April 26, 2012

.Bride To Be : Fasa 2

Sob...sob....sob.....petang ni sayu sangat. Office-mate dah mula cuti esok, siap mintak half-day tadi, nak beli barang untuk terakhir kalinya sebelum balik kampung. Oh dia nak kawen dah. Hujung minggu depan. Bila tengok dia berkobar, muka ceria je nak kawen dah ni, aku pulak yang lebih debarannya. Banyak lagi yang nak kena prepare ni.

Last week, pergi shopping. Target :

Nak tingkatkan peratusan proses kerja-2 kawen! 

Alhamdulillah, langsir mak dah siap. Kitorang ke Nilai 1 ambik langsir mak, sambil-2 cari kain untuk baju kurung mak. Dah penat keliling Nilai 1, kain yang dicari banyak tak berkenan. Hari memang dah panas tahap dewa! Nasib baik anak buah 'tergedik-gedik' sangat nak pergi Ice-Room. Lega sikit hati dan badan yang panas ni.


Seronok betul tengah panas-2 tu makan ice-cream! Memang 'lebur' terus la diet aku hari tu even aku kongsi makan ice-cream pun.



Ini Hazelnut Ice-cream... Aku tak tau la betul ke tak nama dia, tapi siyes aku muak sangat-2 makan ni.. Eh tapi yang sedapnya ice-cream ni dia letak benda bulat-2 macam agar-2 tu... Tu je aku makan lebih.. Ice-cream tu aku makan rasa-2 sikit je... Muak!



Ini Vanila Strawberi. Sedap! Even aku tak suka vanilla dan strawberi. Rasa masam manis-2, tapi bila makan banyak, aku rasa muak dan sangat-2 dahaga! Haish..! Memang tak seronok pun makan ice-cream kalau tengah panas. Air masak gak yang indah!



Muka anak buah aku yang puas sebab akhirnya dapat jugak pegi Ice-Room setelah beberapa kali cubaan mengajak kitorang tak berjaya. Hehehehe...........



Halus kan? Sangat tak terasa bila masuk dalam mulut.

Dah seronok makan ice-cream kitorang mulakan balik pencarian kain untuk mak. Dua tiga kedai jugak la masuk, akhirnya dapat jugak kain warna coklat, Sweet sangat untuk mak! Harap mak suka! Tapi kan mak, bukan duit orang la mak, kak dik yang belanja!



Kotak dah dapat! Tak sangka akhirnya dapat jugak kotak yang sweet sangat dengan harga yang murah, masih dalam bajet! Aku dan kakak-2 aku dah separuh mati nak mencari kotak nak letak gelas yang kitorang borong hari tu.

Finally, kakak aku pun suka dan aku bertambah la sukanya sebab murah! Jatuh satu kotak tu RM0.45 je. Bapak gila murah pada aku la sebab kitorang dah banyak survey, kadang aku tak suka, kadang kakak aku tak suka. Tapi yang ni bersuka-suka la kitorang berdua. Dan dia PINK!

Yang tak beshnya kotak ni last stok diorang. Stok baru tak sampai lagi, kitorang dah borong habis pun, tetap tak cukup. Ada lagi separuh kena beli. Nak kena datang lagi la nampaknya. datang dan borong lagi! Promise!



Ini? tak ada dalam perancangan. Tapi terbeli! Huk huk huk! Memang dah lama cari pun sebab earphone sedia ada dah lama rosak. Dah serata tempat cari headphone ni, tapi semua warna tak besh. dapat jugak akhirnya warna putih yang diidami. Owh kalau boleh tetap nak warna pink!

2 update status ツ:

mia izzati said...

murahnyee kotak tuu..beli kat nilai?

deQna said...

yep...yep....murah kan...sgt x percaya dapat kotak semurah tu dan sesimple tu...sgt sweet sgt suka...klu nk kotak tu dan isi dalam sekali kena dtg umah muna 7/7 tau...jgn p umah shahir hehehehe.......