December 11, 2012

.patut tak aku rasa risau sekarang ?

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni genap 5 bulan 6 hari usia perkahwinan aku dengan suami. Dan adakah ini bermakna akan kerap kah orang datang pada aku sambil tersenyum-senyum dan dengan selamba pegang perut aku sambil berkata, "Dah ada isi ke ?". Oh my....... Adakah akan begitu ? Sebelum ni pun dah bukan main ramai orang buat macam tu kat aku. Dan pasti yang aku balas tetap. Tak ada lagi atau Belum ada lagi atau On the way.

Patutkah aku mula merasa risau ? Rata-2 yang usia perkahwinan diorang sama dengan aku, yang aku kenal semuanya dah berbadan dua, dah pregnant. Cuma aku je belum. Cousin aku yang kahwin lepas raya pun sekarang dah pregnant 2 bulan. Aduhai..... 

Pernah awal dulu, 2 minggu lepas kahwin, Miss P datang. Masa tu dalam hujung Julai. Kecewa sangat tu tak la. Tapi sikit-2 tu terasa jugak. Mengharapkan adalah benih-2 cinta kami bercambah, tapi tak ada. Takper lah. Bagi aku, owh mungkin awal lagi. Bila Miss P dah lewat sebulan, aku dah sangat teruja. Tapi bila buat UPT, negatif !

Awal Oktober Miss P pun datang. Hurm......... Tak ada rezeki lagi agaknya. Masih menanti lagi. Kesian jugak kat suami. Mengharap sangat ada zuriat awal buatnya. Hari ni, saat ni, waktu ni, Miss P belum muncul lagi. Tak nak buat UPT dah. Risau dan takut kecewa. Dan sangat-2 aku berdoa, biarlah kali ni ada. Sebab aku nak buat kejutan dan sebagai hadiah harijadi yang paling bermakna untuk suami !



 Impikan anak seCOMEL ni..... Mudah-mudahan... Aminnn........

6 update status ツ:

:::aZiE::: said...

ce mkn taugeh lebih sikit..petua member sy kasik..n amek supplement sharklee..asid folic.

deQna said...

@:::aZiE::: makan taugeh????? membantu eh??? ok nanti saya try eh kak..mna la tau kan membantu...asid folic saya ade ambik...tp saya makan yang Amway punya...iron folic....

Mila Ahmad said...

awak jangan terlalu mengharap sangat takut nanti kecewa. saya pun baru 6 bulan kahwin, tipulah kalau taknak zuriat ye dak ? Tapi mungkin Tuhan taknak bagi sebb nak bagi kita rasa keindahan bercinta lepas kahwin ;)

deQna said...

@Mila Ahmad mungkin awl lagi utk kita kot....mudah-mudahan ada rezeki untuk kita berdua nanti =)

mia izzati said...

muna akak pon camtuuu..lagi sebulan nak setahun baru pregnan...mmg risau sebab orang asik tanya..memang tensen tahap gaban lerr...sampai akak penah jawab..'kalau buat dengan tanah liat kan senang.. hahaha..punya la sakit ati..

deQna said...

@mia izzati hahahahaahhaha.....siyes penah jawab mcm tu????? dasat ah kak.....