October 19, 2011

Istiadat Konvokesyen Ke-2 UPNM

Salam bloggers !

Sibuk mengalahkan Menteri agaknya sampai tak sempat nak berblogging ? Agaknya memang ada can kot aku nak jadi Menteri.  Perasan la kau perempuan ! Sungguh aku tak sempat nak jenguk blog aku ni. Even hari ni pun tapi aku tetap nak update jugak dengan pantas dan berkesan. Hoh !

Owh ye...cerita ni dah lama tapi masih nak buat entry jugak (^_^)

Pernah tak korang tengok WarDance (Tarian Perang) ? Aku tak pernah tengok dan tak pernah tau pun ada menda alah macam ni. 


Persembahan War Dance masa hari perasmian Istiadat Konvokesyen Ke-2 UPNM

Hari penat bermula dengan hari Istiadat Konvokesyen Ke-2 UPNM berlangsung. Meneliti setiap jubah yang student pakai sampailah tunggu sorang-2 student ambik skrol. Owh ye ! Yang sampaikan skrol tu Tuanku Mizan (Tuanku Canselor UPNM). Bila Tuanku dah keluar dewan, ingatkan dah boleh balik. Berangan je la sebabnya nak kena tunggu student pulangkan jubah sampai petang.
Badan penat tapi seronok ! Badan penat tapi teruja !

Sang Kadet Laut

Sang Kadet Darat

Sang Kadet Udara

 
Huh...masa ni berpeluh-2 jugak la nak siapkan diorang-2 ni.

Dah siap dan kemas pun.
Barisan student sebelum berarak masuk dewan.

Gambar-2 ni sebahagian je dari student-2 yang berkonvo. Selama 2 sidang tu, walaupun penat tapi happy sangat tengok diorang.

Tahniah untuk semua Graduan UPNM !

Sempena nak meraikan diorang, pihak UPNM buat dinner kat Hotel Palace of The Golden Horses selang beberapa hari lepas hari konvokesyen. Nak join tapi kuota dah penuh. But finally dapat join jugak sebenarnya bila dak opis yang kena pergi tapi tak dapat nak pergi. Pengganti pun pengganti lah. Janji dapat pergi kan...kan....kan.....

0 update status ツ: