September 14, 2011

.buang mak buang saudara, kerana kasih aku turutkan.

 Salam Bloggers !

Bukan main panjang aku punya tajuk entry kan. Ni ikutkan rasa sedih dan sayu masa aku tengok berita semalam. Korang bayangkan la, budak perempuan baru umur 15 tahun sanggup lari tinggalkan mak ayah dia sebab nak ikut pakwe. Kasih sayang dan cinta punya bahana. Tu belum kira yang lari ikut makwe tu. Ada weh! Korang jangan ingat tak ada.


Aku pun pernah muda. Dan dulu pun aku pernah buat silap. Bila mengenang salah aku dulu, memang aku menyesal sangat-2. Aku tak lari ikut pakwe pun. Biasa la silap orang muda-2. Ada pakwe or ade makwe, kita mudah lupa benda-2 lain. Lupa nak kol mak ayah, balik kampung pun jarang-2. Selalu kol pakwe, bila cuti tak fikir nak balik kampung, tapi siap plan nak keluar dengan pakwe je. Masa tu bukan main indah la hidup kau. Tambah-2 pakwe or makwe kau hensem, cantik. Pakwe kau ada moto EX5 je pun, kau belasah je. Sebab dia la paling romantik, paling baik, paling sayang kau waktu tu. Waktu tu je la! Tapi makwe sekarang lain. Demand!
Wa layan yang ade bumbung je!

Bila dah sayang sangat, kita lupa orang sekeliling. Kadang cakap mak ayah pun dah tak dengar. Prefer dengar cakap kawan-2 kita yang sentiasa back-up kita. Tau tak, masa tu kawan-2 kita tu sama naik jugak dengan kita. Baru nak belajar banyak lagi benda pasal hidup.

Bila mak ayah tegur, adik beradik tegur, kita selalu ignore. Kononnya diorang-2 tu tak sporting, kolot. Masa tu kita cakap main ikut sedap mulut je. Tak fikir perasaan diorang yang memang sangat-2 risaukan kita. Masa umur baru belasan tahun dulu, kita fikir kita la yang betul. Tunggu la bila dah meningkat dewasa sikit, aku jamin 100% korang confirm menyesal ! Macam aku sekarang.


Dulu selalu melawan, cakap aku je yang betul. Sumpah aku rasa mak ayah aku cukup tak sporting cukup kolot. Aku tak boleh keluar malam even dengan kawan perempuan pun.Masa tu aku cakap, bukan aku keluar dengan jantan pun. 
Kira ok la tu.

Nak jugak aku rasa mak ayah aku yang salah. Bila ada pakwe, mak ayah tak bagi kerap keluar. Tak elok katanya. Nak jumpa, datang jumpa kat rumah je. Masa tu rasa darah muda tu membuak je.

Apa kolot sangat kan jumpa kat rumah je.Dating depan mak ayah pulak.


Korang rasa mak ayah aku kolot tak? Dulu mungkin aku rasa ye. Sekarang persepsi aku dah lain. Sungguh aku rasa biar la mak ayah aku kolot macam mana sekalipun sebab ape yang diorang buat semata-mata untuk kita, hidup kita dan masa depan kita. Dulu nak dating je, mesti selalu bertekak dengan pakwe. Bila cakap mak ayah tak bagi keluar, dia pun buat ayat macam ni :

Ala…jangan la cakap awak nak keluar dengan saya.

Ok ! Itu pun dah menunjukkan dia bukan la lelaki yang baik kan. Tapi sayang punya pasal kita lupa pasal tu. Tak pun akan ada ayat macam ni :

Awak ni sikit-2 tak leh keluar…susah sangat nak keluar.
Bukan buat ape pun. Tengok wayang je.

Lepas tu akan ada adegan gaduh-2. Si pakwe akan selalu cari pasal. Genap sebulan, putus ! Alasan nya tak serasi, susah nak jumpa. Nak couple macam mana dating pun susah. Wah !!! Masa tu kau memang frust menonggeng la. Muka tak cantik, bergaya pun tidak, ada pakwe pun dah cabut.

Serius rugi hidup korang kalau turutkan kata hati dan tak nak ekut cakap mak ayah. Kalau korang dapat mak ayah yang sporting, memang untung la. Tu maknanya mak ayah korang percayakan korang, yang korang boleh jaga diri.


Tapi jangan ingat kalau mak ayah korang tak sporting or kolot, diorang tak percayakan korang. Diorang percayakan korang tapi diorang tak percayakan situasi dan orang-2 yang korang akan mengadap tu. Diorang nak kan yang terbaik. Korang anak dia, susah payah diorang besarkan korang, jangan la korang balas dengan herdikan, makian dan buat diorang menangis.

Yang lari dari rumah tu. Tak ingat nak exam ke ? Tak ingat ke susah payah mak ayah korang tu ? Korang dah tinggal dengan diorang bertahun-2 tapi tinggalkan diorang macam tu untuk lelaki @ perempuan yang korang baru kenal setahun dua ? Hadoi…. Sangat tak berbaloi.

Tolong la ! Waktu tu, rasa bahagia, bebas sekejap je. Setahun dua je. Selebihnya korang akan menyesal seumur hidup ! Jangan nanti esok-2 korang dah menyesal, nak balik, masa tu mak ayah dah tak ada, baru nak meraung-2 mintak ampun. Pastu menderita kemurungan. Bertahun-2 tak nak bercakap. Sebab tak leh nak terima hakikat mak ayah dah tak ada dan rasa diri tu berdosa sangat-2.

Bak kata Nabil : Lu Pikir lah Sendiri !!!

Alhamdulillah sekarang dah jumpa yang betul-2 memahami.
Dan yang penting memenuhi ciri-2 yang mak ayah nak dan boleh terima.

0 update status ツ: