October 21, 2011

.untuk setiap saat degupan jantungnya


Pembedahan pintasan arteri koronari atau dalam Bahasa Inggeris, Coronary Artery Bypass Graft (CABG) Surgery ialah satu proses pintas bagi memulihkan pengaliran darah ke bahagian jantung. Pembedahan ini melibatkan penggantian salur darah jantung yang tersumbat dengan salur darah dari kaki (vena saphenous) atau arteri bawah tulang dada (internal mammary artery).

By-Pass (Pembedahan Pintasan Jantung)

Masuk tahun ni dah hampir 12 tahun since abah jalani By-Pass. Lama dah kan. Aku baru form 1 masa abah masuk IJN. Abah 60 tahun. Tak paham pun aku masa tu pasal abah, pasal operation. Yang aku tau, aku kena balik awal jumaat tu lepas kelas supaya aku cepat sampai IJN. Operation abah pagi tu.


By the time aku sampai KL, sampai IJN, abah dah pun selamat dibedah. Dan alhamdulillah, kerana pembedahan tu dan terutama dengan keizinan-Nya abah sihat hingga ke hari ni. Abah dah 72 tahun dah pun. Kalau sakit-2 tu, biasa lah kan. Sakit orang tua-2. Demam lambat sembuh, ada darah tinggi, kencing manis tu biasa untuk orang umur macam tu.

Rabu lepas, abah ke IJN lagi. Sebelum ni memang dah tau dah abah akan ada beberapa check-up dengan doktor. Tapi yang aku tau pasal operation selaput mata. Mungkin sebab abah ada masalah jantung, dengan By-Pass lagi, doktor memang nak kena buat pemeriksaan rapi sebelum apa-2 operation pun.

Dan hasilnya Isnin depan abah akan datang IJN sekali lagi. Mungkin ditahan wad terus untuk pemeriksaan dan pembedahan. Jantung bengkak. Salur darah yang lama dah tersumbat.

Kawan-2 tolong doakan abah saya ye! Moga dia selamat dan sentiasa sihat.
Nota kaki : Dah tak boleh nak sambung cerita lagi...sedihhh.......



Sayang Abah sangat-2.....
Sayang Mak sangat-2.....

2 update status ツ:

angah said...

allah lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui..

angah said...

all