November 29, 2012

.dalam berjuta, aku terpilih ke sana

Assalamualaikum w.b.t

Satu beg plus satu bakul plus satu woven beg dah siap kemas. Dah bertapak pun depan pintu menanti hari dan waktu untuk aku bawak pergi. Antara tak sabar dan berat hati, aku tak tau mana yang nak pergi dulu.  Tak sabar nak mulakan hidup dengan Suami terchenta. Cis! Padahal dah nak masuk 5 bulan dah kawen. Berat hati sebab nak tinggalkan mak. Sob...sob...sob.... Yang aku rasa, kali ni tak de dah berdebar macam nak pecah dada. Boleh lah kot nak bongkak saat ni sebab kau ada kat Ipoh lagi! Kah kah kah..... Owh jangan la rasa tu ada lagi. Tak silap aku, semua benda dah settle awal dah.

Dah sebulan aku tinggalkan UPNM. Cubit pipi! Hoi sungguh rasa tak percaya. Padan la aku asyik malas-2 kambing je dari awal bulan Oktober haritu. Rupanya nak keluar dah. Mati-2 aku ingat tak dapat dah job tu. Rezeki Allah nak bagi, tak ada siapa boleh halang dah. Allah bantu dengan gerak kan hati diorang, dapat contact aku even dah tukar no. phone. Nak jugak diorang call rumah kan. Kalau orang lain kot, dah tak dapat, tukar jer lah ambik calon lain. Sudahnya karang, aku pulak yang melopong. Tapi Alhamdulillah..... Aku sangat-2 mensyukuri REZEKI hebat yang satu ni!




Suami..... Sungguh aku sayang kamu!

Aku mahu menghitung hari, saat-2 aku akan tinggal sekali dengan suami. Alhamdulillah... Tak pernah putus doa aku untuk tinggal satu bumbung dengan Suami. Lepas ni, tak payahlah Suami susah payah datang KL semata-mata nak jumpa Isteri terchenta ni. Gegegege...... ('',)

# Mak.... Pasni lagi rajin la orang balik rumah mak hujung-2 minggu. He he he......

0 update status ツ: