December 17, 2013

.saat detik waktu kamu melihat dunia

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Esok genap 4 bulan umur anakanda tercinta.
Jom review jap pengalaman 4 bulan lepas.
Due date : 8 Ogos 2013
Check in hospital atau lebih best dipanggil serah diri : 17 Ogos 2013
Kena jugak serah diri, baby tak mau keluar.
Selamat dilahirkan pada 18 Ogos 2013 jam 8.16pm secara pembedahan pada usia kandungan 40 minggu 10 hari dengan berat 3.25kg.
Kenapa C-zer ?
Contraction sangat tinggi dan buatkan bacaan CTG sangat tidak cantik.
Doktor tak mau tunggu dah sebab dari pagi subuh dah bagi masa.
Bukaan dari 7cm jam 5.00 pm jadi 4cm jam 6.30 pm.
Okeh statement doktor yang ni memang buat aku terkejut. Mungkinkah ?
Tak sangka aku akan c-zer tapi alhamdulillah selamat semuanya.


Izzul Adam : 2 hari

Nak bersalin, nak bertarung nyawa untuk satu nyawa yang lain sesungguhnya amat payah.
Perit menahan sakit ni terasa - rasa lagi tahu.
Sudahnya kena toreh jugak perut ni. Eh perut ke ?
Tak kisahlah hehehe...
Doktor bius separuh badan, serius tak jalan.
Boleh rasa tajam pisau dia toreh kat perut tu.
Last - last, dia bius penuh, tak sedar diri la daku.
6 jam lepas tu baru sedar baru la tengok anak.
Hewhewhew....



Izzul Adam : 3 bulan 23 hari

0 update status ツ: