August 15, 2011

.dengan baju hujan tanpa baju hujan

credit picture : cherrybam

Jumaat lepas KL hujan. Aku tak pasti seluruh KL atau ada certain-2 tempat je. Yang aku pasti Sg Besi hujan, dekat 2 jam aku terperuk dalam opis dengan kilat sabung menyabung kat luar. Nak balik gerun! Nanti ada yang tak pasal-2 paper besoknya keluar pasal aku yang dipanah petir. #Sigh

Kalau bukan bulan pose, hujan-2 camtu seronok duk lepak-2 sambil minum kopi makan goreng pisang. Hadoi nikmat tol! Dalam kepala ni dah bergenang air hujan, dah jammed.

“Hape la aku nak makan berbuka ni karang! 
Nak pi bazar ramadhan dah hujan lebat lak. Dah kompem kuyup neh!”

Kenapa kuyup? Sebab aku naik moto. Even jarak umah aku dengan opis dekat tapi sebab hujan ni terlampau lebat peluang sangat tipis la kalau nak sampai  rumah tanpa basah kuyup.

“Itu la gunanya baju hujan. Apa hal kau naik moto tak de baju hujan”

Baju hujan pointless! #cuma pada aku. Ada atau tak baju hujan aku still kebasahan. Orang kata:

“Pakai baju hujan tak la basah sangat.”

Ye betul! Kalau korang pakai baju hujan satu set dengan seluar, aku yakin yang tu memang selamat. Paling teruk pun ade la setompok dua je basah kat baju. Aku ni berbaju kurung. Kalau aku nak pakai baju hujan macam tu, cuma baju je aku dapat sarung. Seluarnya? Al-kesahnya, atas tak basah, bawah lak yang basah.

Ada satu baju hujan tu yang macam kot labuh tu. Pakai yang tu, aku sangat tak selesa. Mengganggu pergerakan kaki aku.Silap-2 aku jatuh moto nanti.  Dan aku pasti kena hujan jugak. Basah jugak aku.
credit picture : weheartit

At the end memang sampai sekarang la aku tak pernah pakai dan tak pernah ada baju hujan. Orang lain aku tengok elok je pakai. Pada diorang, biar basah sedikit, jangan basah lencun. Tapi pada aku alang-2 dah basah sedikit, biar basah lencun. Baru ROCK!

p/s : Aku kena beli kereta la kan.

0 update status ツ: