May 22, 2013

.Ibu comel kerana 'kamu'


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi pergi check-up kt KKIA Seri Iskandar. Aku senang hati buat check-up kt sini. Nurse dengan doctor semua ramah-2, cakap pun lembut, borak-2 je. Memang service dia pada aku superb la. Mungkin ni area kampung sikit so tak berapa sibuk dan tekanan tak banyak kalau nak compare dengan KKIA kat pekan-2 besar tu. Jadi kerja diorang lebih santai kot dengan patient !

Esok kandungan aku genap 29 minggu ! Hoyeh...anak ibu dah semakin membesar, cuma  ibu risau, anak ibu ni tak berapa bergerak aktif. Kenapa ye ? Nurse check jantung kamu normal. Kamu ok kah di dalam sana ? Jangan risaukan ibu sakit kalau kamu menendang pun. Sebab ibu takkan pernah sakit. Nurse dah bagi carta gerak baby. Jadi kamu aktif-2 la mulai sekarang dan sampai kamu keluar nanti ye !

Segalanya normal tadi kecuali HB turun balik. Tak turun banyak sangat tapi nurse tegur la. He he he.... Kaki pun dah membengkak, badan pun dah makin comel je. Kalau dulu, berat naik ke perut naik ke kompem aku merungut. Sekarang rasa bahagia pulak tengok perut makin besar dan makin besar.


Wahai kamu budak comel di dalam tu, ibu semakin comel kerana 'kamu' tau... !

0 update status ツ: