kau ye Peah.....! Ni la padahnya bila medical check up tak complete lagi. Pergi lapor diri, kena reject pulak. "Cik punya medical check up tak complete lagi la. Nanti 16hb baru datang balik ye." Aku dah buat semua urine test dengan x-ray. Cuma tak jumpa doctor je lagi. Appointment aku 8hb. So terpaksa la tangguh lapor diri tu. Memang prosedur kerajaan macam tu eh sekarang? Nampak sangat jakun nya aku ni... Apa pun tak boleh !
Hurm tapi ok jugak sebab boleh la tolong-2 suami kemas rumah yang tak macam rumah tu. Ok! Sambung cerita...... Bila sampai 8hb tu, aku berkobar la ke hospital. Nape entah semacam gila teruja lak nak ke hospital, konon dengan yakin medical check up aku akan complete by that day. Berharap aje la. Bila sampai je kat sorang nurse ke ape entah, dia reject aku punya form, atau dalam erti kata yang sebenarnya dia suruh turun balik buat blood test! Masa register untuk medical check up dulu tak ade pulak dia suruh buat blood test. Hantu kacang botol sungguh!
Argghhhh....! Benci gila seh, sebab tau dah kalau dah kena buat blood test bermakna aku kena tunggu beberapa hari nak dapatkan result tu. Bermakna appointment aku dengan doctor akan ditangguh pulak. Semangat teruja aku hilang terus bila dapat tarikh appointment baru 19hb November. Macam mana aku nak lapor diri lagi kalau jadi macam ni. Nak tak nak, aku kena terima jugak la sebab itu tarikh paling awal dapat sebab minggu sebelum tu doctor ramai cuti. Oklah kan! Nak buat macam mana lagi.
Balik tu, contact la tempat aku patut lapor diri. Syukur la diorang masih terima aku dan benarkan aku lapor diri awal Disember nanti. Parah jiwa aku macam ni. Harap sangat next appointment ni tak ada ape-2 masalah dah. Secara tak rasminya aku pun dapat la cuti sebulan pasal aku dah berhenti keje hujung bulan Oktober haritu...!!!!! Best kan????? Goyang kaki la lepak kat rumah tapi gaji tak ada. Owh yang tu tak berapa nak best!
Nak jugak letak gambar yang dah tentu tak ada kena mengena. Ok! Nak tengok rumah bersepah??? Silakan........ Sebab aku dan suami dalam proses mengemas lagi ni. Mengecat rumah tak habis-2. Nanti dah cantik, aku upload ye!
# Suami bising la...sakit mata agaknya bila masuk rumah semuanya warna Pink! Dari dinding, langsir, perkakas rumah dan kalau boleh peti ais, mesin basuh dengan tv sekali nak tukar warna pink..... Oh suami, sila lah paham isteri mu nan satu ni. He he he.......
Bercuti di Cameron Highlands
8 years ago
0 update status ツ:
Post a Comment