August 7, 2012

.Diari Ramadhan Seorang Isteri

Assalamualaikum Bloggers............

Kalau tak silap aku, hari ni  genap la 18 hari kita berpuasa kan dan selama 18 hari ni, aku dapat la rasa 2 kali berbuka bersama-sama Encek Suami. Walau pun duk jauh, bukan penghalang untuk kami berbuka dan bersahur bersama. Aku sangat-2 menghargai kesanggupan Encek Suami datang jauh-2 ke KL semata-mata nak spend masa dengan isteri tercinta dia ni. Hu hu hu........... Ini yang buat sayang lebih ni =)

Sempena Ramadhan ni, banyak sangat dah doa aku moga kami dapat tinggal bersama. Mana lagi tempat yang layak untuk seorang isteri kalau bukan di sisi suaminya kan.... Tapi takdir dan rezeki belum ada lagi. Mudah-mudahan cepat la aku boleh balik Ipoh.. Lagi bagus kalau dapat tempat keje dekat dengan suami. Sian jugak kat Encek Suami. Dah kawin tapi mcam tak kawin je... Semua kena buat sendiri... Sabar ye Encek Suami ooii..........

Orang baru kawin ni, memang selalu jadi bahan kan. Selalu jugak aku kena dengan kawan-2. Rugi kawin kalau duduk jauh-2. Apa yang ruginya aku tak tau la. Yang aku tau, kalau korang duk kat tempat aku, meh sini aku bahan korang pulak. Rasakan apa yang aku rasa selama ni dengan kata-2 korang tu. Cakap banyak sangat kan...! 


' Encek Suami dan Sofea '

'Ya Allah, mudah-mudahan di bulan ramadhan yang mulia ini, aku menerima khabar gembira buat aku dan suami. Semoga khabar gembira itu dapat membahagiakan dan mengukuhkan lagi hubungan kami suami isteri dunia dan akhirat. Amin......'