May 16, 2013

.bertahan itu satu kekuatan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Alahan.....! Berperang dengan alahan sewaktu mengandung ni memang dugaan besar untuk bakal-2 ibu. Owh.... Sungguh tak mudah ok nak jadi ibu, mama, mak... Dari mula mengandung pun dah diuji mental dan fizikal. Aku antara bakal-2 ibu yang mengalami alahan-2 biasa orang mengandung. 




1st trimester

Seminggu selepas  aku disahkan pregnant, aku dah mula rasa mual-2. Hidung ni rasa tak sedap je. Ada je bau-2 sekeliling aku ni yang busuk. Aku langsung tak boleh nak memasak. Busuk sangat Allah je yang tau. Selera makan putus sama sekali. Kalau makan even sikit pun mesti muntah lepas tu. Pastu aku mula nangis-2 tak larat. Kepala kerap sakit dan badan pun lesu je. Yang mampu aku telan masa tu biskut dan roti je. Jemu??? Apakan daya... Itu bahagian aku yang aku harus terima.

2nd trimester

HB rendah! Dan aku diomok-omokkan oleh nurse tentang pelbagai kemungkinan buruk yang berlaku bila HB aku rendah. Nekad punya pasal lepas 3 kali check-up masih rendah, Suami belikan aku kismis dan prune. Dan hampir setiap minggu balik rumah mak makan sambal daging masakan mak. Saat ni, selera makan dah ada. Tapi tak la banyak mana pun. Aku pun kerap sakit ulu hati. Pedih dan perit sangat-2. Walaupun dah ikut suggestion doctor untuk makan lebih kerap, tapi nampak la sakit tu tak mau pergi dari aku.

3rd trimester

Aku baru masuk je fasa ni. Selera makan masih biasa. Dan yang aku perasan, sakit ulu hati dah tak ada. Alhamdulillah........ Aku dah berangan-angan dah nak melalui minggu-2 akhir sebelum bersalin ni dengan indah. Tapi Tuhan sangat sayangkan aku. Aku mula gatal-2 seluruh badan! Seluruh badan kecuali perut. Aduuuhhhhh......... Rasa gatal tu miang dan merenyam sangat-2. Ingatkan sebab kulit kering. Aku pun usaha sapu losyen letak minyak, tapi tak jalan.

Yang peliknya, gatal-2 tu datang lewat petang sampai ke malam je. Naik macam ruam penuh tangan dengan kaki. Dan sangat-2 gatal. Entah berapa malam aku duduk berteleku tahan gatal dan menangis. Bila tak tahan sangat, aku bangun, mandi. Sambil gosok-2 badan dengan sabun, mesti aku nangis dan merapu "Kenapa ni? Kenapa ni?".

Puas aku Google pasal ni, aku pun jumpa doctor. Dia bagi aku ubat sapu Calamine Lotion dengan ubat makan Piriton. Doctor kata ubat tu selamat untuk ibu dan kandungan, cuma effect dia mengantuk je. Macam mana pun, aku tetap takkan ambik ubat tu terlalu kerap. Banyak jugak mana yang aku Google tu, diorang pun ada pengalaman macam aku. Alahan mengandung katanya. Bertahan je la. Kalau sampai 9 bulan macam ni, ini juga bahagian aku yang aku harus terima.




Doa aku cuma permudahkan lah waktu aku bersalin nanti, selamat dan sihat sempurna kedua-duanya. Bahagian aku yang Tuhan minta aku lalui selama ni, alhamdulillah aku dapat tempuhinya tanpa rungutan. Ada 2 bulan lagi yang masih berbaki untuk aku tempuh. Moga ibu dan baby kuat ye! Keluarlah jadi anak yang soleh. Ibu dan ayah menunggu. =)

0 update status ツ: