July 28, 2011

sotong banyak kaki


Aku ada story pasal sotong yang aku nak share dengan korang. Cerita nya mula camni. Ada lah satu hari di hujung minggu, kitorang pakat la nak memasak konon nak jimatkan duit.. Masa ni aku duk umah sewa, menyewa dalam 6 orang la macam tu. Awal-2 pagi lagi kitorang dah bangun pergi pasar cari barang-2 basah kering semua la. Memang dapur kitorang ni jarang berasap so barang-2 basah or kering-2 macam bawang ke memang jarang de kat rumah. Menu tengah hari yang kitorang nak masak tu tak lah banyak. Memandangkan aku tak pandai sangat bab-2 memasak waktu tu, aku lebih banyak menurut, bawak barang-2 dan keluar ‘modal’.

Sampai je rumah, maka bermula lah operasi cincang mencincang cantas mencantas. #dah tentu la bukan macam tu gaya nak mula memasak ok! Menu nya simple. Sambal sotong, telur dadar, sup sawi dan ayam goreng. Dalam semua menu tu, aku masih tak layak nak masak sambal sotong je. #eh waktu tu je ok, sekarang dah boleh dah sikit-2. Walaupun masa tu aku buta bab-2 masak memasak ni, aku tak lah pergi duk goyang kaki je kat depan tv. Aku cuma tolong bab-2 preparation je tuk tukang-2 masak tu. 

Dan masa tu la jadi nya kesah ni. Sotong yang kitorang beli tu sotong putih besar biasa tu. Harus la disiang, basuh dan potong-2 terlebih dahulu. Tapi kadang de jugak la yang masak sekor-2 besar tu. Yang pastinya bukan aku la yang buat keje-2 bersihkan sotong tu. Masa tu jugak la aku dengar:

Kawan 1  :  Eh…nape tak bersihkan keluarkan mata dia?
Kawan 2  :  Hoi..mane de orang bersihkan sotong masak sotong kuarkan mata dia.
Kawan 1  :  Mak aku cakap, mak aku ajar, kuarkan mata dia.
Kawan 2  :  Mak aku tak ajar macam tu, mak aku ajar macam yang aku buat ni.

Er…. Aku takde ayat yang sesuai untuk diorang masa tu. 

Kawan 1  :  Kalau macam tu aku tak nak makan la sotong tu.
Kawan 2  :  Tak nak tak pe la…. Takkan aku nak masak ekut stail kau, mak kau pulak. Dah mak aku ajar macam ni, memang macam ni je ka caranya.
Kawan 1  :  Bukan macam tu. Tapi consider la kat kitorang ni nak jugak makan. Ingat kau sorang je ke yang nak makan…

Kawan 2 blah macam tu je masuk dalam bilik. Kawan 1 ni pulak sambung keje-2 tu. Aduh! Boleh jadi macam tu pulak. Er..even aku pun tak makan kalau mata sotong tu ada. Tapi kan aku tak sangka pulak pasal mata sotong ni boleh lak bertekak masam-2 muka berhari-2.

Bila jadi macam ni kan, aku dah lebih tau masing-2 ada cara tersendiri. Semua lahir dalam suasana dan didikan berbeza. Tapi konsepnya tetap sama kan. Didikan yang baik-2 je. 

Lagi satu err even mak kau ajar pun and even benda tu betul bagi kau pun sebab mak kau ajar tapi ada baiknya kalau kau consider jugak la perasaan dan cara orang kan. Dan kalau nak tegur pun, tegur la jugak baik-2 ye.

2 update status ツ:

angah said...

dalam hidup nie kena give and take, xsemuna benda yang kita buat tu betul, dan xsemua yg kita buat tu salah...an..an..an..

Honey Bee said...

yerp2...betul2...setuju!