May 21, 2012

.kenapa rumah aku kat tepi bukan di tengah

Baru perasan button home aku yang kat bawah tu dia duk tepi sebelah kiri. Kenapa ye? Runsing dah aku tengok semua code-2 tu tadi dengan harapan nak tukar dia ke tengah tapi tak jadi-2. Kenapa ni..

.kami si jejaka kacak dan si gadis cantik


Okeh! Dia bukan jejaka kacak dan aku bukan gadis cantik. Tapi kami tetap akan dapat anak yang cantik, comel, cute dan baik. InsyaAllah.

May 20, 2012

.jejaka kacak vs gadis cantik

"Nak menantu cantik / kacak... Nanti dapat la cucu cantik, comel...."

Dah rasa biasa sangat kan orang cakap macam ni. Konon kalau anak menantu cantik, dapat la cucu lawa.
Kalau anak dia sikit punya tak cun tak kacak, nak menantu kacak menantu lawa, boleh dapat ke tak?
Ye betul kalau ikut gen, mak ayah hensem ke comel ke, anak takkan lari la copy paste muka mak ayah.
Kalau lari jugak, itu dah jadi kes lain.

Tapi cantik ke hensem ke kan subjektif. Pada pandangan kita mungkin cantik, comel. Pada pandangan orang lain, belum tentu. Macam aku, kalau nak katakan KACAK tu adalah macam ni :







Owh semua nya hensem... Awesome! Pada aku yang tiga orang ini saja yang boleh aku kategorikan KACAK! Paras rupa superb, body superb, moral..... urm no komen!

See..... Kacak yang aku kategorikan kat sini hanya pada luaran. Ada sesetengah orang letakkan KACAK itu merangkumi segala-galanya. Termasuk la paras rupa, sikap, cara dia cakap, makan, jalan dan macam-2 la. Tapi tetap tak lari dari kenyataan yang semua orang tak sempurna. 

Macam tu jugak kalau cakap pasal cantik. Orang yang aku rasa cantik adalah ini :








Dan memang terbukti aku ni suka pandang yang indah-2 je. Haish.... Indah tu kan anugerah Tuhan. Pandangnya dengan rasa syukur. Ya! Syukur kerana aku jugak indah walau tak seindah mereka!

"Biar sedap di mata dan sedap di hati"

Jangan...............

"Sedap di mata tetapi sakit di hati....."

May 16, 2012

.51 hari lagi...sangat bahagia!

Sekarang dah pandai kira hari. Mau hari-2 jugak aku tengok kalendar. Sampai naik lasam la kalendar aku tu. Teruk sangat nampak aku yang tak sabar ni. Haish...!



Mr and Mrs by WeHeartIt

Gerun, risau, takut, bahagia pun ada. Rasa macam banyak lagi tak buat tapi  bila tengok-2 balik, banyak part yang dah siap sebenarnya. Makkkk tolong...! Risau pulak nak jadi bini orang. Nanti nak manja-2 dengan mak, mak kata ngada-2 pulak. Teruk betul anak mak ni.

Nak cari Mak Andam ? Klik sini :


Nak cari Kad Kahwin comel-2 ? Klik sini :


Nak cari photographer ? Klik sini :


Aku tak mencari kehebatan dan kemegahan tapi aku mencari kesempurnaan dalam kesederhanaan.
Moga aku diberi kebahagiaan dan dipermudahkan segalanya. Amin......

.my wordless wednesday # 4


May 10, 2012

.heartbeat : Sunan Musafir


Novel baru Ramlee Awang Murshid dah keluar! Haish, tak sabar nak pergi beli. Dah lama tunggu. 5 novel sebelum ni dah khatam banyak kali dah. Sambungan kali ni mesti awesome!

Tengok kat fanpage dia ramai yang komen terbaik. Ah memang selalu pun akan dapat komen macam tu. Jelesnya diorang dah baca even dapat jumpa Abang RAM sendiri. Arghhhhh.....jeles tahap dewa!

May 9, 2012

.inai bercorak, teringin nak pakai

Mak tengah pakai inai tu. Teringin pulak tapi dah habis. Oh mak, saja ye, tak mau bagi orang pakai. Sekarang dah jadi trend kan bila kenduri, pengantin perempuan akan pakai inai corak-2 tu. Teringin nak pakai tapi pernah timbul kisah pasal hukum-2 pemakaian inai bercorak ni. Masa tu aku dengar HARAM hukumnya. \Ouch...baru nak berangan/


Gambar cantik dari pakcik Google.

Baru-2 ni masa blogwalking, ada terbaca pasal hukum inai bercorak. Dan aku jumpa ini :


Sekarang, boleh mula berangan nak pakai inai bercorak. Hoyeh! Tapi sangat tak suka yang crowded sangat. Nak yang simple-2 aje. Mak andam ade buat. Mintak dia buatkan aje lah. Senang!

May 8, 2012

.nak tengok baby Micka???

Muhammad Mikhail

Tapi kadang-2 kitorang panggil baby Micka. Dah lama sangat rumah mak tak de budak kecik. Baby Micka ni lahir tahun baru 2012 tapi dah petang pun. Lambat la Baby Micka neh! Anak pada kakak yang baru kahwin tahun lepas. 


Ini gambar masa baru lahir. Tembam dan tido je kejenya. Sebelum dia lahir, doctor ada cakap :
"Baby ni sama ada dia besar atau dia panjang"
Memang dia panjang Doctor. Tengok la ayah dia!



Budak kecik ni dah balik umah. Lain sangat muka dia. Yang pastinya dia ade hidung kembang-2 macam ibu dia! Hohoho..........



Lena tido tanpa pakai seluar. Memang dia kuat tido pun. Susah gak nak tengok dia bukak mata. Silau sangat kot umah tok. Dia ade tempat feveret untuk tido. Sofa umah mak jadi tempat landing dia. Nape ntah. Kadang-2 suka tido tempat merata-rata. Ikut suka dia je.



Dah besar sket masa ni. 2 bulan kot. Masa ni dia bangun awal, mak bukak cadar nak basuh, aku bawak dia masuk dalam bilik, bungkuskan dia jadi macam tu. Pasrah je la ye Baby Micka.



Haaaaa...... Yang ni sangat comel. Nampak sangat pipi dia tembam kuat minum susu. Budak tembam ni susah nak lena masa ni, Kakak aku bagi dia tido meniarap.



Alahai Baby Micka. Jahat ye anjang bagi Baby Micka tido macam ni. Hehehe......



Baby Micka separuh bogel! Gila comel ah. Jahat ibu kan, ambik gambar separuh bogel cenggini.



Haha.... Gambar ni ambik sebelum Baby Micka officially balik KL. Ibu dia minat gila dengan Mickey Mouse, so bila dapat anak, anak dia kena pasrah la sebab dipakaikan begini dengan segala bantal, sarung tilam, baju semua nak Mickey Mouse gak. Haish!



Oh.. Ini gambar budak comot yang paling COMEL! Suka gambar ni sebab dia ni jenis susah senyum. Kenapa ntah. Baru nak kenal orang la tu agaknya. 
Sangat-2 comel!



The latest picture! Budak comel dah bertukar jadi budak botak. Dan terserlah muka garang nya Huh! Tak kisah lah botak ke comel ke comot ke, asu tetap sayang Muhammad Mikhail...

May 7, 2012

.hati kecewa dah diubat rasa gembira

Dah packing barang nak balik KL ni. Tapi masih sempat ngadap laptop nak update blog punya pasal. Attend interview pagi tadi. Sejak-2 nak kahwin ni rezeki datang je. Interview dekat Institut Teknologi Perak. Alhamdulillah. Interview MAIP hari tu masih tunggu jawapan. Mudah-mudahan dapat. Interview ni tadi sangat mengecewakan.

Serius aku yakin dapat tadi. Alih-2 tak sampai 24 jam pun aku dapat kol dari sorang member interview sekali tadi, dia dah dapat pun post tu. Terkilan sangat-2. Kecewa gila aku dapat kol tu tadi. Aku bawak erat hati aku yang kecewa tadi tu pegi shopping.



Taadaaaaa.........!

Shopping tudung je. Dapat la dalam 3 helai. Jadi la. Hati tengah remuk redam ni. Sementara tunggu orang datang ambik, sambil cuci mata sambil cuci beg duit sekali la ni bagi licin. Hadoi Encek Tunang. Saya terbelanja lagi la. Macam mana ek?

Sampai rumah, dapat lagi satu kejutan! Another interview to attend! Hoyeh! Alhamdulillah.... Aku buat semua ni demi mak dan untuk masa depan aku jugak. Mudah-mudahan yang ini dapat la. Pssss.... Interview kali ni dekat Agrobank!

Doakan ye...!

May 6, 2012

.seronoknya tengok orang kahwin

Semalam pergi kenduri kat Kampung Selabak, Teluk Intan. Officemate kahwin. Akhirnya...! Pergi dengan Encek Tunang. Huhu, ada satu ayat yang Encek Tunang cakap buat aku sedih.

"Sepatutnya kenduri kita jugak hari ni kan. Semalam nikah, harini sanding rumah awak, esok pulak rumah saya"

Redha. Itu jugak yang Encek Tunang pesan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetap bahagia sebab Encek Tunang sentiasa ada. Dan tambah bahagia tengok kawan kita yang senyum memanjang! Yer la orang tengah bahagia sekarang.

Tema dia PINK Purple... Sweet sangat-2! Habis satu rumah dia cat warna purple. Dah nampak macam anggur pulak. Dah sampai tak sempat makan lagi dah kena tarik jadi pengapit. Hadoyai! Apekah??

Serius aku ingat dia main-2 masa dia mintak aku jadi pengapit. Tak sangka kena jadi jugak. Hadoyai!








Yeah!! Aku berdebar mengalahkan pengantin pulak. Dan ini gambar ramai-2 dengan pengantin, Encek Tunang, ehem.... Pasangan baru kahwin pun ada!

Tahniah Kak Jijah dan Abang Eto
Selamat Pengantin Baru Dear!
Semoga bahagia hingga akhir hayat

Balik dari Teluk Intan, kitorang terus shoot ke Tesco Extra Ipoh. Encek Tunang janji dengan photographer - Abang Reez nak jumpa bincang pasal our wedding theme. Aku ekutkan aje asalkan simple. Banyak cadangan pasal wedding kitorang atas Abang Reez. Kitorang ambik Abang Reez ni untuk event 2 belah pihak. Senang, mudah dan kebetulan Abang Reez tu pun duk kat Bercham. Dan package dia pun menyenangkan hati kitorang =)



Encek Tunang kepenatan!

May 2, 2012

.nak sangat-sangat

Penat...
Baru sampai rumah, tak makan tak mandi lagi terus update blog...
Buruk perangai sungguh...
Tengah tunggu mak, lepas ni boleh makan sama-2...

Pagi tadi pergi Maljis Agama Islam Perak. Interview... Dah berkurun lama baru dapat interview ni. Alhamdulillah.. Dah buat sehabis baik tadi, tawakal je la sekarang. Mudah-mudahan dapat la balik perak balik.

Dah nak kahwin, susah pulak sorang duk perak sorang duk KL. Doa-2 kan ye mudah-mudahan saya dapat la keje ni. Amiinnnn.....