December 12, 2012

.salah aku....semuanya salah aku !

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Tappp ! Dua modul berwarna biru setebal 1cm diletakkan atas meja aku. Betul-2 tepat depan mata aku. "Nah...ini ada 2 modul ni saya nak awak baca. Nanti dah habis baca bagi saya balik." Itulah ayat seorang lelaki yang aku kenali sebagai boss aku semenjak seminggu yang lepas. Tambah lagi 2 la sumber pembacaan aku nampaknya. *Sigh.... Sumpah aku rasa nak muntah!

Dah masuk minggu kedua aku kat tempat baru. Apa yang aku buat dari minggu lepas adalah membaca je. Muak! Aku rasa nak muntah je bila tengok lagi 2 modul atas meja aku tu. Entah kenapa, kali ni aku rasa aku dah buat silap BESAR. Sangat besar yang mungkin kalau lebih lama lagi aku akan menyesal. Kau tengok betapa besarnya huruf-2 tu, macam tu jugak aku nak gambarkan apa yang aku rasa.

Dari saat hari pertama aku datang sini, masuk office ni, aku dapat rasa awan mendung gelap gelita ada atas kepala aku mengekori aku tiap-2 waktu. Mendung dan suram je. Sungguh aku cakap, aku rasa jauh, aku tak punya chemistry. bila tiap hari aku datang office kan, aku rasa makin besar, makin jauh dinding-2 office ni nak pergi dari aku. Senang cakap, aku tak rasa sikit pun keserasian antara aku dengan office aku and even dengan jawatan yang aku duduk sekarang. Kenapa ye ? Takkan sebab fail-2 yang aku baca tu ? Bukannya aku tak pernah baca fail-2 setebal tu masa aku kerja kat lawyer firm dulu.

Aku cuba luah perasaan kat suami aku, dia cakap, maybe aku penat sangat kot membaca. Tu yang rasa semacam tu je. Sebab dia tau yang aku ni jenis memang tak suka membaca. Er....cuma suka baca novel je. Tak.....tak........! Sumpah tak! Aku memang rasa aku tak serasi dengan tempat ni. Kau tau, aku dah rasa aku ni macam minyak dituang ke dalam air. Kau tuang la berapa liter pun, minyak dengan air takkan bersatu, takkan serasi. Aku cuba jadi garam yang larut dalam air, dalam erti kata lain aku cuba serasikan diri, tapi lama-2 aku rasa berat sangat hati aku ni, meluap-luap rasa nak nangis.

Ya Allah..... Aku tak tau nak buat ape dah. Mungkin aku salah menduga, salah buat keputusan. Aku fikir aku akan lebih bahagia tapi tak sebenarnya. Pertama kali aku rasa, tempat ni jawatan ni, langsung tak sesuai untuk aku. Dan sekarang aku betul-2 terikat, buntu. Tiap hari aku berdoa moga Allah lapangkan rasa sesak hidup aku kat sini.


Ya Allah, kalau ini tak sesuai buat aku, keluarkanlah ia dari hidupku.... Dan datangkanlah padaku perkara yang lain.....

Jujur aku bagitau, aku tak ada back up plan. Walaupun ada 25 more letters, aku tetap tak dapat buat apa melainkan berdoa dan terus berdoa, moga akan ada keajaiban buat aku suatu hari nanti.

December 11, 2012

.patut tak aku rasa risau sekarang ?

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni genap 5 bulan 6 hari usia perkahwinan aku dengan suami. Dan adakah ini bermakna akan kerap kah orang datang pada aku sambil tersenyum-senyum dan dengan selamba pegang perut aku sambil berkata, "Dah ada isi ke ?". Oh my....... Adakah akan begitu ? Sebelum ni pun dah bukan main ramai orang buat macam tu kat aku. Dan pasti yang aku balas tetap. Tak ada lagi atau Belum ada lagi atau On the way.

Patutkah aku mula merasa risau ? Rata-2 yang usia perkahwinan diorang sama dengan aku, yang aku kenal semuanya dah berbadan dua, dah pregnant. Cuma aku je belum. Cousin aku yang kahwin lepas raya pun sekarang dah pregnant 2 bulan. Aduhai..... 

Pernah awal dulu, 2 minggu lepas kahwin, Miss P datang. Masa tu dalam hujung Julai. Kecewa sangat tu tak la. Tapi sikit-2 tu terasa jugak. Mengharapkan adalah benih-2 cinta kami bercambah, tapi tak ada. Takper lah. Bagi aku, owh mungkin awal lagi. Bila Miss P dah lewat sebulan, aku dah sangat teruja. Tapi bila buat UPT, negatif !

Awal Oktober Miss P pun datang. Hurm......... Tak ada rezeki lagi agaknya. Masih menanti lagi. Kesian jugak kat suami. Mengharap sangat ada zuriat awal buatnya. Hari ni, saat ni, waktu ni, Miss P belum muncul lagi. Tak nak buat UPT dah. Risau dan takut kecewa. Dan sangat-2 aku berdoa, biarlah kali ni ada. Sebab aku nak buat kejutan dan sebagai hadiah harijadi yang paling bermakna untuk suami !



 Impikan anak seCOMEL ni..... Mudah-mudahan... Aminnn........

December 3, 2012

.rasa sejuk menghasilkan rasa mengantuk yang hebat!

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Menghitung waktu lagi 55 minit untuk pulang. Aku memang suka menghitung waktu bila rasa sejuk bercampur bosan bertandang. Oh ye, hari ni first day aku di UiTM. Tak ada briefing yang panjang. Dari pagi tadi aku cuma menelaah satu fail sambil menjamu mata tengok student-2 lalu-lalang. Mengantuk sehhh..... Office sejuk, aku pulak lupa bawa blazer. Ah...padan la muka kau!

Iye! First day masuk keje tempat baru memang membosankan. Tambah bosan lagi, kalau kena pulak boss yang tak berhenti-henti briefing dari pagi sampai petang. Mengasak otak mengajar itu ini dalam masa sehari tu! Tapi Alhamdulillah.... Boss, staf-2 sini semua ok!

Hati aku penuh debaran ni menanti kerja apa yang bakal aku buat yang menunggu untuk menghentam aku sikit waktu lagi. Ya Allah, mudah-mudahan, rezeki baru aku ni lebih membahagiakan aku. Amin.....!