June 28, 2013

.petua mudah bersalin

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu lagi dah nak masuk 36 minggu. Fuh cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru je doctor scan sahkan aku pregnant. Tup-2 dah nak dekat bersalin dah ha. Kalau orang tanya la kan apa perasaan aku saat ni, aku cuma mampu jawab, penat + mengah ! Tak larat dah rasanya walaupun saiz perut aku kecik je. Takut tak nak bersalin ? Hurm.......... Kadang rasa jugak perasaan tu tapi tak lama. Mungkin sebab tak rasa sakitnya lagi, tak dapat nak bayangkan. Mudah-mudahan selamat la semua. Amin.....

Ni ada beberapa petua yang aku baca hasil dari blogwalking he he he..... Dalam duk penat-2 ni, kalut jugak aku cari petua-2 mudah bersalin ni. Aku tempek kat blog aku pulak, esok-2 boleh review balik.

1) Telur Ayam 
Ada yang bagitau, telan telur ayam mentah di hujung-2 kehamilan. Ada jugak yang tulis amalkan telur separuh masak untuk bagi tenaga. So boleh pilih kot yang mana rasa boleh ambik. Dua-2 ni aku tak buat. Rasa meloya je tekak nak telan.

2) Minum Air Kelapa

Owh yang ni memang feveret. Dari kandungan aku 5 bulan lagi aku dah amalkan cuma tak kerap. Aku ambik seminggu sekali. Dah hujung-2 ni je baru aku amalkan seminggu 2 kali. Elok untuk mencantikkan kulit bayi. Orang tua-2 kata, nak bagi hilang kerak-2 terutamanya kat kepala dia.

3) Makan Sayur Bendi

Yang ditulis dalam kebanyakan blog, sayur ni mengandungi lendir. Lendir ni membantu memudahkan bersalin.

4) Makan Kurma

Yang ni terbukti memang baik untuk badan. Kurma bagi tenaga. Memang elok untuk kita lagi-2 kalau dah sakit nak bersalin. Nak makan memang tak lalu, jadi ambik la kurma. Lebih elok ambik dalam kuantiti ganjil.

5) Amalkan Surah atau Ayat-2 Al-Quran

Antaranya Surah Maryam, Doa Nabi Yunus dan sebut kan "Ya Fattah" berulang kali semasa sakit nak bersalin tu untuk kurangkan sakit bersalin dan cepatkan bukaan.

"Doa Nabi Yunus"


6) Minum Air Selusuh

Lebih baik kalau suami sendiri yang buatkan air selusuh ni. Tak ada pulak aku mintakkan suami yang buat. Mak pun tak pernah cakap apa-2 pasal ni. Even kakak aku bersalin pun dai tak ada buat air selusuh. Mungkin dalam family aku, memang tak ada yang amalkan.

7) Minum Milo + Marjerin

Milo dibancuh dengan 2,3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.

8) Minum Air Akar Fatimah

Rebus akar fatimah tu dan minum airnya. Ada yang kata, air rebusan tu diminum bila dah rasa sakit nak bersalin tu.

9) Senaman Ringan

Antara yang paling mudah nak buat adalah banyakkan berjalan. Kalau bab berjalan tak ada masalah kot untuk ibu mengandung. Memang masing-2 kuat berjalan shopping rasanya termasuk aku he he.... Atau pun, duduk bersila, temukan kedua-2 tapak kaki, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina. Boleh juga buat ni, duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding. Kemudian berdiri perlahan-lahan dan buat sekerap yang mampu.

10) Kerap Bersama Suami

Bila kandungan dah mencecah 36 minggu, keraplah 'bersama' suami. Seminggu 2,3 kali ke....he he he.... Bersama suami ni selusuh terbaik untuk memudahkan laluan.

11) Air Hujung Rambut

Petua ni kawan aku bagi. Dari mak dia. Petua orang tua-2. Lepas mandi, rambut tengah basah-2 tu, lurutkan rambut dari atas sampai ke hujung dan isap airnya. Niatkan dalam hati macam mana mudahnya air tu mengalir turun dari rambut, mudahkan anak yang akan keluar nanti. Dan jangan lupa selawat. Rambut tu pulak jangan la lurutkan sampai secekak. Pegang dalam secubit je.

12) Air Lebihan Suami

Minum air lebihan yang diminum suami. Aku tak tau la apa kaitan nya tapi memang dari dulu, air yang suami minum, air tu jugak yang aku minum.

13) Minta Ampun, Maaf

Wajib walaupun bukan saat-2 nak bersalin je. Minta ampun, maaf pada suami, mak ayah kita dan mertua. Mudah-mudahan selamat semua. Doa dari diorang-2 ni la yang sangat-2 kita perlukan saat-2 getir bertarung nyawa.


Itu saja yang aku berjaya cedok + kutip. Ada penambahan lagi ? Mana la tau, mak-2 korang ada lagi petua-2 lama yang boleh diamalkan. Boleh la nak share-2.

June 27, 2013

.susu kambing elak baby 'jaundice'

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Sejak dah disahkan pregnant, aku rajin survey-2 susu apa yang terbaik untuk aku minum masa pregnant. Tanya kawan-2, tanya kakak, macam-2 jenis susu diorang suggest untuk aku. Last pesanan diorang mesti cakap, ikut tekak kau jugak la mana yang kau boleh telan. Haish !

Kawan aku suggest Anmum... Dari yang kakak aku bagitau dan aku baca pengalaman orang, susu ni dia buatkan baby besar. Aih tak mau la sampai anak aku besar sangat nanti. Tapi kawan aku bersalin, tak besar mana pun anak dia. 3kg pun tak sampai. Kakak aku dulu minum susu Dutch Lady kotak tu je. Itu yang sedap pada tekak dia. Siap promote lagi kata minum la susu Dutch Lady, nanti anak putih gebus macam anak dia. Boleh caya ke ?

Ada jugak aku try minum Dutch Lady tu. Tapi tekak tak boleh terima langsung. Tambah pulak aku ni morning sickness teruk. Minum je muntah. Bila muntah tu, bau dia rasa dia Ya Tuhan.......... Dah macam bau susu basi dah. Melekat je kat tekak ni. Last-2, aku telan pil kalsium je, Amway punya. Lega ! Tak mau pikir pasal susu.

Masuk 5 bulan pregnant, suami ada belikan susu kambing Hi-Goat. Peh ! Kalau dah namanya susu pun susah telan, inikan pulak ada tambahan nama kambing. Mau kembang kempis hidung aku nak telan susu tu. Dalam otak dah bajet, kompem bau kambing punya ni. Suami dah beli, siap bancuh lagi sua kat muka aku, takkan aku nak buat-2 tak tau. Aku ambik jugak dengan harapan kejap lagi dia blah, kalau aku teguk sikit tak sedap, aku ingat nak curah je dalam sinki.

Tapi sikit punya bagus suami aku ni tunggu aku minum susu tu. Hai la suami, jangan la mendera isteri mu ini sangat.

"Cepat la minum... Macam mana rasa dia..."

He eh.... Dia pulak excited. Kalau nak rasa, minum sendiri la. Tapi tak terluah pulak kata-2 tu. Hati suami kena jaga beb ! Isteri solehah katakan.... ! Aku buat hati kering teguk jugak la susu tu. Eh........eh........... Sedap la susu ni. Tak manis sangat, tak lemak sangat dan pastinya tak bau kambing. Ha ha ha........ Sedap weh..... Rugi pulak aku tak minum dari awal dulu.






















Tengok...! No Goaty Taste. Aku je yang poyo kan. Salah satu reason suami aku beli susu ni pun sebab dia nak elakkan baby dia kena jaundice nanti. Bab ni aku tak tau la betul ke tak keberkesanan nya. Yang aku tau, aku darah O, suami pun O. So kebarangkalian anak nak dapat jaundice sangat tinggi. Tapi kakak ipar belah laki aku amalkan susu ni masa dia preggy anak no 2. Memang anak dia tak kena jaundice. Keluar pun kulit putih gebu je. Betul la tu kot.

Ni kira aku usaha dan tawakal je. Mudah-mudahan anak tak kena jaundice la. Suami la risau sangat. Dia cakap tak sampai hati dan sayu je tengok baby kena cucuk-2 kat tangan ambik darah. Ok baik abg! Dan dia sambung lagi......

"Mana tau dapat pakej sekali, anak keluar kulit putih gebu bersih je...."

Ha ha ha............... Statement tak boleh blah langsung. Ye abg, saya tau la kita dua ni memang mendung kulitnya. Haish.......!

June 26, 2013

.semuanya untuk anak Ibu

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..... Dah selesai semua urusan interview Pembantu Penguasa Kastam 24 Jun 2013 haritu. Tak sangka, ni lah first time pergi interview, semua staf dia, dari yang susun kan fail sampaikan ke pengiring pun baik-2 dan ramah-2. Ahli panel dia pun sama, baik dan peramah sangat-2. Selesa betul dapat interview macam tu. Ada rezeki nak dapat kot ni????? Aminnnnnnnnnnnn................................................................. Ibu buat semua ni untuk anak ibu =)

Semuanya berjalan lancar even ada jugak soalan-2 yang tak dapat aku jawab dengan BAIK ! Uhuk.... Gelabah punya pasal aku lost semua fakta. Mudah-mudahan tak berkurang la markah aku. Last sebelum keluar, aku mintak ampun mintak maaf je kat panel-2 berdua tu sebab aku lost. Aku doakan yang baik-2 aje. Dah buat dan beri yang terbaik. Mudah-mudahan ada rezeki ni, memang rezeki anak ibu la =)

# Doakan aku ye kawan-2 !

June 19, 2013

.check up : 32 minggu

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Sejuk beku rasanya opis ni. Bos tak ada harini. terasa kemeriahan nya walaupun sebenarnya sunyi sepi. Pagi tadi pergi check up kat KKIA Seri Iskandar. Dah 32 minggu @ 8 bulan sudah. Kejapnya masa berlalu. Dan hari ni jugak last aku minum air gula yang sangat yummy tu...! Kembang kuncup rasanya tekak ni. Hadoi....!

Barang-2 baby dah hampir 95% siap. Tak sabar rasanya nak tengok si kecik ni. Si kecik yang tak begitu meragam dan selalu duduk diam dalam perut ibu. Alhamdulillah, segala-galanya ok. Tunggu 11.07.2013 ni pulak. Doctor nak scan, nak tengok baby. Jangan nakal-2 ye!

# Demam....! Ikut rasa hati nak ambik cuti je. Kepala berat sangat.

June 11, 2013

.yummy : Nasi Kandar Simpang Ampat

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Tiap kali balik Penang, perut comel aku ni takkan pernah kosong dan lapar. Penang ni bagi aku syurga makanan lah ! Mungkin sebab mak ayah memang asal dari Penang. Kami adik beradik ni memang dah terbiasa membesar dengan cara masakan dan rasa makanan dari Penang ni.

Restoran Nasi Kandar Simpang Ampat ! Salah satu tempat favourite yang family aku akan pergi tiap kali balik Penang. 


Credit picture : Cherish Every Cherry

Puas aku godek album-2 dalam kamera, album-2 abang aku, aku tak jumpa la gambar yang kitorang capture sendiri. Agaknya lapar sangat kot, lupa sungguh nak ambik gambar. Teeeheeeee.......
So inilah kedai tu. Nasi kandar ni agak famous jugak. Bagi yang tak tahu, kalau datang Penag tu sila cuba ye ! 

Sangat sedap. Masakan kari dia tak terlalu heavy macam mamak-2 style tu dan tak pula terlalu light. Aku selalu pilih lauk gulai or kari burung puyuh. Yang tak makan burung puyuh tu, ada choice lain macam ayam, daging, ikan, sotong dan udang. Daging masak hitam dia pun sangat sedap.

Lokasi dia kat Simpang Ampat. Dari Highway Plus Utara-Selatan, exit dekat Bukit Tambun-Batu Kawan-Simpang Ampat. Dari traffic light, ambil kiri ke arah Bukit Mertajam. Terus je sebelum sampai simpang ke kiri ada traffic light ke arah Bukit Mertajam, ada satu kawasan lapang macam parking kereta di sebelah kanan dan ada kedai-2 makan. Kat situ lah tempatnya.

June 6, 2013

.mari mendobi baju baby sesi 2 ツ

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Lepas habis satu sesi yang patutnya tak perlu berulang lagi, kini aku kembali dengan sesi kedua bila........er bila ibunya galak shopping tak hengat dunia. Owh sangat ohsem duniaku. Aku tak berani nak cakap lagi ni sesi dobi terakhir. Macam bakal ada lagi sesi dobi baju dan lagi dan lagi je. Hai la ibu. Bila nak berhenti membeli ni. Padahal, sebelum ni aku dah buat lagi satu sesi mendobi. Tapi basuh barut je pun. Malas nak ambik gambar =)



Mula-2 rendam baju. Pastilah pakai sabun Kiddie Wash tu. Sabun tu dah nak habis. Nampak sangat banyaknya baju aku basuh kan. Baldi hijau tu aku beli khas untuk baby. Mula-2 nak ambik warna biru tapi tengok macam agak kusam so aku tarik la hijau. Bright sikit warna dia. Masa ni aku basuh kat rumah mak je. Senang.... Ada sinki, tak payah aku nak tertonggeng-tonggeng nak membasuh baju.






















Pemandangan tak berapa cantik tu sila abaikan ye. Ada napkin, blanket, mitten booties, baju-2 baby lagi dan semuanya yang aku beli sendiri. Tak sebanyak baju anak buah yang aku basuh sebelum ni.






















Tadaaaaaa................ Ni je yang aku beli ? Hai sangat la kedekut kamu wahai ibu. Boleh kira dengan jari tangan je ni. Tak payah campur jari kaki. Sangat sikit. Sob....sob....sob.... Tak kira ! Weekend ni nak beli lagi. Hoyeh-2....! Ni baru ada 8 pasang baju termasuk rompers. Tak boleh jadi ni. Kena beli jugak baju raya baby banyak-2.






















Yang ni koleksi stokin anak buah aku si Mikhail tu. Aku ambik mana yang masih elok je la. Kebanyakan nya dah berbulu dan kusam.Ibu dia bagi 1 plastik besar kat aku. Yang aku pilih-2 berapa pasang je pun he he he..... Aku pun dah beli 8 pasang stokin untuk baby. Nak dia pakai yang baru-2. Yang lama ni buat lasam hokeh !






















Er............................... Perlu ke aku fikir banyak kali sebelum shopping lagi ? Kenapa lepas kumpul-2 semua dia jadi banyak teramat ye ? Baju anak buah aku plus baju yang aku beli ni. Rasa-2 nya cukup tak takat ni je. Aku rasa boleh beli lagi ni ho ho ho....... Mari senaraikan :

Setingkat napkin
3 tingkat baju lengan panjang
4 tingkat baju lengan pendek
Setingkat baju yang aku beli
Setingkat tuala dan blanket
Setingkat barut
Setingkat topi
2 tingkat rompers
Mitten dan Booties yang aku beli dan yang lama

Agak dah cukup banyak tapi aku tetap nak shopping lagi. Apa salahnya kan. Kalau Suami geleng kepala, kita keluarkan duit sendiri. Nanti last-2 dia redha jugak. Ala Suami....please.....please....... Bukan selalu.



Alamak..............! Penuh satu tong dah. Tak muat lagi siap bukak beg pink tu sumbat. Memang membebel Suami bila tengok ni. Dia kata sampai dah penuh 1 tong lagi mau shopping ka ? Sok-2 boleh tukar baju baby 15 minit sekali sebab baju terlampau banyak. Keh keh keh....... Beg pink diapers beg tu aku beli lama dah. Nanti la aku masukkan dalam next entry ya......!

# Well.... Mak pun terkejut tengok dah penuh satu tong tu........ Siap warning aku lagi, jangan shopping lagi dah !

June 5, 2013

.Imigresen vs Kastam.... Mungkinkah?

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Fuhhhh.....! Seminggu lebih tak mengadap blog rindu pulak rasa. Badan-2 still rasa lemau lagi after balik dari Penang. Kerja punya pasal, gagahkan jugak lah ! Seminggu lebih duk dekat Penang, kerja, betul-2 memenatkan. Dengan bawak perut lagi, memang mengah dan mencabar sungguh. Hari-2 pulak tu tido lewat. Weekend ni nak cover tido balik. Penat......!

Pagi semalam, terkejut aku bila tengah-2 mandi, Suami menjerit panggil. Buang tebiat agaknya pagi-2 buta terjerit-jerit. Habis mandi, keluar je aku nampak dia depan pintu dah tersengih-sengih. Sepantas kilat dia bagitau aku dapat interview SPA, Pembantu Penguasa Kastam.

Dia check handphone aku rupanya.... Ada e-mail masuk, dia baca la. Oh...aku memang tak pernah nak ambik peduli kalau bunyi handphone tanda e-mail masuk. Tak puas kot mengadap baca e-mail dekat phone. Lagipun, aku bukan pakai internet, Wi-Fi semata-mata. Bila tempat ada je Wi-Fi, berderet-2 bunyi masuk. Last-2 aku padamkan aje. Nanti kat office la baru tengok.

Interview......... Pembantu Penguasa Kastam W17. Alhamdulillah. Mungkinkah rezeki anak?  Kalau jodoh kuat, memang rezeki aku, Suami dan anak, memang pakai uniform la aku camni. He he he..... Baru ngam Cik Abg Imigresen vs Cik Adik Kastam.
Mudah-mudahan ini yang terbaik buat aku, suami dan anak =)
Alhamdulillah..... Amin.... Syukur atas kurniaan-Mu ini.