June 24, 2012

.apa dalam mulut kau tu dik...



Mikhail dah tumbuh gigi la asu... Sebab tu la Mikhail suka nak gigit-2 bantal busuk.. Hehehehe.....
Memang Mikhail suka gigit bantal busuk. Sampai meleleh air liur Mikhail kena asu tau. Isk...isk...isk...

June 16, 2012

.yummy : Makan Cendol Tengah-2 Panas Macam Ni Memang Indah

Dah macam jerebu je kat luar. Berdebu dan kelam je nampak. Panas sangat! Tetiba je teringatkan cendol waktu-2 ni. Indah kot kalau makan cendol... Lagi indah kalau makan kat bawah pokok, ditiup angin sepoi-2 bahasa Perancis. Peh!


Credit : WeHeartIt

Yummy !!! Tekak ni rasa gatal je nak makan cendol. Dah berapa hari dah asyik nak makan tapi tahan kan aje. Diet punya pasal. Mana boleh makan/minum benda-2 berais macam ni. Cerita pasal cendol ni, aku teringat dulu ada keluar TV pasal makan-2 ni. Dia ada tunjuk tempat jual cendol paling marvelous. Kat Seremban tempat tu. 


Credit : Ohh Wawa

See.... Yang ni aku rasa. Yang aku paling ingat, kalau nak tambah, tambah la banyak mana pun boleh. PERCUMA je ! Mana insan-2 yang jenis suka nak melantak lebih-2, jemput2 la pergi ke sana. \ Nak ekut logiknya, sapa larat nak telan air banyak-2.. Kembong perut rasanya / Aku tak pernah pun pegi sana. Sapa-2 yang pernah pegi sana, story la sket. Sedap tak ?? Selain dari yang PERCUMA tu, apa lagi yang special kat situ ??

Aku pernah pergi satu tempat ni je. Masa duk kat Perlis dulu. Memang glamour tempat ni. Fatin Corner kat Kangar. Rugi korang kalau pergi Perlis tak singgah makan kat sini. Macam-2 jenis cendol ada. Nasi ayam, laksa dengan bihun sup pun ada. Sedappp jugak...! Esok-2 pegi Perlis, dah tau dah nak pergi makan kat mana. Parking pun senang situ.



Ni kawasan kaunter dia. Banyak gambar dia gantung kat kedai. Macam-2 gambar la yang ada. Dah sah-2 semua tu gambar artis. Kalau ada gambar aku kat situ memang pelik la sangat. Harga berbaloi. Standard macam tempat lain jugak. Tak jauh pun dari pekan Kangar.


Credit : Lovely Shafa

Haish ye aku tau, depan dia tak berapa proper tapi aku tak tau la ni gambar lama atau baru. Dah bertahun dah aku tinggalkan Perlis tu, mesti dah banyak yang berubah kat kedai tu. Makin maju, takkan signboard tak mau letak yang besar kot. Nak tau, kena la pergi. Kan ???

June 15, 2012

.apahal suka warna pink ni

Jogging jom kawan-2 !!!! Semalam penat gila ber'jogging'. Sampai naik lenguh satu badan. Saja nak patahkan semangat aku je bila ingat sakit sangat satu badan. Agaknya dah sampai masa nak datang bulan kot. Itu yang sakit sangat satu badan ni.

Semangat aku nak berjogging ni dah ada lama dah. Sikit punya berkobar la semangat tu sampai aku beli kasut baru. \ Owh padahal nya kasut lama semua dah rabak gila. Tunggu masa campak lombong / 


Ok tak? Murah je. Aku beli jenama Power je kat Bata. Murah dan berbaloi. Aku bawak lasak pun, dia tetap kukuh. Korang mesti pakai jenama mahal punya kan. Koman-2 pun Nike. Orang selalu kata, mahal-2 pun berkualiti. Eh tak jugak la. Aku ada je kasut Nike, pakai tak berapa lama, dah rabak pun kasut tu. Power je kot yang aku rasa ok. Guna la macam mana pun, maintain bertahan lama. \ Alah cakap je la sebenarnya nanti kalau kasut tu rabak, murah sket nak beli yang baru /

Entah sejak bila aku minat warna pink ni. Hari tu beli kamera warna pink, ini kasut pulak. Eh ada lagi tau !!!


Tengok.... Banyak lagi yang akan menyusul tu !! 
\ Owh........ Kenapa ni??? Sejak bila yang fanatik sangat warna pink ni /

June 13, 2012

.exam oh exam......!


Dah setahun berkhidmat dalam pengurusan universiti, ni first time aku terlibat jaga budak-2 ni exam. Masuk petang ni kira 2 kali dah aku jaga exam. Jap lagi baru nak pergi. So aku decide tak pergi makan. Berdebarnya macam aku pulak yang ambik exam. Padahal Isnin hari tu dah jaga dah.

Oh kadet-2 sekalian, jangan meniru ye. Jujur pada diri sendiri. Agak-2 kalau tak boleh jawab tu, cepat-2 la keluar. 
Boleh aku habis jaga awal sikit !!! 

June 12, 2012

.perlu ke aku jogging?

Assalamualaikum w.b.t


Sekarang dah rasa cergas sikit. Aku dah mula jogging. Lepas berbulan aku rasa tension dengan kerja, sekarang baru rasa longgarnya segala urat sendi tekanan yang ada. Kalau aku tau dari dulu lagi aku start jogging. Tak la badan aku ni macam di pam-2. Haish..!

Dulu bukan tak nak jogging, tapi aku segan plus malu. Rasa macam aku ni je beria nak jogging tengah laman kawasan flat aku tu. Nak pergi taman, jauh kot. Nak jogging kat kawasan U, lagi lah aku malu. Budak kadet yang badan flat tough sume ada. Tetiba aku ni yang macam teletubbies pulak yang lari kat tengah-2 diorang tu.

Aku dah dapat port nak jogging sekarang ni. Kat kawasan perumahan teres dekat-2 dengan flat tempat aku tinggal. Suggestion by Encek Z, officemate aku. Jogging untuk sehat atau nak kurus??? Aku buat untuk dua-2 sekali. Biar dapat double..! Sehat, kurus dan sempurna.


June 4, 2012

.Bride To Be : Fasa 3

Salam Bloggers !

Majlis dah nak dekat. Tolak tambah bahagi darab, mau tinggal berapa hari je lagi. Persiapan?  Bila dah nak dekat  ni, baru terasa risau pasal semua benda. Khemah, hantaran yang  tak gubah lagi, goodies lagi. Eh....nak cerita pasal goodies sebenarnya. Ingat tak kotak yang aku cakap aku dapat murah hari tu? 

Actually, kotak tu aku baru dapat separuh. Masa aku beli tu memang stok banyak tu je. Aku dapat dalam 320 kotak je. Masih short 400 kotak. Kali kedua pergi Nilai, kedai tu belum restock lagi. Aku try cari kotak tu kat Ipoh. Survey satu kedai ni, memang takde. Tapi dia boleh tolong orderkan. Aku pasrah, memang mintak je dia orderkan sebab masa dah suntuk sangat. Takut nanti aku tak sempat nak ke Nilai lagi.

Last few days, tokey dia kol kakak aku tanya kuantiti dan nak bagitau harga. Siyes aku terkejut gila sebab dia hanya letak harga RM3.50 untuk satu paket yang ade 10 kotak pink tu! Dulu masa kat Nilai aku dapat RM4.72 untuk satu paket. Siap cakap lagi, kalau kitorang order lagi banyak, harga  boley turun lagi maaa.....Fuhhhhh!!!! Kalau aku tau, dari awal lagi aku ambik kat Cina ni. Penat aku pergi Nilai je harga mahal. Cait!



Kotak PINK punya pasal. Kotak ni untuk goodies orang-2 dewasa. Untuk kanak-2 aku ada buatkan yang lain. Tak bagi gelas tapi bagi coklat keropok macam tu la. Nak jimat lagi dan nampak sweet, aku buat goodies tu pakai brown paperbeg. Aku tak banyak idea dan tak la kreatif mana. So, bila aku Google, aku jumpa la beberapa contoh yang sangat simple dan senang nak buat. Yang penting sweet dan murah.



Nak buat yang macam ni. Guna brown paperbag dan dollie paper je. Mudah dan jimat. Sebab dua-2 nya murah dan senang dapat. Kat pekan Sg Besi yang kecik tu pun aku dapat cari barang-2 ni. Tak payah pergi jauh.

Dulu masa kenduri kawen, ada satu trend yang ahli keluarga akan pakai bunga kat baju diorang kan? Aku tak tau la kalau trend tu masih digunapakai sekarang sebab dah macam lama tak nampak. Mak mintak buat macam tu. Dan yang beshnya, kami tak pergi beli bunga tu tapi buat sendiri. Dan dah tentu bukan aku yang buat. Bertuah la kalau aku pandai buat macam tu.






Tadaaa.....! So sweet sebab masih dalam tema. Ni la hasil kerja tangan anak sedara aku yang baru lepas SPM tu. Ada beran mau pakai????

Dah awal bulan ni, kitorang dah mula mengedar kad. Awal-2 senang. Esok-2 takut aku pulak yang tak sempat.



Masih menulis. Aku siap beli pen marker khas, semangat nak jemput orang datang kenduri. Nak kad? Tinggalkan alamat ye...Hehehehehe........