April 26, 2012

.Bride To Be : Fasa 2

Sob...sob....sob.....petang ni sayu sangat. Office-mate dah mula cuti esok, siap mintak half-day tadi, nak beli barang untuk terakhir kalinya sebelum balik kampung. Oh dia nak kawen dah. Hujung minggu depan. Bila tengok dia berkobar, muka ceria je nak kawen dah ni, aku pulak yang lebih debarannya. Banyak lagi yang nak kena prepare ni.

Last week, pergi shopping. Target :

Nak tingkatkan peratusan proses kerja-2 kawen! 

Alhamdulillah, langsir mak dah siap. Kitorang ke Nilai 1 ambik langsir mak, sambil-2 cari kain untuk baju kurung mak. Dah penat keliling Nilai 1, kain yang dicari banyak tak berkenan. Hari memang dah panas tahap dewa! Nasib baik anak buah 'tergedik-gedik' sangat nak pergi Ice-Room. Lega sikit hati dan badan yang panas ni.


Seronok betul tengah panas-2 tu makan ice-cream! Memang 'lebur' terus la diet aku hari tu even aku kongsi makan ice-cream pun.



Ini Hazelnut Ice-cream... Aku tak tau la betul ke tak nama dia, tapi siyes aku muak sangat-2 makan ni.. Eh tapi yang sedapnya ice-cream ni dia letak benda bulat-2 macam agar-2 tu... Tu je aku makan lebih.. Ice-cream tu aku makan rasa-2 sikit je... Muak!



Ini Vanila Strawberi. Sedap! Even aku tak suka vanilla dan strawberi. Rasa masam manis-2, tapi bila makan banyak, aku rasa muak dan sangat-2 dahaga! Haish..! Memang tak seronok pun makan ice-cream kalau tengah panas. Air masak gak yang indah!



Muka anak buah aku yang puas sebab akhirnya dapat jugak pegi Ice-Room setelah beberapa kali cubaan mengajak kitorang tak berjaya. Hehehehe...........



Halus kan? Sangat tak terasa bila masuk dalam mulut.

Dah seronok makan ice-cream kitorang mulakan balik pencarian kain untuk mak. Dua tiga kedai jugak la masuk, akhirnya dapat jugak kain warna coklat, Sweet sangat untuk mak! Harap mak suka! Tapi kan mak, bukan duit orang la mak, kak dik yang belanja!



Kotak dah dapat! Tak sangka akhirnya dapat jugak kotak yang sweet sangat dengan harga yang murah, masih dalam bajet! Aku dan kakak-2 aku dah separuh mati nak mencari kotak nak letak gelas yang kitorang borong hari tu.

Finally, kakak aku pun suka dan aku bertambah la sukanya sebab murah! Jatuh satu kotak tu RM0.45 je. Bapak gila murah pada aku la sebab kitorang dah banyak survey, kadang aku tak suka, kadang kakak aku tak suka. Tapi yang ni bersuka-suka la kitorang berdua. Dan dia PINK!

Yang tak beshnya kotak ni last stok diorang. Stok baru tak sampai lagi, kitorang dah borong habis pun, tetap tak cukup. Ada lagi separuh kena beli. Nak kena datang lagi la nampaknya. datang dan borong lagi! Promise!



Ini? tak ada dalam perancangan. Tapi terbeli! Huk huk huk! Memang dah lama cari pun sebab earphone sedia ada dah lama rosak. Dah serata tempat cari headphone ni, tapi semua warna tak besh. dapat jugak akhirnya warna putih yang diidami. Owh kalau boleh tetap nak warna pink!

April 22, 2012

.lontong kuah lemak rebung???


Gambar pinjam dari AymyWithLove


Terlewat breakfast hari ni. Terpaksa combine kan sekali dengan lunch. Selalu hujung minggu kan mesti jadi macam tu. Esok dah kahwin buat perangai macam tu, mak mertua halau la jawabnya. 

Aku on diet, ambik nasi sikit dengan tauhu cina tu, sambal sotong sikit. Brother kedai tu datang, kakak aku berdua dengan abang ipar pesan roti canai. Anak sedara aku pulak pesan lontong. Part ni paling besh bila lontong sampai, kitorang nampak rebung dalam tu. Haish! Resepi baru lontong ke?

Budak tu rasa sikit, pastu dia tolak tepi. Memang pelik la rasanya sebab pakai kuah lemak rebung. Kakak kedai tu datang nak kira, kitorang pun cakap la pasal lontong tu. Memang habis la brother tu kena sembur. Termangu-mangu terkemut-kemut jugak la dia sebab bagi orang makan lontong dengan kuah lemak rebung!!!

Alahai bang! Tolong la jangan daif sangat bang! Beza sangat kuah lemak lontong dengan kuah lemak rebung! Aku tak tau la brother tu baru bangun tido ke, baru putus cinta ke, sampai pening macam tu sekali. Sungguh ke tak kenal tak perasan langsung bezanya ataupun memang tak pernah kenal kot lontong tu macam mana rupa.

Oh Lelaki.....!

April 20, 2012

.Bride To Be : Fasa 1


Nak kahwin, macam-2 nak kena buat. Nak tempah itu ini, nak beli goodies, hantaran, nak buat kad, nak menjemput orang, bla...bla...bla.... Setakat ni 2 officemate aku dah selamat pun. Lagi 2 bakal menyusul dan paling last aku la. Plus minus tinggal 2 bulan lagi dan hampir 50% je baru siap. Itu pun main agak je, ntah-2 baru 20% kot.

Sekarang tengah pening pasal photographer. Tak dapat lagi yang berkenan kat hati. Bila dah jem kepala ni tadi, last-2 aku pas kat Encik Tunang sebab malas nak pikir. Dia kata ok! Done! Biar dia uruskan pulak..hehehe... =)

Dah cari goodies nak bagi kat tetamu. Simple and low budget. Mak punya cadangan semua ni, dia mintak bagi gelas atau cawan. Senang kata mak. Bagi barang tu, tak membazir, orang boleh guna. Aku ekutkan aje. Asalkan tak lari budget cukup la. Sekian lama mencari akhirnya.................................

tadaaaaaaa.......!


Punya banyak kedai aku masuk, aku cari, kat IKEA ni jugak aku jumpa gelas tu. Yang beshnya sebab harga dia tersangat la murahnya berbanding gelas-2 yang aku jumpa sebelum ni.



Oh ye.... Aku memang borong dengan banyaknya. Bila dah dikira-2, gelas ni jatuh satu harga dia RM0.82. Tak ke murah tu? Yang lain, aku dapat harga lebih dari RM1 untuk gelas yang tebal macam tu. Kalau nak yang murah ada la, tapi nipis. 2 troli kau aku borong! Depan ni ha, belakang tu aku punya jugak.



Dalam tiap kotak ni ade 6 gelas.



Simple je kan? Aku memang harap dapat yang macam ni, tak semak. Just nice! Kalau yang datang tu ada mak ayah, kakak dengan laki dia, abang dengan bini dia, kan dah cukup satu set gelas ni kau dapat. Dah dapat gelas, misi mencari kotak pulak lepas ni. Tak ada idea lagi, cuma nanti dah pergi survey, baru dapat kot nak yang macam mana. 

Semalam turun ke jalan TAR, dengan harapan dapat la cadar yang diinginkan. Masuk kali ni dah 3 kali aku turun ke Jakel jalan TAR tu nak cari cadar. Actually dah dapat masa first day pergi, dah berkenan sangat-2 dah kat cadar tu, sweet dan simple sangat tapi bila kenangkan harga dia takut terover bajet, aku pun balik la dengan perasaan yang hampa. Dan tak sangka pulak dapat rezeki (kakak bagi dana la.....) dan dengan senang hati aku turun Jakel tu balik.

Dah sampai, budak tu pulak kata, cadar tu dah tak ada la kak. Dah jual! Aiseh, sangat-2 kerugian! Tu yang semalam cuba jugak datang, dan dapat jugak akhirnya. Thanks akak-2 Jakel sebab bagi murah even dah abeh sale pun!


Cadar cotton warna krim. Saya suka mak pun suka!



Oh ! Sila abaikan rumah yang bersepah itu. Gelas dan cadar je yang berjaya beli. Yang lain masih dalam perjalanan!

Eh, jap! Kad kahwin dah tempah la!



Serius cantek dan cute yang ni! Dah lama cari design-2 macam ni sebab aku tak suka yang biasa orang buat tu, macam elegan sangat kan. Aku suka yang just nice, simple macam ni. Siap ada katun-2 lagi. Dan harga dia murah. Kurang sangat dari bajet aku! Dulu hampir putus asa jugak nak dapat yang besh simple macam ni tapi murah. At last, alhamdulillah..... Tuhan permudahkan segalanya!



Another one! Sweetnyaaaa........! Berminat? Kalau korang jenis suka macam ni, boleh la intai-2 facebook Idea Grafik ni. Ni kira aku nak promote jugak la. Sebab aku suka sangat design dia! Kena dengan jiwa. So kad aku ni on the way. Masih dalam pembikinan. Tak sabar pulak nak tengok sendiri punya kad even aku tau dah design yang sama jugak. 

Eh ? Aku tak amek design dua atas ni. Design kad aku, mesti la RAHSIA.......

April 19, 2012

.yummy : Bila Perut Lapar, Macam-2 Bayangan Ada

Kenapa ada gambar makanan yang sebegitu banyak hari ni ??????


Food Court IKEA



Tako Tao - Jusco mana-2 pun ada



Ikan 3 rasa - Abdullah Chan Bangi



Butter Prawn - Abdullah Chan Bangi



Nasi Arab - Al-Ulfah Ampang


 

3/4 Quarters Chicken - Nandos mana-2 pun ada

Ini la padahnya bila perut terlalu lapar. Nak balik makan...Huaaaaaa.....!


.yummy : Eksotik Tapi Menyelerakan!

Aku masak sambal terung!!! Yummy ~~~~
Ces...ingat aku tak pandai masak ke? Ni ikut resepi pengasuh anak kakak aku, dia orang indonesia. Tapi tak ada beza sangat pun dengan resepi mak aku. Cuma mak rebus terung tu tapi sang pengasuh ni dia goreng. Yang aku masak ni aku goreng terungnya.


Tengok! Eksotik dan menyelerakan bukan!? Tak ramai yang suka makan sebab diorang cakap terung ni angin. Mak aku cakap semua tu permainan minda semata-mata..! Setakat yang aku makan ni, tak ada la pulak sakit rasa berangin badan la, sakit kepala la. Tak ada! Tak tau la pulak aku kot depends pada orang kan. Yang penting rasanya YUMMY!

April 18, 2012

.bertunang sudah, kahwin nya bila???

Ramai yang dah tanya aku, BERTUNANG SUDAH, KAHWIN NYA BILA ?

Biar aku nak jawab sekarang. Tarikh yang dirancang dan dipersetujui kedua keluarga sepatutnya bulan 5 ni.  Tapi.........Abah baru meninggal, mak dalam 'Iddah lagi. Kenduri kena la tangguh kan. Ralat sangat rasa hati bila kenangkan pasal benda ni. Tapi sikit pun aku tak boleh nak salahkan takdir. Ini yang Tuhan dah atur dan tentukan dalam hidup aku. Aku redha dengan pemergian abah. Tangguh la kahwin camna pun, tapi tanpa abah segala-2 nya rasa kurang.

Bila dah discuss dengan family aku dan family belah Encik Tunang, kitorang decide akan buat kenduri sebelum raya mungkin dalam bulan 7. Tinggal lagi 2 bulan dan semuanya in progress. (^_^) Alhamdulillah...

Abah, walaupun tanpa kehadiran Abah, segala-2 nya kami akan buat sama macam yang abah rancang dan mahukan.

April 16, 2012

.seorang lagi Hamba Allah telah pergi

Daripada Allah kita datang dan kepada Nya kita kembali


Salam takziah buat keluarga arwah Lt Kol Izaidi di atas pemergiannya pagi tadi.
Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-2 yang beriman.
Al-Fatihah

April 15, 2012

.jantung hati yang dah pergi

17 Februari 2012
7.00 petang

Abah pergi tinggalkan kami. Selamanya........


Note : Tak ada cerita panjang. Doa saja yang mengiringi abah saban waktu, semoga tenang dan bahagia disana, disisi Allah s.w.t. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman. Amin......

Sayang Abah!

.bila 'PINK' menguasai duniamu

Obses dengan PINK ??? Tengok ni...





Alamak... Tak sukanya bila tengok semua ni. Berdebar-debar, teruja, gila... Argggghhh!!!
Cute + sweet sangat-2.


Tak dapat yang Nikon tu, yang ni pun jadi la... Sony Cyber-Shot TX10. Pink jugak kan..!

Credit to Encik Tunang.. Gigih menemani dan melayan kerenah budak 'ni' pegi cari camera..!