May 24, 2013

.barang-barang baby ツ

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Aku dah mula membeli barang-2 baby masa kandungan cecah 6 bulan haritu. Beli tak banyak pun masa tu. Pening tak tau nak mula dari mana dan nak beli apa. At last, aku google pasal preparation untuk baby ni, aku jumpa la satu checklist yang sangat-2 la berguna untuk orang yang zero macam aku. Bukan tak boleh tanya kat kakak or mak, tapi kalau dah jenis tak pandai, aku asyik tanya berulang-ulang dan asyik lupa. He he he.....



Ni la barang pertama aku beli untuk baby. Masa tu pakai rembat je tak tau nak pilih apa. Suami asyik ikut dan cakap, takkan sikit sangat kot? Ni je ke? Lain nak beli apa lagi? Owh banyak nya tanya. Aku dan pening kepala tak tau nak beli apa. Tapi berjaya jugak la rembat sebanyak tu.



Kali kedua keluar aku tak fokus pada baju-2 dah. Lepas je aku shopping hari tu kakak aku dah pesan, jangan beli banyak sangat sebab dia nak bagi baju-2 anak dia. Haaa memang baju anak dia banyak, tapi banyak nya rompers je aku tengok. Haish! Aku recycle guna baju-2 anak dia je. Tapi tetap la aku nak rembat baju-2 baru jugak untuk anak aku kan. Anak 1st, mesti la......



Yang ni aku borong last week rasanya. Gatal pergi jenjalan pastu memang laju je la aku pergi bahagian baby ni. Dapat la rembat barang-2 tersebut. Aku beli socks tu dekat jenama Disney dan harus la ada muka Mickey, dan lagi 2 socks tu aku beli Pureen je. Rembat jugak mitten dan booties Anakku dan..........blanket Pooh dari Disney yang memang aku target lama dah. Hai senang hati aku dah dapat blanket tu.



Itulah hasilnya..... Penuh satu drawer je. Agaknya kalau orang lain dah membukit menggunung kot tak muat-2 drawer dah. Ikutkan hati aku memang nak memborong lagi. Tunggu je la nanti. Nak mintak duit kat Suami nak shopping! Aku shopping sorang dia tak ikut pun takpe. Sanggup!



Yang ni hand wrist yang anak buah aku suka nak menghisap dulu. Eh tapi ni bukan la anak buah aku punya. Aku beli baru la. Dia punya entah mak dia dah baling tong sampah agaknya. Asyik nak menyonyot je benda tu. Aku mintak kakak aku belikan yang ni. Malas nak beli online bila dah ada orang rela hati tawar diri nak belikan. He he he......



Tilam kekabu baby! Aku cemerlang kerana berjaya beli sendiri tanpa menyusahkan mak aku untuk belikan dan jahit sarungnya. Plan awal memang nak suruh mak belikan kat pasar pagi sabtu je, pastu nak mintak mak jahitkan sekali sarung dia. Tapi tiap kali tengok mak, tak sampai hati pulak. Tambah-2 nak dekat puasa ni. Kesian pulak nak susahkan mak. Biarlah mak rehat puas-2 pulak. Sok aku jugak nak susahkan dia nak jaga aku masa berpantang.

Simple tapi comel kan? Aku beli online je ni. Murah je. Tak mampu kot nak beli yang mahal-2. Even baby cot pun aku tak beli. Nanti baby tido dengan ibu je la ye. Aku beli tilam ni kat BantalKabu. Boleh la nak pergi tengok-2 kot berkenan. =)

# Aduhai anak, hormon ibu membuak-buak nak pergi shopping lagi ni. 

0 update status ツ: