April 20, 2012

.Bride To Be : Fasa 1


Nak kahwin, macam-2 nak kena buat. Nak tempah itu ini, nak beli goodies, hantaran, nak buat kad, nak menjemput orang, bla...bla...bla.... Setakat ni 2 officemate aku dah selamat pun. Lagi 2 bakal menyusul dan paling last aku la. Plus minus tinggal 2 bulan lagi dan hampir 50% je baru siap. Itu pun main agak je, ntah-2 baru 20% kot.

Sekarang tengah pening pasal photographer. Tak dapat lagi yang berkenan kat hati. Bila dah jem kepala ni tadi, last-2 aku pas kat Encik Tunang sebab malas nak pikir. Dia kata ok! Done! Biar dia uruskan pulak..hehehe... =)

Dah cari goodies nak bagi kat tetamu. Simple and low budget. Mak punya cadangan semua ni, dia mintak bagi gelas atau cawan. Senang kata mak. Bagi barang tu, tak membazir, orang boleh guna. Aku ekutkan aje. Asalkan tak lari budget cukup la. Sekian lama mencari akhirnya.................................

tadaaaaaaa.......!


Punya banyak kedai aku masuk, aku cari, kat IKEA ni jugak aku jumpa gelas tu. Yang beshnya sebab harga dia tersangat la murahnya berbanding gelas-2 yang aku jumpa sebelum ni.



Oh ye.... Aku memang borong dengan banyaknya. Bila dah dikira-2, gelas ni jatuh satu harga dia RM0.82. Tak ke murah tu? Yang lain, aku dapat harga lebih dari RM1 untuk gelas yang tebal macam tu. Kalau nak yang murah ada la, tapi nipis. 2 troli kau aku borong! Depan ni ha, belakang tu aku punya jugak.



Dalam tiap kotak ni ade 6 gelas.



Simple je kan? Aku memang harap dapat yang macam ni, tak semak. Just nice! Kalau yang datang tu ada mak ayah, kakak dengan laki dia, abang dengan bini dia, kan dah cukup satu set gelas ni kau dapat. Dah dapat gelas, misi mencari kotak pulak lepas ni. Tak ada idea lagi, cuma nanti dah pergi survey, baru dapat kot nak yang macam mana. 

Semalam turun ke jalan TAR, dengan harapan dapat la cadar yang diinginkan. Masuk kali ni dah 3 kali aku turun ke Jakel jalan TAR tu nak cari cadar. Actually dah dapat masa first day pergi, dah berkenan sangat-2 dah kat cadar tu, sweet dan simple sangat tapi bila kenangkan harga dia takut terover bajet, aku pun balik la dengan perasaan yang hampa. Dan tak sangka pulak dapat rezeki (kakak bagi dana la.....) dan dengan senang hati aku turun Jakel tu balik.

Dah sampai, budak tu pulak kata, cadar tu dah tak ada la kak. Dah jual! Aiseh, sangat-2 kerugian! Tu yang semalam cuba jugak datang, dan dapat jugak akhirnya. Thanks akak-2 Jakel sebab bagi murah even dah abeh sale pun!


Cadar cotton warna krim. Saya suka mak pun suka!



Oh ! Sila abaikan rumah yang bersepah itu. Gelas dan cadar je yang berjaya beli. Yang lain masih dalam perjalanan!

Eh, jap! Kad kahwin dah tempah la!



Serius cantek dan cute yang ni! Dah lama cari design-2 macam ni sebab aku tak suka yang biasa orang buat tu, macam elegan sangat kan. Aku suka yang just nice, simple macam ni. Siap ada katun-2 lagi. Dan harga dia murah. Kurang sangat dari bajet aku! Dulu hampir putus asa jugak nak dapat yang besh simple macam ni tapi murah. At last, alhamdulillah..... Tuhan permudahkan segalanya!



Another one! Sweetnyaaaa........! Berminat? Kalau korang jenis suka macam ni, boleh la intai-2 facebook Idea Grafik ni. Ni kira aku nak promote jugak la. Sebab aku suka sangat design dia! Kena dengan jiwa. So kad aku ni on the way. Masih dalam pembikinan. Tak sabar pulak nak tengok sendiri punya kad even aku tau dah design yang sama jugak. 

Eh ? Aku tak amek design dua atas ni. Design kad aku, mesti la RAHSIA.......

9 update status ツ:

mia izzati said...

comey gak kad ni... n simple...

deQna said...

kan...kan......sweet sgt...hehe nti tgu la kad shahir bagi...

mia izzati said...

tu lahh..tak bagi siapp..bagi bom kat shahir..

deQna said...

haha...almk...jgn la bagi bom betui...nnti muna nk kawen dgn sape....

Unknown said...

Dear..nk tny.how much pcs u beli cawan 2 ye? Nice idea la..

Unknown said...

Dear..nk tny.how much pcs u beli cawan 2 ye? Nice idea la..

Unknown said...

Dear..nk tny.how much pcs u beli cawan 2 ye? Nice idea la..

Unknown said...

Dear..how much pcs u beli ye cawan 2? Hehe..nk survey jugak

deQna said...

sy beli 800 ketul hehe dan harga dia 0.80sen seketul....nice...better dr beli cawan yg kt Giant yg RM1.00 tu =)