June 15, 2011

JPA bekukan pengambilan kakitangan awam : kenapa aku baru tau ye

Mesti korang nak cakap yang aku ni tak ekut perkembangan semasa kan ? Baru aku sedar yang aku ni tetiba jadi katak bawah polistrin... Haish ape nak jadi la dengan aku ni. Wake up ! Kena gerak pantas sket and be more creative ok !

Aku ade dah dengar pasal ni dalam bulan lepas kot. Tapi masa tu aku buat tak reti je. Tadi aku dengar lagi pasal ni. Sampai umah je terus aku google cari pasal cerita ni. Haish tak terlambat lagi la rupanya aku ni. JPA telah umumkan pemansuhan semua jawatan kosong (jabatan kerajaan) berkuatkuasa 1 Jun hari tu hingga Ogos. So semua urusan pengambilan dibekukan kecuali jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik.

Pembekuan pengambilan ni merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Dalam waktu ekonomi sekarang yang agak tak stabil, kadar pengangguran yang tak berkurangan, hurm apa agaknya yang akan jadi kan ? Mungkin kerajaan ada sesuatu yang diorang rangkakan untuk kita.. Mungkin.. Lagipun sehingga Ogos je. Apa-2 pun harapnya akan ada berita baik untuk semua.

p/s : entry ni tak ade gambar la kan. apa yang korang nak tengok kan. logo JPA ? haish tak perlulah kot. cukup dengan kata-2.

0 update status ツ: