June 28, 2011

student dan memori # 1

Hari ni pergi keje dengan penuh semangat! Lama sangat tak rasa berdebar-2 semangat macam ni since last 2 months. Apa tandanya? #teeeheeee.. Yang penting aku sangat suka hati. Datang je, keje dah menunggu. Tapi menjadi masalah lak bila aku tak dikurniakan PC lagi memandangkan keje-2 yang aku kena buat memerlukan penggunaan PC. Mungkin sebab aku ni terlampau semangat, aku tetap gak melilau pegi sana sini buat keje. Ntah ape yang aku buat pun aku tak tau. Haish! #owh dengar-2 tadi tak lama lagi dapat la PC.

Waktu makan pagi aku tadi terisi dengan keje + santai. Tadi pegi edar jadual waktu kuliah kat student baru kat dewan. Ngam-2 kitorang sampai masa tu budak-2 facilitator tengah bukak Maharaja Lawak Final. Wah, sempat lagi diorang ni ek! Yang kitorang ni bantai layan gak la memandangkan akak opismate aku ni tak sempat tengok aritu. Abeh part ke-2 Sepah, baru la kitorang buat sesi mengedar. Macam nak pecah peti suara aku ni terpekik jerit panggil nama sorang-2 student! Amat lah tidak layak aku nak jadi kadet macam diorang kalau macam tu la gayanya. Haish! Nasib baik slip yang aku pegang tu sikit je. Kalau tak, mau naya aku bisu seminggu.

Tengok suasana dalam dewan tu kan, teringat pulak zaman-2 sekolah dulu. #rindu. Korang rindu tak? Alah, korang pun nakal gile dulu kan. \tapi bukan aku la, aku tetap tak nakal/. Aku kan budak baik. Hoish sekolah agama tau. Baik. Baik macam setan aku la.

Aku rasa aku tak nakal la dulu. Sebab aku tak la pemes sangat macam budak-2 nakal lain. Setakat jalan itik depan Aspura #ianya shortform bagi asrama putera, tak la dikira denda hebat tuk budak nakal kan. Heh!

ni la muka budak-2 nakal
ce teka mana satu aku =)
Sekolah + asrama seronok! Paling besh yang aku ingat time bulan puasa masa tu aku form 5. Musim exam SPM tapi rasenye masa tu dah abes kot. Kerek gile budak pompuan main mercun. Main mercun waktu yang paling besh tapi yang jadi tak beshnya sebab mercun roket aku melayang masuk dalam dorm dan jatuh betul-2 atas buku kawan aku yang tengah study dekat atas katil dia! Hoish selamat aku mercun tu tak meletup. Kalau tak, jadi satu hal pulak aku nak menjawab kat mak dia. #apo kono anak aku kono lotup dek ekau ni ha! Haha..nasib aku la. Sapa suh main tengah-2 laman asrama tuh.

Sudahnya, esok-2 tu main kat laman belakang lak. Sekali tengah nak nyalakan mercun roket tu, pengetua datang daa. Mau tak cukup tanah kitorang lari. Yang paling aku tak tahan, aku lari sambil dekat tangan aku ade mercun roket yang aku nak cucuh tadi tu siap sumbu dia dah terbakar tunggu mase nak berlepas je! Melopong menganga aku tengok mercun tu kat tangan. Tak pikir panjang aku buang je lam longkang. Sampai ke sudah aku tak tahu ape jadi kat mercun tu. Bantai! Janji tak meletup kat tangan aku sudah.

ni gambar masa form bape ntah
aku tak sure la
yang aku ingat time ni minggu balik kampung

aku rase gambar ni dan yang kat atas tu masa form 5 kot

Gambar-2 ni pon aku amek dalam FB #yang kawan-2 aku rajin tag kan tuk aku. Gambar lain banyak dalam album. Rindu ah! Banyak lagi aku nak cerita. Nanti aku sambung lagi ye. Kalau cite panjang-2 nanti bosan lak nak baca.

Ok! Babai!

0 update status ツ: