October 20, 2011

awak...kita dah boleh menghitung hari dah kan


Alhamdulillah…..

Semuanya dah selesai dengan elok dan sempurna. Walaupun masih baru, walaupun masih dalam fasa pertama, bagi aku yang ni pun dah cukup buatkan aku rasa sesak nafas tau. Serius aku macam tak percaya je dah bergelar TUNANGAN orang. Hehehe…..

Rasa macam baru je dengar mak bising-2 kejut bangun pegi sekolah. Rasa macam baru je semalam abah hantar masuk asrama. Alih-2 dah jadi tunangan orang dah. Dah besar dah anak mak dan abah ni kan. Tapi tak reti-2 lagi nak jadi anak dara yang pandai masak macam-2. Hai laaaaa…….masih lagi kena berguru dengan mak ni. Setakat nak lepas perut bujang sendiri boleh la.

Semua macam mimpi je bila sang cincin dah tersarung kat jari. Tak sangka apa yang dirancang dah pun jadi kenyataan. Sungguh la xde pun pelamin yang gah even baju pun xde manik-2 yang memberat. Baju tu pun aku beli kat Greentown Nova je masa bulan puasa lepas. Yang dirancang cuma majlis kecil-2 antara 2 buah keluarga. Dan tak sangka majlis tu jadi sangat-2 meriah.

Terima kasih sangat-2 untuk abah dan mak, abang dan kakak-2, abang-2 ipar, anak-2 buah yang nakal, adik angkat dan semua saudara yang sudi datang. Tak meriah majlis tanpa korang semua. Tak lengkap hidup tanpa korang semua. 

Sayang korang sangat-2 !

Untuk encek tunang tersayang, kita dah boleh menghitung hari sama-2 dah. Terima kasih sebab terus ada sampai ke saat tu. Saya harap awak akan terus ada disisi sampai bila-2.

Nota kaki : lepas ni tak boleh dah macam budak-2 huhuhu…..


1 update status ツ:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

TAHNIAH...

Simple tapi meriah...dan apa yang dirancang menjadi kenyataan

tu pon dah cukup

=)