September 9, 2011

.Raya Orang Bujang 2011 : yang ni real punya cerita

Salam Bloggers !

Raya macam mana semua ? Besh ke tak ? Rasanya dah banyak orang update entry-2 pasal raya ni. Aku jugak yang ketinggalan. Haish ! Tapi ni tetap gambar fresh dari ladang tau. Tapi yang aku terkilan kan sangat tak ada satu pun gambar juadah Hari Raya. Ini la jadinya kalau dah balik ramai-2 pastu semua kaki giler bergambar. 

 Si Tukang bakar bunga api.

Masa ni malam raya. Lepas orang surau balik je, semua pakat keluar nak main bunga api. Alaaaaa.....bukan bunga api yang kita selalu pegang dan pusing-2kan tu. Ni bunga api besar tu. Urm...bunga api yang first masuk angin tapi bunga api yang kedua, PECAH. Kelakar ! Aku kelam kelibut lari sebab takut. Alih-2 kakak aku yang terbakar kakinya. Nasib baik la luka tak teruk.

 Ini gambar pagi raya.
Oren kan..... Sangat sweet !
Sedondon

 Raya kedua di rumah terbuka Y.B Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan II
Abah dan mak di sebelah kanan.

Masih di rumah Y.B Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Amat pelahap ye aku makan!

Every year raya kedua, memang kami 1 family akan pergi rumah terbuka YB tu. Memang dapat jemputan dan kalau tak silap aku since aku sekolah menengah kot. Peh ! Gila lama kan aku SETIA pergi rumah dia. Menu wajib aku akan makan adalah sate dan kuey teow goreng.
Memang rezeki kau lah jahhh !


 Raya kedua kat rumah maksu ni kat Bukit Mertajam, Penang.
Perempuan sebelah aku tu anak sedara aku.
Yang Lelaki tu abang aku.
Nape dia berdiri begitu ? Silalah jangan tanya aku.

 
 Kat rumah maksu juga !
Posing lain pulak ye.

 Masih di rumah maksu lagi.
Dengan mak.

 Kat rumah maksu nak balik dah.
Tak dapat bergambar ramai-2 dengan maksu.
Sebuk melayan kazen-2 yang baru sampai.

Masih raya kedua kat rumah makcik pulak di Bukit Mertajam, Penang.
Dengan anak sedara aku yang sulong.

Berkumpul ramai-2 tapi aku nampak family aku je.
Mana yang lain ni ?
Dah malam pun dah.

Kakak di sebelah kanan dan anak sedara di sebelah kiri.
Muka penat ni sebenarnya. 
Tak sabar nak balik.

Itu aje gambar tuk hari raya. Banyak lagi tapi malas nak upload dah. Sikit-2 cukup ! Malam tu balik agak lewat. Kereta abang buat hal. Tersadai la jap 2 hari kat kampung. Kesian abang ! Untuk penutup entry ni aku nak bagi gambar cukup special. Yogi the Pirate Cat.

Comel bukan ?

Kenapa Yogi the Pirate Cat ? Sebab dia cuma ade sebelah mata je. Kucing paling baik aku pernah jumpa. Hai la Yogi, tabah lah engkau yerk. Sayang kau kuat-2 !

2 update status ツ:

angah said...

mane sebelah lagi mata die?

Honey Bee said...

heee....yang tu kena tggu entry dia.....