November 19, 2012

.aku terima nikahnya | majlis resepsi

Assalamualaikum w.b.t

Majlis Sebelah Pengantin Perempuan | 7 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta

Majlis sebelah perempuan bertemakan warna pink. Segala-galanya pink. Dari scallop khemah + lapik meja + goodies + ahli keluarga dan penanggah pun pakai tshirt pink tau. Baju penanggah tu bukan idea aku, tapi abang. Dia pulak yang lebih semangat dari aku. 

Cess....! Serius tercengang budak-2 penanggah tu bila kitorang mintak tukar baju. Eh ok what, dapat tshirt free tapi pink la kot. Nasib la korang... Dah macam gula-2 kapas lak aku tengok. Ha ha ha....... Gambar diorang aku upload untuk next entry ok! Kali ni layan gambar je ye. Tak ada description sangat lah.







































Majlis Sebelah Pengantin Lelaki | 8 Julai 2012
Picture is worth a thousand words : FotoCinta

Memandangkan aku kawin dengan orang dekat, so kami tak ada jarak-2 seminggu ni. Hari ni majlis belah aku, esoknya majlis sebelah suami. Penat kot! Tapi bagi aku biar la habis cepat-2. Owh sangat tak larat dah nak fikir. Nak cepat habis nak kemas dan nak rehat.

Ok. Back to the story. Majlis sebelah suami kami ambik tema warna purple. And even baju pun purple. Aku dah agak risau sebelum tu takut nanti pengantin tenggelam, tak menonjol. Macam kenduri belah aku, aku tukarkan baju ambik off-white sebab nak bagi menonjol. Tak de la nanti orang datang melilau cari pengantin sebab dah kiri kanan atas bawah segala-galanya warna pink.

Tapi alhamdulillah. Semuanya ok. Walaupun warna baju agak gelam (gelap + kelam) tapi sweet sebenarnya. Kena la bila duk dekat meja makan, dekat pelamin. Tak de la nampak tenggelam. He he he.....






























"Semoga ikatan ini akan terus diredhai Allah. Sejauh mana ia pergi, sekuat mana ia bergoyah, tetapkan lah hati kami Ya Allah untuk terus bertahan keranaMu. Semoga dia akan terus menjadi pokoknya dan semoga aku akan terus kuat bertahan di dahannya.
Kerana dia yang aku pilih keranaMu Ya Allah."

4 update status ツ:

mia izzati said...

sonok nengok gambooo muna nihh...lagi..lagiii....

deQna said...

@mia izzati haaaa...muna pun sonok tgk gmbo muna sndri..boley tak cmtu??? ngeh3......

Arina Shamsul said...

Jujurnya mama sgt suka itu pelamin.dua2 pun mama suka..sbb mama pun pengila pink and puple..hehehe.


Mama doakan moga jodoh dan kebahagiaan berkekalan dunia akhirat..amin.

deQna said...

@Arina Shamsul hehehe......sweet kan warna pink dengan purple.... bila diblendkan sekali warna tu lagi sweet....

terima kasih mama...mudah2an kekal dunia akhirat