June 6, 2013

.mari mendobi baju baby sesi 2 ツ

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Lepas habis satu sesi yang patutnya tak perlu berulang lagi, kini aku kembali dengan sesi kedua bila........er bila ibunya galak shopping tak hengat dunia. Owh sangat ohsem duniaku. Aku tak berani nak cakap lagi ni sesi dobi terakhir. Macam bakal ada lagi sesi dobi baju dan lagi dan lagi je. Hai la ibu. Bila nak berhenti membeli ni. Padahal, sebelum ni aku dah buat lagi satu sesi mendobi. Tapi basuh barut je pun. Malas nak ambik gambar =)



Mula-2 rendam baju. Pastilah pakai sabun Kiddie Wash tu. Sabun tu dah nak habis. Nampak sangat banyaknya baju aku basuh kan. Baldi hijau tu aku beli khas untuk baby. Mula-2 nak ambik warna biru tapi tengok macam agak kusam so aku tarik la hijau. Bright sikit warna dia. Masa ni aku basuh kat rumah mak je. Senang.... Ada sinki, tak payah aku nak tertonggeng-tonggeng nak membasuh baju.






















Pemandangan tak berapa cantik tu sila abaikan ye. Ada napkin, blanket, mitten booties, baju-2 baby lagi dan semuanya yang aku beli sendiri. Tak sebanyak baju anak buah yang aku basuh sebelum ni.






















Tadaaaaaa................ Ni je yang aku beli ? Hai sangat la kedekut kamu wahai ibu. Boleh kira dengan jari tangan je ni. Tak payah campur jari kaki. Sangat sikit. Sob....sob....sob.... Tak kira ! Weekend ni nak beli lagi. Hoyeh-2....! Ni baru ada 8 pasang baju termasuk rompers. Tak boleh jadi ni. Kena beli jugak baju raya baby banyak-2.






















Yang ni koleksi stokin anak buah aku si Mikhail tu. Aku ambik mana yang masih elok je la. Kebanyakan nya dah berbulu dan kusam.Ibu dia bagi 1 plastik besar kat aku. Yang aku pilih-2 berapa pasang je pun he he he..... Aku pun dah beli 8 pasang stokin untuk baby. Nak dia pakai yang baru-2. Yang lama ni buat lasam hokeh !






















Er............................... Perlu ke aku fikir banyak kali sebelum shopping lagi ? Kenapa lepas kumpul-2 semua dia jadi banyak teramat ye ? Baju anak buah aku plus baju yang aku beli ni. Rasa-2 nya cukup tak takat ni je. Aku rasa boleh beli lagi ni ho ho ho....... Mari senaraikan :

Setingkat napkin
3 tingkat baju lengan panjang
4 tingkat baju lengan pendek
Setingkat baju yang aku beli
Setingkat tuala dan blanket
Setingkat barut
Setingkat topi
2 tingkat rompers
Mitten dan Booties yang aku beli dan yang lama

Agak dah cukup banyak tapi aku tetap nak shopping lagi. Apa salahnya kan. Kalau Suami geleng kepala, kita keluarkan duit sendiri. Nanti last-2 dia redha jugak. Ala Suami....please.....please....... Bukan selalu.



Alamak..............! Penuh satu tong dah. Tak muat lagi siap bukak beg pink tu sumbat. Memang membebel Suami bila tengok ni. Dia kata sampai dah penuh 1 tong lagi mau shopping ka ? Sok-2 boleh tukar baju baby 15 minit sekali sebab baju terlampau banyak. Keh keh keh....... Beg pink diapers beg tu aku beli lama dah. Nanti la aku masukkan dalam next entry ya......!

# Well.... Mak pun terkejut tengok dah penuh satu tong tu........ Siap warning aku lagi, jangan shopping lagi dah !

0 update status ツ: