May 20, 2012

.jejaka kacak vs gadis cantik

"Nak menantu cantik / kacak... Nanti dapat la cucu cantik, comel...."

Dah rasa biasa sangat kan orang cakap macam ni. Konon kalau anak menantu cantik, dapat la cucu lawa.
Kalau anak dia sikit punya tak cun tak kacak, nak menantu kacak menantu lawa, boleh dapat ke tak?
Ye betul kalau ikut gen, mak ayah hensem ke comel ke, anak takkan lari la copy paste muka mak ayah.
Kalau lari jugak, itu dah jadi kes lain.

Tapi cantik ke hensem ke kan subjektif. Pada pandangan kita mungkin cantik, comel. Pada pandangan orang lain, belum tentu. Macam aku, kalau nak katakan KACAK tu adalah macam ni :







Owh semua nya hensem... Awesome! Pada aku yang tiga orang ini saja yang boleh aku kategorikan KACAK! Paras rupa superb, body superb, moral..... urm no komen!

See..... Kacak yang aku kategorikan kat sini hanya pada luaran. Ada sesetengah orang letakkan KACAK itu merangkumi segala-galanya. Termasuk la paras rupa, sikap, cara dia cakap, makan, jalan dan macam-2 la. Tapi tetap tak lari dari kenyataan yang semua orang tak sempurna. 

Macam tu jugak kalau cakap pasal cantik. Orang yang aku rasa cantik adalah ini :








Dan memang terbukti aku ni suka pandang yang indah-2 je. Haish.... Indah tu kan anugerah Tuhan. Pandangnya dengan rasa syukur. Ya! Syukur kerana aku jugak indah walau tak seindah mereka!

"Biar sedap di mata dan sedap di hati"

Jangan...............

"Sedap di mata tetapi sakit di hati....."

0 update status ツ: