September 26, 2012

.rasa teruja pulak tengok baby

Assalamualaikum...

Dua tiga minggu ni rasa teruja je tengok baby. 
Tambah pulak dengan anak buah aku si Mikhail tu. 
Haiyoh... Rasa nak geget-2 je pipi tu.
Tembam dan gebu dan comey sangat.
Lagi besh bau dia...
Owh bau baby yang sangat ohsem....!



September 23, 2012

.kecik betul hati aku

Assalamualaikum...

Entah kenapa hati aku sayu je semalam ingatkan Encek Suami. Cepat je aku post kan kat wall FB dia ' Bila kita nak jumpa lagi =( '. Kadang-2 aku macam kuat je nak terima suami aku jauh. Pergi keje macam biasa, balik keje masak basuh baju bagai. Macam dulu-2 masa bujang. Tapi semalam terasa sangat-2 rindu tu.

Mesti sebab aku terasa lama lagi kitorang akan jumpa. Last jumpa, kitorang dah plan, nak jumpa lagi awal bulan Oktober. Kali ni aku mintak dia duk lama sikit kat KL. Selalunya kalau Encek Suami datang, tido semalam dah nak balik. Kali ni aku susah payah pujuk dia dan dia setuju duk lama sikit dengan syarat aku pun kena ambik cuti.

Hati dah macam bunga kembang setaman dah nak ambik cuti. Senyum tu tak payah cakap la, memang melebar je sampai tak nampak telinga. Masuk opis je Selasa lepas, terus kecewa. Hancur luluh hati aku ni. 

"Kita akan ada bengkel ye 3-5 Oktober sekali dengan kursus 1-10 Oktober. Semua kena terlibat. Cuti dibekukan"

Cuti dibekukan!



Benci betul aku! Selalu bila time aku nak amek cuti ke, nak bersenang lenang dengan suami ke, mesti jadi macam ni. Dugaan betul! Encek Suami tenang je bila aku cakap pasal hal tu. Takpe je dia kata. Kita oleh plan balik. \ Alahai... Tenangnya awak. Kenapa kita tak boleh macam tu ye. /

Petagang semalam Suami call. Bagitau dia ada family day 9-10 Oktober tu. Dan lagi sekali, aku tak boleh nak cakap ape. \ Ah...Kenapa la perlu macam ni.. / Dah tentunya aku tak boleh nak pergi. Kenapa dan kenapa la diorang ni suka nak buat segala-galanya serentak. Dah tau staff kurang tapi still nak kami terkejar-kejar nak uruskan 3 or 4 event dalam satu masa. Penat la macam ni..... Sangat penat!

September 21, 2012

.seronok tengok orang nak pergi Mekah

Assalamualaikum...

Isnin lepas masa seluruh warga Malaysia cuti sempena Hari Malaysia, kitorang satu family bangun awal, semangat nak menghantar Kak Dik dan suami ke Kelana Jaya. Kalau dah ke Kelana Jaya tu apa lagi, dah sah-2 kami menghantar orang pergi Haji. Dah sampai pun waktu diorang pergi Haji ek. Teringat masa aku dulu-2 pergi buat Umrah dengan Mak dan arwah Abah..hu..hu..hu rindunya................






Baru sampai, kitorang ambik masa bergambar dulu sebelum nak daftar. Bertolak lambat pagi tu, jam 7.00 pagi tapi Alhamdulillah, jalan tak berapa sesak jadi kami sampi awal. Nasib baik bukan hari kerja, kalau tak mesti stuck dalam jem punya.





Semua gambar yang diambik sepanjang duduk kat Kompleks Tabung Haji. Sangat ramai orang. Masa kami sampai pun dah berapa buah bas dah bergerak hantar jemaah ke KLIA. Aku ambik masa isi masa lapang dengan ambik gambar banyak-2. Dah la tak sempat sarapan, sangat lapar...... Haiyoo.....




Ha....................! Ini adalah post terbaik mak! Cayalah mak, tak dapat ambik gambar ayu, gambar brutal pun jadi la....




Abang yang gigih membantu mengurungkan beg dalam karungnya. Masa dah daftar, diorang ade bagi karung macam net basketball tu untuk ikat luggage plus sticker untuk lekat pada luggage.




Tepat jam 8.30 pagi, pengumuman untuk jemaah Haji pun kedengaran. Dah sampai waktu untuk jemaah Haji group 3 hari tu untuk masuk dewan. Lepas je dari pagar tu, bermula la perjalanan diorang. Sob...sob...sob.... Rasa bahagia sangat tengok orang dapat pergi Haji. Tapi yang tak tahan bila tengok anak kesayangan diorang la meraung peluk Ayah dia. Huhu...........

Buat Kak Dik dan Suaminya, semoga selamat perjalanan pergi dan balik, semoga diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang berada kat sana dan semoga ibadat ini diberkati dan diredhai Allah.....



 Eh................owh suami saya pun ada sekali. Terima kasih sebab selalu ada disisi. =)

September 20, 2012

.Lain orang lain bahagianya

Assalamualaikum


Lama tak menaip kat blog ni. Dah banyak entry aku terlepas. Dari entry kawin, entry raya sampai kakak aku nak pergi Haji, semua tak ada. Hai…. Bila la rajin aku ni nak datang nak letak semua-2 entry tu. Entry kali ni, aku nak cerita pasal bahagia je. Kenapa BAHAGIA ??? Sebab ada orang pernah tanya aku soalan ni :



“ Tak pe ke duduk jauh-2 dengan suami? Bahagia ke? Tak sedih, kecewa, sunyi ke? “

Dan macam-2 la lagi. Oh ye, sejak aku kawen ni, aku dan Encek Suami masih berjauhan. Aku kat KL dan dia kat Perak. Bukan tak nak tukar, tapi dia prefer duduk Perak. Senang nak tengok mak kami berdua memandangkan mak kami berdua ni ibu tunggal. Aku dah cuba cari-2 kerja area Perak terutamanya Ipoh tapi sampai sekarang tak ada rezeki lagi.



Bahagia

Macam mana korang definisikan bahagia tu?? Setiap orang bahagia dia lain tau. Orang kata duduk di sisi Suami, itulah bahagia. Habis tu kalau kes macam aku ni, Suami jauh, boleh katakan aku tak bahagia la ye...??? Ada pulak orang kata, bahagia tu bila kita banyak duit. Yang kurang duit tu, mesti korang tak rasa bahagia kan. Bahagia tu pada aku, tak boleh nak ukur. Setiap orang rasa bahagia dia beza-2. 

Jauh

Berjauhan macam ni bukan penghalang untuk kami berdua bahagia. Bahagia tu tetap aku rasa walaupun aku dapat jumpa dia sekali je dalam sebulan. Itu pun dah cukup untuk aku. Tambah lagi aku tau, kasih sayang dia pada aku tak pernah kurang, InsyaAllah..... Perhatian yang Encek Suami bagi pada aku, even jauh pun memang tak pernah sikit pun kurang. Kalau dulu, masa bercinta setiap saat dia call, sekarang pun masih sama.

Kalau nak cerita lebih pun tak boleh jugak. Usia perkahwinan aku masih muda. Baru nak masuk 3 bulan. Tapi aku tak nak apa yang kami dah mulakan, apa yang kami dah bina bersama, kami tinggalkan macam tu je. Biar jauh tapi ikatan tu kukuh. Masa ni la kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan kitorang teruji. Pedulikan apa orang kata. 

"Kau baru kawen 3 bulan. Tengok je la setahun nanti. Jangan kata nak mesej, nak call pun payah. Dah call pun belum tentu dia angkat"

Persetankan semua tu dan PERCAYA je pada Encek Suami. Kenapa??? Dia jodoh yang aku pilih kerana redha pada Allah. Duduk sebumbung pun tak mustahil kalau pasangan kita curang. Tapi aku percaya......percaya......dan percaya sepenuh hati aku. InsyaAllah, andai goyah pun, usaha, doa, redha dan tawakal tu jugak la aku bawak. Tapi mudah-mudahan tak datang la ombak laut tsunami melanda rumah tangga kami... Fuhhh.......fuhhh.......fuhhh....... Amin....!

Kalau nak tanya aku sekarang :

"Bahagia tak aku dengan perkahwinan ni ?"

"Bahagia tak aku punyai suami seperti dia ?"

"Bahagia tak aku dengan kasih sayang dan perhatian dia ?"

Dan jawapan aku tetap :

" YA "


September 3, 2012

dah canggih ko sekarang ye Jah.....

Toleh kiri kanan, semua pakai handphone canggih sekarang ye... Kalau tak main game, mesti tengah online. Kalau tak ber'TWEET mesti tengah ber'FACEBOOK..... Pastu mula gelak sengih sorang-2. Dasat penangan handphone sekarang kan.. Aku bukan pencinta handphone canggih manggih ni. Setakat lepas mesej, call, ada kamera cantik, music sedap, aku belasah tu je. Tapi..................tapi..................lepas tengok kegilaan orang lain dengan Android, aku pun memulakan kegilaan aku kat Encek Suami mintak dia belikan handphone sebegitu juga.
\ Kejam tak aku sebagai isteri ??? Tidak bukan....hehehe.... / 

Nak handphone canggih, ayat pujuk pun mesti canggih kan... Dek kerana kecanggihan ayat aku, aku pun berjaya mendapatkan handphone tu. Orang lain pakai Samsung atau HTC, aku ni masih setia dengan Sony Ericcson. Belum lagi mahu curang. Tak la secanggih mana. Aku beli yang biasa-2 saje. Eh...bukan aku beli tapi Encek Suami.

Xperia Ray

Ye betul... Itulah rupa bentuk handphone baru aku. Hensem bukan??? Sangat-2.... Harga dia dalam RM700 je. Ok la kan.... Kalau setakat nak beli handphone, aku takkan spend duit sampai seribu kot untuk beli handphone even bukan guna duit aku. Gadget yang satu ni cepat sangat bergerak... Jap je dah keluar model baru. Dah nanti aku terhegeh pulak kat Encek Suami mintak belikan lagi. Kokak jugak Encek Suami aku nanti.



Zylo

Ni handphone yang lama. Bencinya aku pada handphone slide ni sebab dia cepat sangat rosak. Screen blank hitam tapi yang lain ok. Cukup setahun aku pakai, dia jadi macam tu lak. Hadoyai. Yang ni pun Encek Suami jugak yang belikan.

Dan sekarang hati aku boleh la beriang gumbira meng'online kan diri melalui handphone sahaja. \ Jahanam bahasa kau Jah /. Dan aku mula buat perangai masa raya haritu. Sambil tolong mak kat dapur sambil tengok cerita Keluarga Iskandar kat YouTube via handphone aku... Hai lah......