June 16, 2012

.yummy : Makan Cendol Tengah-2 Panas Macam Ni Memang Indah

Dah macam jerebu je kat luar. Berdebu dan kelam je nampak. Panas sangat! Tetiba je teringatkan cendol waktu-2 ni. Indah kot kalau makan cendol... Lagi indah kalau makan kat bawah pokok, ditiup angin sepoi-2 bahasa Perancis. Peh!


Credit : WeHeartIt

Yummy !!! Tekak ni rasa gatal je nak makan cendol. Dah berapa hari dah asyik nak makan tapi tahan kan aje. Diet punya pasal. Mana boleh makan/minum benda-2 berais macam ni. Cerita pasal cendol ni, aku teringat dulu ada keluar TV pasal makan-2 ni. Dia ada tunjuk tempat jual cendol paling marvelous. Kat Seremban tempat tu. 


Credit : Ohh Wawa

See.... Yang ni aku rasa. Yang aku paling ingat, kalau nak tambah, tambah la banyak mana pun boleh. PERCUMA je ! Mana insan-2 yang jenis suka nak melantak lebih-2, jemput2 la pergi ke sana. \ Nak ekut logiknya, sapa larat nak telan air banyak-2.. Kembong perut rasanya / Aku tak pernah pun pegi sana. Sapa-2 yang pernah pegi sana, story la sket. Sedap tak ?? Selain dari yang PERCUMA tu, apa lagi yang special kat situ ??

Aku pernah pergi satu tempat ni je. Masa duk kat Perlis dulu. Memang glamour tempat ni. Fatin Corner kat Kangar. Rugi korang kalau pergi Perlis tak singgah makan kat sini. Macam-2 jenis cendol ada. Nasi ayam, laksa dengan bihun sup pun ada. Sedappp jugak...! Esok-2 pegi Perlis, dah tau dah nak pergi makan kat mana. Parking pun senang situ.



Ni kawasan kaunter dia. Banyak gambar dia gantung kat kedai. Macam-2 gambar la yang ada. Dah sah-2 semua tu gambar artis. Kalau ada gambar aku kat situ memang pelik la sangat. Harga berbaloi. Standard macam tempat lain jugak. Tak jauh pun dari pekan Kangar.


Credit : Lovely Shafa

Haish ye aku tau, depan dia tak berapa proper tapi aku tak tau la ni gambar lama atau baru. Dah bertahun dah aku tinggalkan Perlis tu, mesti dah banyak yang berubah kat kedai tu. Makin maju, takkan signboard tak mau letak yang besar kot. Nak tau, kena la pergi. Kan ???

2 update status ツ:

mia izzati said...

tempat ni kan ada popia sedap tu??

mr&ms bOZhiCkA said...

macam best je cendolll..huhuhu..anyway selamat menjadi pengantin baru coming soon k..feel free to follow my blog ye bojailuvicka.blogspot.com