June 11, 2013

.yummy : Nasi Kandar Simpang Ampat

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Tiap kali balik Penang, perut comel aku ni takkan pernah kosong dan lapar. Penang ni bagi aku syurga makanan lah ! Mungkin sebab mak ayah memang asal dari Penang. Kami adik beradik ni memang dah terbiasa membesar dengan cara masakan dan rasa makanan dari Penang ni.

Restoran Nasi Kandar Simpang Ampat ! Salah satu tempat favourite yang family aku akan pergi tiap kali balik Penang. 


Credit picture : Cherish Every Cherry

Puas aku godek album-2 dalam kamera, album-2 abang aku, aku tak jumpa la gambar yang kitorang capture sendiri. Agaknya lapar sangat kot, lupa sungguh nak ambik gambar. Teeeheeeee.......
So inilah kedai tu. Nasi kandar ni agak famous jugak. Bagi yang tak tahu, kalau datang Penag tu sila cuba ye ! 

Sangat sedap. Masakan kari dia tak terlalu heavy macam mamak-2 style tu dan tak pula terlalu light. Aku selalu pilih lauk gulai or kari burung puyuh. Yang tak makan burung puyuh tu, ada choice lain macam ayam, daging, ikan, sotong dan udang. Daging masak hitam dia pun sangat sedap.

Lokasi dia kat Simpang Ampat. Dari Highway Plus Utara-Selatan, exit dekat Bukit Tambun-Batu Kawan-Simpang Ampat. Dari traffic light, ambil kiri ke arah Bukit Mertajam. Terus je sebelum sampai simpang ke kiri ada traffic light ke arah Bukit Mertajam, ada satu kawasan lapang macam parking kereta di sebelah kanan dan ada kedai-2 makan. Kat situ lah tempatnya.

0 update status ツ: