August 26, 2011

.dah nak raya weh

Salam syawal semua !

Dah boleh wish Selamat Hari Raya tak? Wish la banyak mana pun kau nak! Sebab tinggal lagi beberapa hari je nak raya weh. Keterujaan dah membuak-buak. Telinga, hati, otak semua dah kena sumbat dengan lagu raya, mood raya, kad raya dan macam-2 raya lagi lah. Tunggu masa nak sumbat mulut dan perut dengan juadah-2 raya je.

Perasan tak masa announcement nak puasa hari tu, pakcik yang announce tu dah tukar kan? Ha selamber je aku panggil dia pakcik kan. Hik hik! Penyimpan Mohor Besar Raja-2. Tetiba teringat kat PMBRR #singkatan pada Penyimpan Mohor Besar Raja-2 yang lama tu. Dia cakap penuh sopan slow. Masa nak announce puasa + raya, masa tu semua tekun sopan senyap je nak dengar. Yang PMBRR ni pulak cakap sepatah-2 buatkan semua orang yang menunggu ni tak sabar. Tapi saat tu la baru terasa dia punya feel dan mood nak raya tu. Rindulah!

 Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Cuti raya seminggu. Rasanya ramai gak yang cuti seminggu. Ada yang cuti lebih ke? Terbaiklah! Malam ni nak packing barang plus shopping last minit dengan my sista. Tak sabar nak makan ketupat dan rendang mak buat!

 ketupat daun palas masakan mak

 rendang ayam masakan mak

 juadah raya semua mak masak
kami adik beradik tolong menyibuk je

Semua tu gambar lama. Ambik dari non-datin-diaries. Nak gambar fresh, tunggu lepas raya. Ni last entry sebelum aku balik raya. Aku akan kembali berblogging selepas cuti seminggu. Lamanya!


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi, setulus hati aku nak minta ampun dan maaf pada semua bloggers, readers andai ada kata-2 aku dalam blog aku ni yang ada mengguriskan perasaan korang semua. Yang mana nak balik raya, hati-2 memandu. Raya nanti jangan pelahap gelojoh sangat. Haish aku baru mintak ampun tadi. Happy.....happy juga, jangan sampai lupa diri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin

0 update status ツ: