November 19, 2012

.aku terima nikahnya | majlis akad nikah

Assalamualaikum w.b.t

4 bulan dah berlalu, aku dah sah menjadi isteri kepada sang suami terpilih. Eceh! Gila lama baru aku nak update entry pasal ni ek. Eh ok kot sebab kitorang masih dalam mood bulan madu.. Hu hu hu..... Aku pilih tarikh 6 dan 7 Julai sempena birthday arwah abah. Mengingatinya dengan menjadikan haritu istimewa untuk aku. Kali ni kita review untuk majlis akad nikah dulu ye..

Serius banyak benda nak kena buat. Ambik masa berbulan-bulan, setiap hari memang tak lepas aku punya checklist. Yup! Checklist tu memang banyak membantu. Tak rugi buat seh. In fact, buku tu masih ada lagi aku simpan termasuk segala-gala bil dan resit beli barang-2 tau. Yang paling best aku berjaya guna semua source yang ada, untuk jadikan majlis aku tu yang paling indah walaupun bajet ciput. He he he.........

Majlis Akad Nikah | 6 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta


 Bertemakan warna grey untuk baju nikah. Masing-2 muka dah cuak ok. Ya Allah, Tuhan je yang tau debar ni. Fuh...fuh...fuh....



 Bakal Suami...eh Encik Suami yang tenang melafaz kan akad. Abang aku yang paling kuat kot debaran nya. Maklum la first time bertugas sebagai wali. Terima kasih banyak-2 ye abang! Menggalas tanggungjawab abah dengan penuh dedikasi.



Batal air sembahyang. Aku dapat gelang emas. Bukan la mahal sangat pun. Cukup la ada sebagai harta pertama suami letakkan pada aku. Untuk dia, hanya cincin yang tak ternilai harganya. =)


Haaaa....... Lelaki perasan hensem. Serius! Serius dia memang kuat perasan. Oh ada aku kesah??? Ye..! Sangat aku kesah sebab telinga ni kerap dengar : Abang hensem kan? Iyaiiii......


Dress yang simple, tapi pada aku ok je. Memang yang simple yang aku suka. Ramai tanya, kenapa tak nak buat baju nikah sendiri. Tak nak la. Nanti bila lagi aku nak pakai. Cukup la untuk aku yang cut cost ni, sewa je baju. Murah! Dan berbaloi.


 Keluarga sebelah perempuan. Semua ada. Terima kasih sangat-2!







 Keluarga sebelah lelaki. Juga semua ada. Dua-2 family cuma tinggal mak!

Wah...cukup lah setakat ni. Mata dah berat tanda mengantuk. Cukup jugak la dengan gambar-2 ni ye. Esok-2 kita sambung lagi untuk majlis dua-2 belah pihak. Ringkas! Cukup ringkas kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku tak punya bajet berpuluh ribu untuk buat majlis gilang gemilang. Ini saja yang termampu setakat yang arwah abah tinggalkan untuk aku. Ini pun dah lebih dari cukup!


Gambar terakhir untuk tutup post ni. Juga gambar pertama sampai pada pandangan mata aku selepas majlis selesai. Eh boleh review pasal persiapan aku sebelum majlis kat sini ye : 


# Rindukan encek suami. 2 minggu dia tak ada, pergi kursus...sob...sob...

2 update status ツ:

Tentang Aku said...

emmm,, bestnye... nak kawin jugakkk... :D

deQna said...

hehehe best-2...memang best...ade kwn sepanjang hayat...ha...ape lagi...jom la cpt2 kawen...hehe