July 11, 2013

.Berpantang tu wajib !

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Hari ke-2 Ramadhan dan puasa hari ni berjalan lancar. Walaupun baru sekerat hari tapi badan masih bertenaga. Cuma mengantuk lebih. *Sigh. Harini genap 36 minggu ibu bawak si comel ni dalam perut. Cepatnya masa berlalu. Petang ni check-up dengan doctor, dia nak scan. Oh baby tak sabarnya nak tengok kamu. Harap-2 semuanya okay !

Nak cerita pasal berpantang, set bersalin sebenarnya. Dalam banyak-2 benda, cuma barang yang satu ni je yang aku belum beli. Bukannya masih ragu-2 memilih. Aku dah ada pun pilihan set bersalin yang aku nak cuma tunggu orang belikan je. He he he..... Pening jugak masa awal-2 nak pilih dulu. Gila tak pening kalau dah ada berpuluh jenis set bersalin kat pasaran sekarang. Dah jenuh survey kat orang, aku suvey kat internet, baca pengalaman mommies pakai set bersalin yang bermacam-macam entah.

At last, aku pilih set bersalin Tropical Herbs Amway. Set bersalin ni pada aku dah sangat lengkap. Kakak aku yang suggestkan. Memang berhabuk la dia kipas aku suruh beli set ni sebab dia ni ahli Amway.



Tropical Herbs Amway

Untuk makan :
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2

Untuk kegunaan luaran :
1) Herba Pembersih Wanita
2) Herba Mandian
3) Minyak Urut Herba
4) Minyak Bayi
5) Campuran Peramping Perut
6) Campuran Penghangat Badan
7) Campuran Penenang
8) Bengkung


Lain-2 penerangan boleh tengok sini ye ------> Set Bersalin Amway (Tropical Herbs)

Ada 11 barang semuanya dan complete lah. Ada bengkung, minyak, pilis, param bagai dan yang best ada minyak baby dia yang sangat wangi. Serius wangi ! Kakak aku ada sorang pakai set ni dulu. Sedap sangat bau anak dia lepas sapu minyak tu. Tak la macam sesetengah minyak tu bau minyak angin. Suami nak aku berpantang cara lama. Elok dia kata. Nak aku ni kembali cergas dan badan tak la lembik-2 nanti. Aku pun nanti tak nak badan dah macam dipam-pam lepas bersalin kan. Siap dia suruh aku continue sampai bila-2 pakai je bengkung tu. Huk huk.... Baik abg !

Kenapa mesti set bersalin Amway ?

1) Harga masih tidak buat poket aku rabak. Aku dapat set ni dengan harga RM250.00 sahaja. Memang banyak lagi yang lebih la murahnya dari set ni. Even boleh dapat dengan RM50.00 pun tapi ini yang paling aku mampu bila aku tengok-2 balik combine semua barang-2 apa yang aku perlu dan aku nak.

2) Lengkap ! Semua ada dalam satu pek saja. Pakej tu. Param, pilis, bengkung, minyak untuk aku, minyak untuk baby... Eh boleh kata semua ada la. Tak payah nak pening-2 pergi beli asing-2. Kenapa nak bayar mahal-2 kalau terpaksa tambah itu ini lagi.

3) Jamu senang nak makan. Ada 2 botol tu je la. Tak susah aku nak ingat nak makan yang mana, dah makan ke belum. Sikit dan mudah.

Nanti aku buat post lepas aku guna set ni ye. Nak siap-2 nak pergi check-up dah. Tak sabar ni nak tengok baby !

1 update status ツ:

mia izzati said...

ramai yang guna nihhh muna...