June 28, 2013

.petua mudah bersalin

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu lagi dah nak masuk 36 minggu. Fuh cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru je doctor scan sahkan aku pregnant. Tup-2 dah nak dekat bersalin dah ha. Kalau orang tanya la kan apa perasaan aku saat ni, aku cuma mampu jawab, penat + mengah ! Tak larat dah rasanya walaupun saiz perut aku kecik je. Takut tak nak bersalin ? Hurm.......... Kadang rasa jugak perasaan tu tapi tak lama. Mungkin sebab tak rasa sakitnya lagi, tak dapat nak bayangkan. Mudah-mudahan selamat la semua. Amin.....

Ni ada beberapa petua yang aku baca hasil dari blogwalking he he he..... Dalam duk penat-2 ni, kalut jugak aku cari petua-2 mudah bersalin ni. Aku tempek kat blog aku pulak, esok-2 boleh review balik.

1) Telur Ayam 
Ada yang bagitau, telan telur ayam mentah di hujung-2 kehamilan. Ada jugak yang tulis amalkan telur separuh masak untuk bagi tenaga. So boleh pilih kot yang mana rasa boleh ambik. Dua-2 ni aku tak buat. Rasa meloya je tekak nak telan.

2) Minum Air Kelapa

Owh yang ni memang feveret. Dari kandungan aku 5 bulan lagi aku dah amalkan cuma tak kerap. Aku ambik seminggu sekali. Dah hujung-2 ni je baru aku amalkan seminggu 2 kali. Elok untuk mencantikkan kulit bayi. Orang tua-2 kata, nak bagi hilang kerak-2 terutamanya kat kepala dia.

3) Makan Sayur Bendi

Yang ditulis dalam kebanyakan blog, sayur ni mengandungi lendir. Lendir ni membantu memudahkan bersalin.

4) Makan Kurma

Yang ni terbukti memang baik untuk badan. Kurma bagi tenaga. Memang elok untuk kita lagi-2 kalau dah sakit nak bersalin. Nak makan memang tak lalu, jadi ambik la kurma. Lebih elok ambik dalam kuantiti ganjil.

5) Amalkan Surah atau Ayat-2 Al-Quran

Antaranya Surah Maryam, Doa Nabi Yunus dan sebut kan "Ya Fattah" berulang kali semasa sakit nak bersalin tu untuk kurangkan sakit bersalin dan cepatkan bukaan.

"Doa Nabi Yunus"


6) Minum Air Selusuh

Lebih baik kalau suami sendiri yang buatkan air selusuh ni. Tak ada pulak aku mintakkan suami yang buat. Mak pun tak pernah cakap apa-2 pasal ni. Even kakak aku bersalin pun dai tak ada buat air selusuh. Mungkin dalam family aku, memang tak ada yang amalkan.

7) Minum Milo + Marjerin

Milo dibancuh dengan 2,3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.

8) Minum Air Akar Fatimah

Rebus akar fatimah tu dan minum airnya. Ada yang kata, air rebusan tu diminum bila dah rasa sakit nak bersalin tu.

9) Senaman Ringan

Antara yang paling mudah nak buat adalah banyakkan berjalan. Kalau bab berjalan tak ada masalah kot untuk ibu mengandung. Memang masing-2 kuat berjalan shopping rasanya termasuk aku he he.... Atau pun, duduk bersila, temukan kedua-2 tapak kaki, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina. Boleh juga buat ni, duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding. Kemudian berdiri perlahan-lahan dan buat sekerap yang mampu.

10) Kerap Bersama Suami

Bila kandungan dah mencecah 36 minggu, keraplah 'bersama' suami. Seminggu 2,3 kali ke....he he he.... Bersama suami ni selusuh terbaik untuk memudahkan laluan.

11) Air Hujung Rambut

Petua ni kawan aku bagi. Dari mak dia. Petua orang tua-2. Lepas mandi, rambut tengah basah-2 tu, lurutkan rambut dari atas sampai ke hujung dan isap airnya. Niatkan dalam hati macam mana mudahnya air tu mengalir turun dari rambut, mudahkan anak yang akan keluar nanti. Dan jangan lupa selawat. Rambut tu pulak jangan la lurutkan sampai secekak. Pegang dalam secubit je.

12) Air Lebihan Suami

Minum air lebihan yang diminum suami. Aku tak tau la apa kaitan nya tapi memang dari dulu, air yang suami minum, air tu jugak yang aku minum.

13) Minta Ampun, Maaf

Wajib walaupun bukan saat-2 nak bersalin je. Minta ampun, maaf pada suami, mak ayah kita dan mertua. Mudah-mudahan selamat semua. Doa dari diorang-2 ni la yang sangat-2 kita perlukan saat-2 getir bertarung nyawa.


Itu saja yang aku berjaya cedok + kutip. Ada penambahan lagi ? Mana la tau, mak-2 korang ada lagi petua-2 lama yang boleh diamalkan. Boleh la nak share-2.

0 update status ツ: